Thursday, June 11, 2009

ABU BAKAR BIN ABI QAHAFAH



IJTIHAD KHALIFAH ABU BAKR9R.A)

Hukum-hukum dan perbuatan khalifah Abu Bakar yang bertentangan dengan nas tetapi dianggap sebagai ijtihad melebihi 32
perkara sebagaimana dicatat oleh para ulama kita Ahlul Sunnah wal-Jamaah di dalam buku-buku mereka. Di antaranya:
1. Khalifah Abu Bakar cuba membakar rumah Fatimah al-Zahra' sekalipun Fatimah, Ali, Hasan dan Husayn AS berada di dalamnya. Ini disebabkan mereka tidak melakukan bai'ah kepadanya. Fatimah AH memarahinya hingga akhir hayatnya danberpesan kepada suaminya supaya merahsiakan pengkebumian dan makamnya daripada Abu Bakar dan Umar. Nabi SAWA bersabda:" Sesungguhnya Allah marah kepada kemarahanmu (Fatimah) dan redha dengan keredhaanmu." [Al-Hakim, al-Mustadrak, III, hlm.153; al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal, VII, hlm.219]
Khalifah Abu Bakar adalah di antara orang yang dimarahi Fatimah AH. Beliau bersumpah tidak akan bercakap dengan mereka sehingga beliau berjumpa bapanya dan merayu kepadanya. Al-Bukhari di dalam Sahihnya, IV, hlm.196 meriwayatkan daripada Aisyah bahawa Fatimah AH tidak bercakap dengan Abu Bakar sehingga beliau meninggal dunia. Beliau hidup selepas Nabi sawa wafat selama 6 bulan. Manakala beliau wafat, suaminya Ali AS mengkebumikannya di waktu malam dan tidak mengizinkan Abu Bakar dan Umar mengerjakan solat jenazah ke atasnya [Al-Bukhari,Sahih ,VI,hlm.196; Ibn Qutaibah, al-Imamah Wa al-Siyasah ,I,hlm.14; Abu l-Fida, Tarikh,I,hlm.159; al-Tabari,Tarikh,III,hlm.159]
2. Khalifah Abu Bakar telah mengundurkan diri dari menyertai tentera di bawah pimpinan Usamah bin Zaid, sedangkan Nabi SAWA bersabda:"Perlengkapkan tentera Usamah, Allah melaknati orang yang mengundur diri dari tentera Usamah."[Al-Syarastani, al-Milal, hlm.21; Ibn Sa'd, Tabaqat,II,hlm.249 dan lain-lain lagi]
3. Khalifah Abu Bakar telah mencaci Ali AS dan Fatimah AH sebagai musang dan ekornya. Bahkan beliau mengatakan Ali AS seperti Umm al-Tihal (seorang perempuan pelacur) kerana menimbulkan soal tanah Fadak. Kata-kata ini telah diucapkan oleh Abu Bakar di dalam Masjid Nabi SAWA selepas berlakunya dialog dengan Fatimah AH mengenai tanah Fadak. bn Abi al-Hadid telah bertanya gurunya, Yahya Naqib Ja'far bin Yahya bin Abi Zaid al-Hasri, mengenai kata-kata tersebut:"Kepada siapakah ianya ditujukan?"Gurunya menjawab:"Ianya ditujukan kepada Ali AS." Kemudian ia bertanya lagi:"Adakah ia ditujukan kepada Ali? Gurunya menjawab:"Wahai anakku inilah ertinya pemerintahan dan pangkat duniawi tidak mengira kata-kata tersebut."[Ibn Abi al-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah ,IV,hlm.80]
Kata-kata Abu Bakar adalah bertentangan dengan firman-Nya:"Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai Ahlul Bayt dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya."[Surah al-Ahzab (33):33] Fatimah dan Ali AS adalah Ahlul Bayt Rasulullah SAWA yang telah disucikan oleh Allah SWT dari segala dosa. Rasulullah SAWA bersabda:"Kami Ahlul Bayt tidak boleh seorangpun dibandingkan dengan kami."[Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi' al-Mawaddah,hlm.243]
4. Khalifah Abu Bakar telah menghentikan pemberian khums kepada keluarga Rasulullah SAWA. Ijttihadnya itu adalah bertentangan dengan Surah al-Anfal (8):41 " Ketahuilah,apa yang kamu perolehi seperlima adalah untuk Allah,Rasul-Nya,Kerabat,anak-anak yatim,orang miskin,dan orang musafir" dan berlawanan dengan Sunnah Rasulullah SAWA yang memberi khums kepada keluarganya menurut ayat tersebut. [Lihat umpamanya al-Zamakhsyari, al-Kasysyaf ,II,hlm.127]
5. Khalifah Abu Bakar juga mengambil kembali Fadak daripada Fatimah AH selepas wafatnya Rasulullah SAWA. Khalifah Abu Bakar memberi alasan "Kami para nabi tidak meninggalkan pusaka, tetapi apa yang kami tinggalkan ialah sedekah." Hujah yang diberikan oleh Abu Bakar tidak diterima oleh Fatimah dan Ali AS kerana ianya bertentangan dengan beberapa ayat al-Qur'an seperti berikut:
a) Firman-Nya yang bermaksud 'Allah mensyariatkan bagimu tentang (pembahagian pusaka) untuk anak-anakmu."[Surah an-Nisa (4):11] Apa yang dimaksudkan dengan 'anak-anak' ialah termasuk anak-anak Nabi SAWA.
b) Firman-Nya yang bermaksud:"Dan Sulaiman telah mewarisi Daud."(Surah al-Naml:16). Maksudnya Nabi Sulaiman AS mewarisi kerajaan Nabi Daud AS dan menggantikan kenabiannya.
c) Firman-Nya yang bermaksud:"Maka anugerahilah aku dari sisi Engkau seorang putra yang akan mewarisiku dan mewarisi sebahagian keluarga Ya'qub dan jadikanlah ia, ya Tuhanku seorang yang diredhai."(Surah Maryam:5-6)
Ketiga-tiga ayat tadi bertentangan dengan dakwaan Abu Bakar yang berpegang dengan hadith tersebut. Dan apabila hadith bertentangan dengan al-Qur'an, maka ianya (hadith) mestilah diketepikan.
d) Kalau hadith tersebut benar, ia bererti Nabi SAWA sendiri telah cuai untuk memberitahu keluarganya mengenai Fadak dan ianya bercanggah dengan firman-Nya yang bermaksud:"Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat."(Surah al-Syua'ra:214)
e) Hadith tersebut hanya diriwayatkan oleh Abu Bakar sahaja dan ianya tidak boleh menjadi hujah kerana Fatimah dan Ali AS menentangnya. Fatimah AH berkata:"Adakah kamu sekarang menyangka bahawa aku tidak boleh menerima pusaka, dan adakah kamu menuntut hukum Jahiliyyah?
Tidakkah hukum Allah lebih baik bagi orang yang yakin. Adakah kamu wahai anak Abi Qahafah mewarisi bapa kamu sedangkan aku tidak mewarisi bapaku? Sesungguhnya kamu telah melakukan perkara keji." (Lihat Ahmad bin Tahir al-Baghdadi, Balaghah al-Nisa’,II,hlm.14;Umar Ridha Kahalah, A'lam al-Nisa',III,hlm.208; Ibn Abi al-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah,IV, hlm.79,92.
f) Fatimah dan Ali AS adalah di antara orang yang disucikan Tuhan di dalam Surah al-Ahzab:33, dan dikenali juga dengan nama Ashab al-Kisa'. Dan termasuk orang yang dimubahalahkan bagi menentang orang Nasrani di dalam ayat al-Mubahalah atau Surah Ali Imran:61. Adakah wajar orang yang disucikan Tuhan dan dimubahalahkan itu menjadi pembohong, penuntut harta Muslimin yang bukan haknya?
g) Jikalau dakwaan Abu Bakar itu betul ianya bermakna Rasulullah SAWA sendiri tidak mempunyai perasaan kasihan belas sebagai seorang bapa terhadap anaknya. Kerana anak-anak para nabi yang terdahulu menerima harta pusaka dari bapa-bapa mereka.
Kajian mendalam terhadap Sirah Nabi SAWA dengan keluarganya menunjukkan betapa kasihnya beliau terhadap mereka khususnya, Fatimah AH sebagai ibu dan nenek kepada sebelas Imam AS. Beliau bersabda:"Sesungguhnya Allah marah kerana kemarahanmu (Fatimah AH) dan redha dengan keredhaanmu."[Al-Hakim, al-Mustadrak,III, hlm.153;Ibn al-Athir, Usd al-Ghabah,hlm.522;al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal,VI,hlm.219;Mahyu al-Din al-Syafi'i al-Tabari, Dhakhair al-Uqba,hlm.39]
Khalifah Abu Bakar dan Umar adalah di antara orang yang dimarahi Fatimah AH. Beliau bersumpah tidak akan bercakap dengan mereka sehingga beliau berjumpa bapanya dan merayu kepadanya.[Ibn Qutaibah,al-Imamah wa al-Siyasah,I,hlm.14]
Beliau berwasiat supaya beliau dikebumikan di waktu malam dan tidak membenarkan seorangpun daripada "mereka" menyembahyangkan jenazahnya.[Ibn al-Athir,Usd al-Ghabah,V,hlm.542;al-Bukhari, Sahih ,VI, hlm,177;Ibn Abd al-Birr, al-Isti'ab,II,hlm.75]
Sebenarnya Fatimah AH menuntut tiga perkara:
1. Jawatan khalifah untuk suaminya Ali AS kerana dia adalah dari ahlul Bayt yang disucikan dan perlantikannya di Ghadir Khum disaksikan oleh 120,000 orang dan ianya diriwayatkan oleh 110 sahabat.
2. Fadak.
3. Al-khums, saham kerabat Rasulullah SAWA tetapi kesemuanya ditolak oleh khalifah Abu Bakar [Ibn Abi al-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah,V,hlm.86]
6. Khalifah Abu Bakar telah lari di dalam peperangan Uhud dan Hunain. Sepatutnya dia mempunyai sifat keberanian melawan musuh. Tindakannya itu menyalahi ayat-ayat jihad di dalam al-Qur'an dan Sunnah Nabi SAWA [al-Hakim, al-Mustadrak ,III,hlm.37;al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal,VI,hlm.394;al-Dhahabi,al-Talkhis,III,hlm.37]
7. Khalifah Abu Bakar telah membakar Fuja'ah al-Silmi hidup-hidup, kemudian dia menyesali perbuatannya.[al-Tabari,Tarikh,IV,hlm.52] Dan ianya bertentangan dengan Sunnah Nabi SAWA"Tidak boleh disiksa dengan api melainkan dari Tuannya."(Al-Bukhari, Sahih ,X,hlm.83]
8. Khalifah Abu Bakar tidak mengenakan hukum had ke atas Khalid bin al-Walid yang telah membunuh Malik bin Nuwairah dan kabilahnya. Umar dan Ali AS mahu supaya Khalid dihukum rejam.[Ibn Hajr, al-Isabah , III, hlm.336]
Umar berkata kepada Khalid:"Kamu telah membunuh seorang Muslim kemudian kamu terus bersetubuh dengan isterinya. Demi Allah aku akan merejam kamu dengan batu."[Al-Tabari,Tarikh ,IV, hlm.1928] Kata-kata Umar ini cukup membuktikan bahawa Malik bin Nuwairah adalah seorang Muslim dan Khalid telah berzina dengan isteri Malik sebaik sahaja ia dibunuh. Jika tidak kenapa Umar berkata:"Demi Allah aku akan merejam kamu dengan batu."
Umar memahami bahawa isteri Malik bin Nuwairah tidak boleh dijadikan hamba. Oleh itu pembunuhan ke atas Malik bin Nuwairah dan kaumnya tidak patut dilakukan kerana mereka adalah Muslim. Keengganan mereka membayar zakat kepada Abu Bakar tidak boleh menjadi hujah kepada kemurtadan mereka. Pembunuhan ke atas mereka disebabkan salah faham mengenai perkataan 'idfi'u, iaitu mengikut suku Kinanah ia bererti "bunuh" dan dalam bahasa Arab biasa ia bererti "panaskan mereka dengan pakaian" dan tidak menghalalkan darah mereka. Sepatutnya mereka merujuk perkara itu kepada Khalid bagi mengetahui maksudnya yang sebenar.
Tetapi mereka terus membunuh kaumnya dan Malik sendiri telah dibunuh oleh Dhirar yang bukan dari suku Kinanah. Oleh itu Dhirar pasti memahami bahawa perkataaan idfi'u bukanlah perkataan untuk mengharuskan pembunuhan, namun ia tetap membunuh Malik. Lantaran itu alasan kekeliruan berlaku di dalam pembunuhan tersebut tidak boleh menjadi hujah dalam jenayah Khalid, apatah lagi perzinaannya dengan isteri Malik bin Nuwairah selepas dia dibunuh. Dengan itu tidak hairanlah jika Ali AS dan Umar meminta Khalifah Abu Bakar supaya merejam Khalid, tetapi Abu Bakar enggan melakukannya.
Jika tidak membayar zakat djadikan alasan serangan dan pembunuhan, maka Nabi SAWA sendiri tidak memerangi sahabatnya Tha'labah yang enggan membayar zakat kepada beliau SAWA. Allah SWT menurunkan peristiwa ini di dalam Surah al-Taubah(9):75-77. Semua ahli tafsir Ahlul Sunnah menyatakan bahawa ayat itu diturunkan mengenai Tha'labah yang enggan membayar zakat kerana beranggapan bahawa ianya jizyah. Maka Allah SWT mendedahkan hakikatnya.
Dan Nabi SAWA tidak memeranginya dan tidak pula merampas hartanya sedangkan beliau SAWA mampu melakukannya. Adapun Malik bin Nuwairah dan kaumnya bukanlah mengingkari zakat sebagai satu fardhu agama. Tetapi apa yang mereka ingkar ialah penguasaan Abu Bakar ke atas jawatan khalifah selepas Rasulullah SAWA dengan menggunakan kekuatan dan paksaan. Dan mereka pula benar-benar mengetahui tentang hadith al-Ghadir. Oleh itu tidak hairanlah jika Abu Bakar terus mempertahankan Khalid tanpa mengira jenayah yang dilakukannya terhadap Muslimin kerana Khalid telah melakukan sesuatu untuk kepentingan politik dan dirinya. Malah itulah perintahnya di bawah operasi "enggan membayar zakat dan murtad" sekalipun ianya bertentangan dengan Sunah Nabi SAWA.
9. Khalifah Abu Bakar telah melarang orang ramai dari menulis dan meriwayatkan Sunnah Nabi SAWA. Dia berucap kepada orang ramai selepas kewafatan Nabi SAWA,"Kalian meriwayatkan daripada Rasulullah SAWA hadith-hadith di mana kalian berselisih faham mengenainya. Orang ramai selepas kalian akan berselisih faham lebih kuat lagi. Justeru itu janganlah kalian meriwayatkan sesuatupun (syaian) daripada Rasulullah SAWA. Dan sesiapa yang bertanya kepada kalian, maka katakanlah:Bainana wa bainakum kitabullah (Kitab Allah di hadapan kita). Maka hukumlah menurut hala dan
haramnya."[Al-Dhahabi, Tadhkirah al-Huffaz,I,hlm.3]
Kata-kata Abu Bakar ini telah diucapkan beberapa hari selepas peristiwa Hari Khamis iaitu bertepatan dengan kata-kata Umar
ketika dia berkata:"Rasulullah SAWA sedang meracau dan cukuplah bagi kita Kitab Allah (Hasbuna Kitabullah)."
Lantaran itu kata-kata Abu Bakar tadi adalah bertentangan dengan Sunnah Nabi yang dicatatkan oleh Ahlul Sunnah:"Aku tinggalkan kepada kalian dua perkara sekiranya kalian berpegang kepada kedua-duanya;Kitab Allah dan "Sunnahku.""
Oleh itu tidak hairanlah jika Khalifah Abu Bakar tidak pernah senang hati semenjak dia mengumpulkan lima ratus hadith Rasulullah SAWA semasa pemerintahannya. Kemudian dia membakarnya pula.[al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal,V,hlm. 237] Dengan ini dia telah menghilangkan Sunnah Rasulullah SAWA. Oleh itu kata-kata Abu Bakar:"Janganlah kalian meriwayatkan sesuatupun daripada Rasulullah SAWA" menunjukkan larangan umum terhadap pengriwayatan dan penulisan hadith Rasulullah SAWA. Dan ianya tidak boleh ditakwilkan sebagai berhati-hati atau mengambil berat atau sebagainya.
Lantaran itu ijtihad Khalifah Abu Bakar adalah bertentangan dengan Sunnah Rasulullah SAWA:"Allah memuliakan seseorang yang mendengar hadithku dan menjaganya, dan menyebarkannya. Kadangkala pembawa ilmu (hadith) membawanya kepada orang yang lebih alim darinya dan kadangkala pembawa ilmu (hadith) bukanlah seorang yang alim."[Ahmad bin Hanbal, al-Musnad,I,hlm.437;al-Hakim, al-Mustadrak,I,hlm.78] Dan sabdanya:"Siapa yang ditanya tentang ilmu maka dia menyembunyikannya, Allah akan membelenggukannya dengan api neraka."[Ahmad bin Hanbal,al-Musnad,III,hlm.263]
10. Khalifah Abu Bakar telah melantik Umar menjadi khalifah selepasnya secara wasiat, walhal dia sendiri menolak wasiat Nabi SAWA. Beliau bersabda:"Ali adalah saudaraku, wasiku, wazirku dan khalifah selepasku" dan sabdanya:"Siapa yang menjadikan aku maulanya maka Ali adalah maulanya."Dan penyerahan jawatan khalifah kepada Umar adalah menyalahi prinsip syura yang diagung-agungkan oleh Ahlul Sunnah. Justeru itu Abu Bakar adalah orang yang pertama merosakkan sistem syura dan memansuhkannya. Pertama, dia menggunakan "syura terhad" bagi mencapai cita-citanya untuk menjadi khalifah tanpa menjemput Bani Hasyim untuk menyertainya. Kedua, apabila kedudukannya menjadi kuat, dia melantik Umar untuk menjadi khalifah selepasnya tanpa syura dengan alasan bahawa Umar adalah orang yang paling baik baginya untuk memegang jawatan khalifah selepasnya.
11. Khalifah Abu Bakar telah meragui jawatan khalifahnya. Dia berkata:"Sepatutnya aku bertanya Rasulullah SAWA, adalah orang-orang Ansar mempunyai hak yang sama di dalam jawatan khalifah?" Ini adalah keraguan tentang kesahihan atau kebatilannya. Dialah orang yang menentang orang-orang Ansar manakala mereka mengatakan bahawa Amir mestilah dari golongan Quraisy." Sekiranya apa yang diriwayatkan olehnya itu benar, bagaimana dia meragui"nya" pula. Dan jikalau tidak, dia telah menentang orang-orang Ansar dengan "hujah palsu."[Al-Ya'qubi, Tarikh al-Ya'qubi,II,hlm.127; Ibn Qutaibah, al-Imamah wa al-Siyasah,I,hlm.18,19;al-Masudi, Muruj al-Dhahab,II,hlm.302]
12. Khalifah Abu Bakar berkata:"Pecatlah aku kerana aku bukanlah orang yang baik di kalangan kalian."Di dalam riwayat lain,"Ali di kalangan kalian."[Ibn Qutaibah, al-Imamah wa al-Siyasah,I,hlm.14;al-Muttaqi al-Hindi,Kanz al-Ummal,III,hlm.132] Jikalau kata-katanya benar, bererti dia tidak layak untuk menjadi khalifah Rasulullah SAWA, berdasarkan pengakuannya sendiri.
13. Khalifah Abu Bakar menamakan dirinya "Khalifah Rasulullah".[Ibn Qutaibah,al-Imamah wa al-Siyasah ,I,hlm.13];al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa',hlm.78] Penamaannya adalah bertentangan dengan Sunnah Rasulullah SAWA kerana beliau tidak menamakannya dan melantiknya, malah beliau menamakan Ali dan melantiknya. Beliau bersabda:"Siapa yang aku menjadimaulanya maka Ali adalah maulanya."Dan hadith-hadith yang lain tentang perlantikan Ali AS sebagai khalifah selepas Rasulullah SAWA.
14. Khalifah Abu Bakar tidak pernah dilantik oleh Nabi SAWA untuk menjalankan mana-mana pekerjaan, malah beliau melantik orang lain. Hanya pada satu masa beliau melantiknya untuk membawa Surah Bara'ah, tetapi beliau mengambil kembali tugas itu dan kemudian meminta Ali AS untuk melaksanakannya.[Al-Tabari, Dhakha'ir al-Uqba,hlm.61;al-Turmudhi, Sahih,II,hlm.461;Ibn Hajr, al-Isabah,II,hlm.509]
15. Khalifah Abu Bakar tidak mengetahui pengertian al-Abb iaitu firman-Nya di dalam Surah 'Abasa (80):31:"Dan buah-buahan (Fakihatun) serta rumput-rumputan (abban)."Dia berkata:"Langit mana aku akan junjung dan bumi mana aku akan pijak, jika aku berkata sesuatu di dalam Kitab Allah apa yang aku tidak mengetahui?"[al-Muttaqi al-Hindi,Kanz al-Ummal,I,hlm.274]
16. Khalifah Abu Bakar telah mengetahui dia akan melakukan bid'ah-bid'ah selepas Rasulullah SAWA. Malik bin Anas di dalam a-Muwatta bab "jihad syuhada’ fi sabilillah' telah meriwayatkan daripada hamba Umar bin Ubaidillah bahawa dia menyampaikannya kepadanya bahawa Rasulullah SAWA bersabda kepada para syahid di Uhud:"Aku menjadi saksi kepada mereka semua."Abu Bakar berkata:"Tidakkah kami wahai Rasulullah SAWA saudara-saudara mereka. Kami telah masuk Islam sebagaimana mereka masuk Islam dan kami telah berjihad di jalan Allah sebagaimana mereka berjihad?" Rasulullah SAWA menjawab:"Ya! Tetapi aku tidak mengetahui bid'ah mana yang kalian akan lakukan selepasku."Abu Bakar pun menangis, dan dia terus menangis. Bid'ah-bid'ah yang dilakukan oleh para sahabat memang telah diakui oleh mereka sendiri, di antaranya al-Bara' bin Azib.
Al-Bukhari di dalam Sahihnya "Kitabb bad' al-Khalq fi bab Ghuzwah al-Hudaibiyyah" telah meriwayatkan dengan sanadnya daripada al-Ala bin al-Musayyab daripada bapanya bahawa dia berkata:"Aku berjumpa al-Barra bin Azib maka aku berkata kepadanya: Alangkah beruntungnya anda kerana bersahabat dengan Nabi SAWA dan anda telah membai'ah kepadanya di bawah pokok. Maka dia menjawab: Wahai anak saudaraku. Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang kami telah lakukan (Ahdathna) selepasnya."[Al-Bukhari, Sahih,III, hlm.32]
Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah SAWA bersabda kepada orang-orang Ansar:"Sesungguhnya kalian akan menyaksikan sifat tamak yang dahsyat selepasku. Oleh itu bersabarlah sehingga kalian bertemu Allah dan Rasul-Nya di Haudh."Anas berkata:"Kami tidak sabar."[Al-Bukhari, Sahih,III, hlm.135]
Ibn Sa'd juga telah meriwayatkan di dalam Tabaqatnya, VIII, hlm. 51, dengan sanadnya dari Ismail bin Qais bahawa dia berkata:"Aisyah ketika wafatnya berkata:Sesungguhnya aku telah melakukan bid'ah-bid'ah (Ahdathtu) selepas Rasulullah SAWA, maka kebumikanlah aku bersama-sama isteri Nabi SAWA." Apa yang dimaksudkan olehnya ialah "Jangan kalian mengkebumikan aku bersama Rasulullah SAWA kerana aku telah melakukan bid'ah-bid'ah selepasnya.
Lantaran itu khalifah Abu Bakar, al-Barra bin Azib, Anas bin Malik dan Aisyah telah memberi pengakuan masing-masing bahawa mereka telah melakukan bid'ah-bid'ah dengan mengubah Sunnah-sunnah Rasulullah SAWA.
17. Khalifah Abu Bakar digodai syaitan. Dia berkata:"Syaitan menggodaku, sekiranya aku betul maka bantulah aku dan sekiranya aku menyeleweng, maka betulkan aku."[Ibn Qutaibah, al-Imamah wa al-Siyasah,I, hlm. 6; al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal,III, hlm. 126; Ibn Hajr, al-Sawa'iq al-Muhriqah, hlm. 7; al-Syablanci,Nur al-Absar, hlm. 53]
18. Khalifah Abu Bakar menyesal menjadi seorang manusia, malah dia ingin menjadi pokok dimakan oleh binatang kemudian mengeluarkannya. Abu Bakar berkata:"Ketika dia melihat seekor burung hingap di atas suatu pokok, di berkata:Beruntunglah engkau wahai burung. Engkau makan buah-buahan dan hinggap di pokok tanpa hisab dan balasan. Tetapi aku lebih suka jika aku ini sebatang pokok yang tumbuh di tepi jalan. Kemudian datang seekor unta lalu memakanku. Kemudian aku dikeluarkan pula dan tidak menjadi seorang manusia."[al-Muhibb al-Tabari, al-Riyadh al-Nadhirah,I,hlm. 134; Ibn Taimiyyah, Minhaj al-Sunnah,III,hlm. 130]
Kata-kata khalifah Abu Bakar itu adalah bertentangan dengan firman Allah SWT di dalam Surah al-Tin (95):4:"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia di dalam bentuk yang sebaik-baiknya."Dan jika Abu Bakar seorang wali Allah kenapa diaharus takut kepada hari hisab?Sedangkan Allah telah memberi khabar gembira kepada wali-walinya di dalam Surah Yunus(10):62-64,"Ingatlah, sesungguhnya wal-wali Allah ini tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih iaitu orang-orang yang beriman dan mereka selalu di dalam kehidupan di dunia dan (dalam kehidupan) di akhirat.
Tidak ada perubahan kalimat-kalimat (janji-janji) Allah. Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."
19. Khalifah Abu Bakar ketika sakit menyesal kerana mencerobohi rumah Fatimah AH. Dia berkata:"Sepatutnya akut tidak mencerobohi rumah Fatimah sekalipun beliau mengisytiharkan perang terhadapku."[Ibn Qutaibah, al-Imamah wa al-Siyasah,I,hlm. 18-19; al-Tabari, Tarikh ,IV, hlm. 52;Ibn Abd Rabbih,Iqd al-Farid,II,hlm.254]
20. Khalifah Abu Bakar telah menjatuhkan air muka Rasulullah SAWA di hadapan musyrikin yang datang berjumpa dengan Rasulullah SAWA supaya mengembalikan hamba-hamba mereka yang lari dari mereka. Musyrikun berkata:"Hamba-hamba kami telah datang kepada anda bukanlah kerana mereka cinta kepada agama tetapi mereka lari dari milik kami dan harta kami. Lebih-lebih lagi kami adalah jiran anda dan orang yang membuat perjanjian damai dengan anda."Tetapi Rasulullah tidak mahu menyerahkan kepada mereka hamba-hamba tersebut kerana khuatir mereka akan menyiksa hamba-hamba tersebut dan beliau tidak mahu juga mendedahkan hakikat ini kepada mereka. Rasulullah SAWA bertanya kepada Abu Bakar dengan harapan dia menolak permintaan mereka. Sebaliknya Abu Bakar berkata:"Benar kata-kata mereka itu. Lantas berubah muka Rasulullah SAWA kerana jawapannya menyalahi apa yang dikehendaki Allah dan Rasul-Nya.[al-Nasa'i, al-Khasa'is,hlm. 11;
Ahmad bin Hanbal, al-Musnad,I,hlm. 155]
Sepatutunya khalifah Abu Bakar dapat memahami apa yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAWA tetapi dia tidak dapat memahaminya, malah dia memihak kepada musyrikun berdasarkan ijtihadnya.
21. Khalifah Abu Bakar tidak membunuh Dhu al-Thadyah sedangkan Rasulullah SAWA telah memerintahkan Abu Bakar supaya membunuh Dhu al-Thadyah. Abu Bakar mendapati lelaki itu sedang mengerjakan solat. Lalu dia berkata kepada Rasulullah SAWA:"Subhanallah! Bagaimana aku membunuh lelaki yang sedang mengerjakan solat?" (Ahmad b.Hanbal,al-Musnad,III,hlm.14-150)
Sepatutnya dia membunuh lelaki itu tanpa mengira keadaan kerana Rasulullah SAWA telah memerintahkannya. Tetapi dia tidak membunuhnya, malah dia menggunakan ijtihadnya bagi menyalahi Sunnah Rasulullah SAWA.
22. Khalifah Abu Bakar mengatakan bahawa saham jiddah (nenek) tidak ada di dalam al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah SAWA. Seorang nenek bertanya kepada Abu Bakar tentang pusakanya. Abu Bakar menjawab:"Tidak ada saham untuk anda di dalam al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah SAWA. Oleh itu kembalilah."Lalu al-Mughirah bin Syu''bah berkata:"Aku berada di sisi Rasulullah SAWA bahawa beliau memberikannya (nenek) seperenam saham."Abu Bakar berkata:"Adakah orang lain bersama anda?" Muhammad bin Muslimah al-Ansari bangun dan berkata sebagaimana al-Mughirah. Maka Abu Bakar memberikannya seperenam.[Malik, al-Muwatta,I,hlm. 335; Ahmad bin Hanbal, al-Musnad,IV,hlm.224;Ibn Rusyd, Bidayah al-Mujtahid,II, hlm.334]
23. Khalifah Abu Bakar tidak mengetahui hukum had ke atas pencuri yang kudung satu tangan dan satu kakinya. Daripada Safiyyah binti Abi Ubaid,"Seorang lelaki kudung satu tangan dan satu kakinya telah mencuri pada masa pemerintahan Abu Bakar. Lalu Abu Bakar mahu memotong kakinya dan bukan tangannya supaya dia dapat bermunafaat dengan tangannya. Maka Umar berkata:"Demi yang diriku di tanganNya, anda mesti memotong tangannya yang satu itu."Lalu Abu Bakar memerintahkan supaya tangannya dipotong."[al-Baihaqi, Sunan,VIII,hlm.273-4]
24. Khalifah Abu Bakar berpendapat bahawa seorang khalifah bukan semestinya orang yang paling alim (afdhal).[Ibn Qutaibah, al-Imamah wa al-Siyasah, I,hlm. 16; al-Baqillani, al-Tamhid,hlm. 195; al-Halabi, Sirah Nabawiyyah,III, hlm.386] Ijtihadnya adalah bertentangan dengan firman Tuhan di dalam Surah al-Zumar (39):9:"Katakanlah: Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran" dan firman-Nya di dalam Surah Yunuss (10):35:"Maka apakah orang-orang yang menunjuki jalan kepada kebenaran itu lebih berhak diikuti ataukah orang-orang yang tidka dapat memberi petujuk? Mengapa kamu (berbuat demikian)? Bagaimana kamu mengambil keputusan?"
25. Khalifah Abu Bakar tidak pernah melakukan korban (penyembelihan) kerana khuatir kaum Muslimin akan menganggapnya wajib. Tindakannya adalah bertentangan dengan Sunnah Rasulullah SAWA yang menggalakkannya.[Al-Baihaqi, al-Sunan al-Kubra, IX,hlm. 265; al-Syafi'i, al-Umm, II, hlm.189]
26. Khalifah Abu Bakar mengatakan maksiat yang dilakukan oleh seseorang itu telah ditakdirkan oleh Allah sejak azali lagi, kemudian Dia menyeksanya di atas perbuatan maksiatnya. Seorang lelaki bertanya kepadanya:"Adakah anda fikir zina juga qadarNya? Lelaki itu bertanya lagi:"Allah mentakdirkannya ke atasku kemudian menyiksa aku?" Khalifah Abu Bakar menjawab:"Ya. Demi Tuhan sekiranya aku dapati seseorang masih berada di sisiku, nescaya aku menyuruhnya memukul hidung anda."[al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa, hlm.65]
Oleh itu ijtihad Abu Bakar itu adalah bertentangan dengan firman-firman Tuhan di antaranya:
a. Firman-Nya di dalam Surah al-Insan (76):3:"Sesungguhnya kami telah menunjukkinya jalan yang lurus; ada yang bersyukur
dan ada pula yang kafir."
b. Firman-Nya di dalam Surah al-Balad (90):10:"Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan."
c. Firman-Nya di dalam Surah al-Naml (27):40:"Dan barang siapa yang bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur untuk kebaikan dirinya sendiri dan barangsiapa yang ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Mulia’".
27. Khalifah Abu Bakar berkata:"Jika pendapatku betul, maka ianya daripada Allah dan jika ianya salah maka ia adalah daripada aku dan daripada syaitan."[Al-Baihaqi, al-Sunan al-Kubra, VI, hlm. 223; al-Tabari, Tafsir, VI hlm. 30; Ibn Kathir, Tafsir, I, hlm.260] Kata-kata Abu Bakar menunjukkan bahawa dia sendiri tidak yakin kepada pendapatnya. Dan dia memerlukan bimbingan orang lain untuk menentukan kesalahannya.
28, Khalifah Abu Bakar mengetahui bahawa dia tidak terlepas dari kilauan dunia, lantaran itu dia menangis. Al-Hakim di dalam Mustadrak, IV, hlm. 309 meriwayatkan dengan sanadnya daripada Zaid bin Arqam, dia berkata:"Kami pada suatu masa telah berada bersama Abu Bakar, dia meminta minuman, lalu diberikan air dan madu. Manakala dia mendekatkannya ke mulutnya dia menangis sehingga membuatkan sahabat-sahabatnya menangis. Akhirnya merekapun berhenti menangis, tetapi dia terus menangis.
Kemudian dia kembali dan menangis lagi sehingga mereka menyangka bahawa mereka tidak mampu lagi menyelesaikan masalahnya. Dia berkata:kemudian dia menyapu dua matanya. Mereka berkata:Wahai khalifah Rasulullah! Apakah yang sedang ditolak oleh anda? Beliau menjawab:"Dunia ini (di hadapanku) telah "memperlihatkan"nya kepadaku, maka aku berkata kepadanya:Pergilah dariku maka ianya pergi kemudian dia kembali lagi dan berkata:Sekiranya anda terlepas dariku, orang selepas anda tidak akan terlepas dariku." Hadith ini diriwayatkan juga oleh ak-Khatib di dalam Tarikh Baghdad, X,hlm. 268 dan Abu Nu'aim di dalam Hilyah al-Auliya', I, hlm.30]
29. Khalifah Abu Bakar tidak mempunyai kata pemutus ke atas pemerintahannya melainkan ianya dipersetujui oleh Umar. Adalah diriwayatkan bahawa "Uyainah bin Hasin dan al-Aqra bin Habis datang kepada Abu Bakar dan berkata:"Wahai khalifah Rasulullah, izinkan kami menanam di sebidang tanah yang terbiar berhampiran kami. Kami akan membajak dan menanamnya. Mudah-mudahan Allah akan memberikan manfaat kepada kami dengannya."Lalu Abu Bakar menulis surat tentang persetujuannya. Maka kedua-duanya berjumpa Umar untuk mempersaksikan kandungan surat tersebut. Apabila kedua-duanya membacakan kandungannya kepadanya, Umar merebutnya dari tangan mereka berdua dan meludahnya. Kemudian memadamkannya. Lalu kedua-duanya mendatangi Abu Bakar dan berkata:"Kami tidak mengetahui adakah anda khalifah atau Umar." Kemudian mereka berdua menceritakan kepadanya. Lalu Abu Bakar berkata:"Kami tidak melaksanakan sesuatu melainkannya dipersetujui oleh Umar."{al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal, VI, hlm. 335; Ibn Hajr, al-Isabah, I,hlm.56] .
30. Khalifah Abu Bakar telah dicaci oleh seorang lelaki di hadapan Rasulullah SAWA. Tetapi Nabi SAWA tidak melarangnya sebaliknya beliau tersenyum pula, Ahmad bin Hanbal SAWA sedang duduk, maka Nabi SAWA kagum dan tersenyum.[Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, VI, hlm.436]
31. Khalifah Abu Bakar dan Umar telah bertengkar sehingga suara mereka di hadapan Rasulullah SAWA. Abu Bakar berkata:"Wahai Rasulullah lantiklah al-Aqra bin Habi bagi mengetuai kaumnya." Umar berkata:"Wahai Rasulullah janganlah anda melantiknya sehingga mereka menengking dan meninggikan suara mereka di hadapan Rasulullah SAWA." Lalu diturunkan ayat di dalam Surah al-Hujurat(49):2,"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu meninggikan suaramu lebih dari Nabi dan janganlah kamu berkata kepadanya dengan suara keras sebagaimana kerasnya (suara) sebahagian kamu terhadap sebahagian yang lain, supaya tidak terhapus pahala amalanmu, sedangkan kamu tidak menyedari." Sepatutnya mereka berdua bertanya dan merujuk kepada Rasulullah SAWA mengenainya.[Ahmad bin Hanbal, al-Musnad,IV, hlm.6;al-Tahawi, Musykil al-Athar,I,hlm. 14-42]
32. Khalifah Abu Bakar banyak membuat pengakuan-pengakuan dimana dia sepatutnya melakukan sesuatu,tetapi tidakmelakukannya dan sebaliknya. Ibn Qutaibah mencatatkan dalam bukunya al-Imamah wa al-Siyasah, I, hlm. 18-19, 9 perkara yang disesali oleh Abu Bakar seperti berikut:
"Tiga perkara yang aku telah lakukan sepatutnya aku tidak melakukannya dan tiga perkara yang aku tidak lakukannya sepatutnya aku melakukannya dan tiga perkara yang sepatutnya aku bertanya Rasulullah SAWA mengenainya. Adapun tiga perkara yang aku telah melakukannya sepatutnya aku tidak melakukannya:
1. Sepatutnya aku tinggalkan rumah Ali (Fatimah) sekalipun mereka mengisytiharkan perang ke atasku.
2. Sepatutnya aku membai'ah sama Umar atau Abu Ubadah di Saqifah Bani Saidah, iaitu salah seorang mereka menjadi amir dan aku menjadi wazir.
3. Sepatutnya aku menyembelih Fuja'ah al-Silmi atau melepaskannya dari tawanan dan aku tidak membakarnya hidup-hidup.
Adapun tiga perkara yang aku tidak melakukannya sepatutnya aku melakukannya:
1. Sepatutnya ketika al-Asy'ath bin Qais dibawa kepadaku sebagai tawanan, aku membunuhnya dan tidak memberinya peluang untuk hidup, kerana aku telah mendengar tentangnya bahawa ia bersifat sentiasa menolong segala kejahatan.
2. Sepatutnya ketika aku mengutus Khalid bin al-Walid kepada orang-orang murtad, aku mesti berada di Dhi al-Qissah, dengan itu sekiranya mereka menang, mereka boleh bergembira dan sekiranya mereka kalah aku boleh menghulurkan bantuan.
Adapun tiga perkara yang sepatutnya aku bertanya Rasulullah SAWA ialah:
1. Kepada siapakan jawatan khalifah patut diberikan sesudah beliau wafat, dengan demikian tidaklah jawatan itu menjadi rebutan.
2. Sepatutnya aku bertanya kepada beliau, adakah orang Ansar mempunyai hak menjadi khalifah.
3. Sepatutnya aku bertanya beliau tentang pembahagian harta pusaka anak saudara perempuan sebelah lelaki dan ibu saudara sebelah lelaki kerana aku tida puas hati tentang hukumnya dan memerlukan penyelesaian."
Kenyataan di atas telah disebut juga oleh al-Tabari dalam Tarikhnya, IV, hlm. 52;Ibn Abd Rabbih, ‘Iqd Farid,II,hlm. 254;Abu
Ubaid, al-Amwal,hlm. 131]
33. Khalifah Abu Bakar juga tidak dapat menyelesaikan persoalan-persoalan yang dikemukakan kepadanya oleh orang Yahudi. Anas bin Malik berkata:"Seorang Yahudi datang selepas kewafatan Rasulullah SAWA. Maka kaum Muslimin menunjukkannya kepada Abu Bakar. Dia berdiri di hadapan Abu Bakar dan berkata: Aku akan kemukakan soalan-soalan yang tidak akan dijawab melainkan oleh Nabi atau wasi Nabi. Abu Bakar berkata:"Tanyalah apa yang anda mahu. Yahudi berkata: Beritahukan kepadaku perkara yang tidak ada pada Allah, tidak ada di sisi Allah, dan tidak diketahui oleh Allah? Abu Bakar berkata: Ini adalah soalan-soalan orang zindiq wahai Yahudi! Abu Bakar dan kaum Muslimin mulai marah dengan Yahudi tersebut.
Ibn Abbas berkata: Kalina tidak dapat memberikan jawapan kepada lelaki itu. Abu Bakar berkata: Tidakkah anda mendengar apa yang diperkatakan oleh lelaki itu? Ibn Abbas menjawab: Sekirannya kalian tidak dapat menjawabnya, maka kalian pergilah bersamanya menemui Ali AS, nescaya dia akan menjawabnya kerana aku mendengar Rasulullah SAWA bersabda kepada Ali bin Abi Talib:"Wahai Tuhanku! Sinarilah hatinya, dan perkuatkanlah lidahnya." Dia berkata:"Abu Bakar dan orang-orang yang hadir bersamanya datang kepada Ali bin Abi Talib, mereka meminta izin daripadanya. Abu Bakar berkata: Wahai Abu l-Hasan, sesungguhnya lelaki ini telah bertanya kepadaku beberapa soalan (zindiq).
Ali berkata: Apakah yang anda perkatakan wahai Yahudi? Dia menjawab: Aku akan bertanya kepada anda perkara-perkara yang tidak diketahui melainkan oleh Nabi atau wasi Nabi. Yahudi mengemukakan soalan-soalan kepadanya. Ali berkata: Adapun perkara-perkara yang tidak diketahui oleh Allah ialah kata-kata anda bahwa Uzair adalah anak lelaki Tuhan, dan Allah tidak mengetahui bahawa Dia mempunyai anak lelaki. Adapun kata-kata anda apa yang tidak ada di sisi Allah, maka jawapannya perkara yang tidak ada di sisi Allah ialah kezaliman. Adapun kata-kata anda: Apa yang tidak ada bagi Allah maka jawapannya tidak ada bagi Allah syirik. Yahudi menjawab: Aku naik saksi tiada Tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad adalah pesuruh Allah dan sesungguhnya anda adalah wasinya."[Ibn Duraid, al-Mujtana, hlm.35]

INDEK
Abu l-Fida’,Tarikh, Cairo,1384H.
Abu "Ubaid, Kitab al-Amwal, Baghdad 1958.
Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, Bairut,1382H.
Al-Asy"ari,Abu l-Hasan Ali bin Ismail, al-Ibanah ‘an Usul al-
Diyanah,Cairo,1385H.
Al-Baihaqi, al-Sunan al-Kubra, Baghdad,1959
Al-Baladhuri, Ansab al-Asyraf,Tunis 1384H.
Al-Baqillqni, al-Tamhid, Baghdad,1960.
Al-Bukhari, Sahih,Bairut , 1377H.
Al-Darimi, al-Sunan, Cairo,1385H.
Al-Dhahabi,al-Talkhis,Cair o,1969.
Fakhruddin al-Razi, Mafatih al-Ghaib, Cairo 1967.
Al-Haitahami, Majma’ al-Zawaid , Baghdad,1378H.
Al-Hakim , al-Mustadrak ,Cairo, 1969.
Al-Halabi, Sirah al-Nabawiyyah , Cairo,1362H.
Ibn ‘Abd al-Birr, al-Isti’ab fi Ma’rifah al-Sahabah ,Cairo,1365.
Ibn ‘Abd Rabbih,’Iqd al-Farid,Tunis,1378H.
Ibn Abi al-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah ,Baghdad,1382H.
Ibn al-Athir, Usd al-Ghabah ,1959.
Ibn Hajr,al-Isabah fi Ma’rifah al-Sahabah ,Bairut,1953.
________Fath al-Bari , Cairo,1958.
Ibn Hajr al-Naithami, al-Sawa’iq al-Muhriqah , Cairo,1383H.
Ibn Kathir,Tafsir, Cairo,1381H.
Ibn Majah ,al-Sunan, Baghdad,1367H.
Ibn Qutaibah,al-Imamah wa al-Siyasah, Cairo,1959.
Ibn Rusyd,Bidayah al-Mujtahid, Baghdad,1959.
Ibn Sa’d,Tabaqat, Cairo,1375H.
Ibn Taimiyyah,Minhaj al-Sunnah, Baghdad,1369H.
Al-Jassas,Ahkam al-Qur’an,Baghdad,1959.
Al-Kulaini,al-Raudhah min al-Kafi,,Tehran,tt.
Mahyu al-Din al-Syafi’I al-Tabari,Dhakha’I al-‘Uqba,Cairo,tt.
Malik,al-Muwatta’, Tunis,1384H.
Al-Muhibb al-Tabari,al-Riyadh al-Nadhirah,Baghdad,tt.
Al-Muttaqi al-Hindi,Kanz al-‘Ummal,Hyderabad,1374H.
Al-Nasa’i,al-Khasais,Bairut,1959.
Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi’ al-Mawaddah,Baghdad,1395H.
Sahnun,al-Mudawwanah al-Kubra,Cairo,1380H.
Sulaim bin Qais al-Hilali al-Kufi,Kitab Sulaim,Bairut,1980.
Al-Suyuti,al-Durr al-Manthur,Cairo,1961.
_________, Tarikh al-Khulafa’, Cairo,1368H.
Al-Syafi’I,al-Umm, Cairo,1958.
Al-Syahrastani, Milal wa al-Nihal, Cairo,1968.
Syarafuddin al-Musawi, Abu Hurairah,pakistan,1959.
Al-Tabari,Tarikh, Bairut,1968.
_______, Tafsir, Cairo,1349H.
Al-Tahawi,Musykil al-Athar, Hyederabad,1372H.
Al-Turmudhi,Sahih,Cairo,1382H.
Al-Ya’qubi, Tarikh al-Ya’qubi, Bairut,1379H.
Al-Zamakhsyari,al-Kasysyaf ‘an Haqa’iq wa Ghawamidh al-
Al-Tanzil, Cairo,tt.


Thursday, May 28, 2009

Kembalilah Pada Khalifah---(bhgn 4)

Nama-nama Mereka

Dalam kitab Yanabi'ul Mawaddah yang dikarang oleh Al-Qanduji seorang ulama hadits yang bermadzhab Hanafi dalam hal Fikih disebutkan nama-nama para Khalifah yang dua belas.yaitu riwayat dari Mujahid dari Ibnu Abbas dari Rasullullah saww,Dibawah ini disebutkan nama asalnya,nama mulianya dan nama laqab(julukan), tahun kelahiran dan tahun wafatnya dari tahun Hijrah dan Masihi.

1- Abul Hassan Ali bin Abi Thalib, julukannya Al-Murtadha atau Amirul Mukminin, lahir pada 13 rejab tahun 23 sebelum Hijrah( 25 mei 600), wafat 21 Ramadhan 40 (28 januari 661).

2- Abu Muhammad Al-Hassan bin Ali, nama julukannya,Al-Mujtaba,lahir pada 15 Ramadhan 3( 1 march 625),wafat pada 7 Safar 50 (6 march 670).

3- Abu Abdillah Al-Hussien bin Ali,nama julukan Al-Syahid lahir pada 3 Sya'ban 4(8 januari 626) wafat pada 10 Muharram 619 (10 oktober 680).

4- Abul Hassan 'Ali bin Al-Hussain,gelarannya Zainal A'bidin,lahir pada 5 Syaban tahun 38 (6 januari 659),wafat pada tanggal 25 Muharram 94/95( 31 oktober 712/ 20 oktober 713).

5-Abu Ja'far Muhammad bin Ali.nama gelarannya Al-Baqir,lhir pada 3 shafar tahun 57 ( 16 december 676) wafat pada 7 DzulHijjah 114 (28 Januari 733).

6-Abu Abdillah Ja;far bin Muhammad,nama julukannya Al-Shadiq, lahir 17 Rubi'ulAwwal 83 ( 20 April 702 ) wafat pada 25 Syawwal 148 (14 December 765).

7-Abul Hassan Musa bin Ja'far nama gelarannya Al-Khazim lahir pada 7 shafar 129 (28 oktober 746), wafat pada tanggal 25 Rejab 183 ( 1 September 799).

8-Abul Hassan 'Ali bin Musa, nama panggilannya Al-Ridha lahir pada 11 Dzul Qa'dah tahun 148 ( 29 December 765 ) dan wafat pada tarikh 17 shafar 203 ( 24 Ogos 818).

9-Abu Jafar Muhammad bin Ali, nama gelarannya Al-Jawad lahir pada 10 Rejab tahun195 ( 8 April 811) dan wafat pada tanggal 30 DzulQa'dah 220 ( 25 November 835).

10-Abul Hassan 'Ali bin Muhammad nama julukannya Al-Hadi, lahir pada tarikh 2 Rejab tahun 212 ( 27 September 827) dan wafat pada 3 Rejab 254 ( 28 Jun 868).

11-Abu Muhammad Al-Hassan bin 'Ali nama gelarnya Al-Askari, lahir pada 8 Rubi'ul Akhir tahun 232 (3 December 846) dan wafat pada tanggal 8 Rabi'ulAwwal 260 ( 1 Januari 874).

12-Abul Qasim Muhammad bin Al-Hassan, nama julukannya Al-Mahdi,lahir pada 15 Sya'ban tahun 255 (29 Julai 869),Beliau hidup didalam kegaiban,semoga Allah mempercepatkan kezuhurannya.

Khalifah yang kedua belas ini nama kun-yah-nya Abul Qasim dan nama gelaran yang lain adalah Al-Hujjah,Al-Qaim,Shahibuzzaman dan lain-lain.Beliaulah Khalifah Rasullullah saww dan Imam bagi manusia pada zaman ini.Beliau sekarang dighaibkan Allah 'azza wa jalla yang kedatangannya kita tunggu.Rasullullah saww telah menyebutkan bahwa beliau itu akan datang pada saat bumi ini telah diselaputi oleh kezaliman dan kejahatan.

Rasullullah saww bersabda,"Akan keluar lelaki dari Ahlulbaitku yang namanya sama dengan namaku dan bentuk tubuhnya sebagaimana bentuk tubuhku(atau akhlaknya sama seperti akhlakku) lalu dia memenuhinya (bumi ini) dengan keadilan dan kebenaran sebagaimana ia telah diliputi oleh kezaliman dan kejahatan."

(Kanzul 'Ummal 7/188)

Imam Mahdi adalah keturunan dari Imam Hussien..keturunan dari putri Nabi yaitu Fathimah Al-Zahra, keturunan Rasullullah saww dan termasuk dzurriyyah Ibrahim as.

Berita gembira (basyarah) akan kemunculan Imam Al-Mahdi di akhir zaman ini untuk menegakkan keadilan,banyak diriwayatkan di dalam kitab-kitab hadits secara mutawatir(berita yang banyak sehingga orang mustahil untuk mengadakan dusta). baik didalam kitab-kitab yang umum maupun yang khusus yang diriwayatkan dari Ahlulbait Rasullullah saww.Maka kembalilah ke Khalifah yang telah ditertibkan Allah 'azza wa jalla agar kita tidak mati jahiliyyah
!

Kembalilah Pada Khalifah---( bhgn 3)

Para- Para Khalifah


Data-data para Khalifah Rasullullah saww dari beberapa ayat Al-Quran dan beberapa hadits diatas adalah sebagai berikut,

1-Mereka adalah dari dzuriyyah atau keturunan Nabi Ibrahim as yang tidak fasik dan tidak zalim.

2-Memiliki sifat Ishmah sehingga tidak melakukan dosa-dosa.

3-Ditempa oleh Tuhannya dengan menjalani hidup sebagai orang-orang tertindas.

4-Mewarisi ilmu dan pemahaman Nabi saww.Dan mereka tidak pernah berguru dengan orang lain selain kepada ayahnya secara langsung,tetapi justru tokoh-tokoh lain seperti Abu Hanifah (Imam madzhab hanafi) dan Malik bin Anas (Imam madzhab maliki) mereka pernah berguru kepada salah seorang dari Imam yang dua belas.

5-Menunjuki ummat manusia dan ummat jin dengan petunjuk Allah,tidak dengan ijtihad,kerana mereka bukan para mujtahid.

6-Mereka berjumlah dua belas Khalifah(itsnaa'syara khalifah) untuk zaman waktu dari sejak Rasullullah saww sampai hari kiamat.Wafat yang pertama langsung diganti oleh yang kedua.Wafat yang kedua terus diganti oleh yang ketiga dan seterusnya.

7-Mereka berasal dari Quraisy dari Bani Hasyim,bukan dari Bani Taim,bukan dari Bani Adi', bukan dari Bani Umayyah dan bukan pula dari Bani Abbas
.

Wednesday, May 27, 2009

Kembalilah Pada Khalifah---( bhgn 2)

Jumlah Para Khalifah

Jumlah mereka yang Allah pilih itu semuanya ada 12 orang dari sejak Nabi Muhammad saww sampai hari kiamat tiba,dan semuanya dari Quraisy.

Rasullullah saww bersabda, " AjaranIslam ini akan sentiasa ada sampai tegaknya saat(kiamat) atau berlalu atas kalian (wahai ummat islam) dua belas Khalifah yang seluruhnya dari Quraisy."(Al-Jami' Al-Shahih 6/4)

Ucapan Rasullullah saww yang bermaksud seperti di atas dapat kita kutip dari kitab-kitab hadis seperti,Shahih Bhukhari pada kitab Al-Ahkam,Shahih Muslim kitab Al-Imarah,Sunan Al-Turmizi,Musnab Al-Imam Ahmad bib Hambal,Al-Mustadrak Ala-Shahihain dan Kanzul Ummal.

Imam Ali as menjelaskan tentang asal-usul para Imam,dari Quraisynya itu dari anak-cucu (bani) siapa?dan bagaimana bagaimana jika ummat islam tidak berwilayah kepada mereka? Imam Ali as berkata,"Sesungguhnya para Imam itu dari Quraisy mereka telah ditanam di dalam perut ini dari Hasyim, tidak akan selesai (Khalifah) kalau bukan mereka dan tidak akan berguna para wali(pemimpin) jika selain mereka."(Syrh Nahjul Balaghah Ibnu Abil Hadid 9/84)

Monday, May 25, 2009

Kembalilah Pada Khalifah---( bhgn1)


Khalifah atau Imamah adalah kepemimpinan secara teotratis setelah Nubuwwah (kenabian).Di dalam ajaran islam yang suci,masalah kepemimpinan merupakan masalah yang prinsip (ushuluddin).Dan yang dimaksudkan dengan Khalifah atau atau Imamah ialah kepemimpinan Islam setelah Rasullullah saww wafat.Orang-orang yang dipilih Allah 'azza wa jalla untuk menjadi pemimpin ummat setalah Rasulullah disebut Imam atau Khalifah.

Setiap orang Islam wajib mengenal dan mengikuti para Imam atau para Khalifah pilihan Allah 'azza wa jalla,dikeranakan Khalifah atau Imamah (kepemimpinan selepas Kenabian ) itu adalah kelanjutan dari risalah( kerasulan) atay nubuwwah.Maka orang yang tidak menerima Khalifah yang penunjukannya dari Allah adalah sama halnya dengan mengingkari kenabian Muhammad saww. Dan orang yang tidak mengenalnya jika dia mati,maka kematiannya seperti kematian jahiliyyah(kebodohan secara rohani kerana tidak menerima kebenaran) sebagaimana disebut dalam hadits-hadits berikut.

Rasullullah saww berkata kepada Ali bin Abi Thalib,"Sesungguhnya Allah tabaraka wata'ala (Yang Maha Berkah dan Maha Tinggi) telah menciptakan aku dan kamu dan memilih aku dan kamu.Dia memilihku untuk Kenabian dan memilihmu untuk untuk Imamah.Barang siapa yang mengingkari kepemimpinanmu,sesungguhnya dia telah mengingkari Kenabianku,Wahai Ali Engkau washi- ku (penerima wasiatku) dan ayah bagi dua anakku (Hassan dan Hussien as),suami putriku (Fathimah as) dan Khalifahku atas umatku pada waktu hidupku dan setelah matiku. Perintahmu adalah perintahku dan laranganmu adalah laranganku.Aku bersumpah demi tuhan yang mengutusku dengan Kenabian dan menjadikanku sebaik-baik makhluk,sesungguhnya kamu ini Hujjah Allah atas makhluk-Nya,kepercayaan-Nya atas rahsia-Nya dan Khalifah-Nya atas hamba-hamba-nya." (Madinah Al Balaghah 2/340).

Rasullullah saww bersabda,"Man mata wa huwa la' ya' rifu Imamahu ma'ta mi'tatan ja'hilayyah," maksud- "Barang siapa yang mati sedang dia tidak mengenal Imamnya,dia mati seperti mati jahiliyyah."(Biharul Anwar 23/77)

Rasullullah saww bersabda,' Man ma'ta bighairi ima'min ma;ta mi'tatan jahilliyyah,"artinya-"Barang siapa yang mati tanpa iman dia mati sebagaimana kematian jahilliyyah."(Kanzu Ummal 1/103 hadits no 464)

Rasullullah saww bersabda,"Man ba'ta lailatan la' ya'rifu fiha' ima'ma zama'nihi ma'ta mi'tatan ja'hiliyyah.""Barangsiapa yang bermalam pada suatu malam yang dia tidak mengenal Imam Zamannya(yang dipilih Allah) dia mati seperti mati jahiliyyah,"(Mizan Al-Hikmah 1/171)

Para Imam dan Khalifah itu,penunjukkannya adalah sebagaimana halnya para Nabi dan Rasul, mereka dipilih dan ditentukan oleh Allah 'azza wa jalla,tidak dipilih dan ditentukan oleh manusia melalui musyawarah, maufakat atau dengan penunjukan melalui penubuhan lembaga atau penunjukan seseorang atau dipilih oleh ummat manusia secara demokrasi.

Di dalam kitab suci Al-Quran ada beberapa ayat yang menyebutkan kreteria para Imam atau Khalifah buat ummat manusia.

Allah 'azza wa jalla berfirman."Ingatlah ketika Ibrahim diuji Rabb-Nya dengan beberapa kalimat,lalu dia menyempurnakannya.Dia berfirman,Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu Imam untuk ummat manusia,Dia berkata ,Dan dari keturunanku,Dia berfirman,Janji-Ku (dalam urusan imamah) tidak akan mencapai orang-orang zalim."(QS Al-Baqarah 124).

Dari ayat di atas dapat difahami bahwa Allah 'azza wa jalla, akan menjadikan Imam-Imam dari sebahagian dzuriyyah Ibrahim as.Dam Imam-Imam yang Allah pilih itu tidak zalim baik kepada orang lain maupun kepada dirinya sendiri.Dengan kata lain Imam itu harus ma'shum(tidak melakukan dosa dan kesalahan).

Allah Swt berfirman,"Dan kami hendak memberikan kurnia kepada orang-orang yang tertindas di bumi,dan Kami akan jadikan mereka Imam-Imam dan Kami jadikan mereka orang-orang yang mewarisi.(Qs Al-Qashash,5)

Pada ayat tersebut Allah 'azza wa jalla, berjanji akan memberikan kurnia dan menjadikan sebahagian orang-orang yang tertindas di bumi sebagai Imam-Imam untuk seluruh ummat manusia dan menjadikan mereka sebagai para pewaris, yakni sebagai pewaris pemahaman dan ilmu pengetahuan Rasullullah saww.

Allah ta'ala berfirman,"Dan antara mereka Kami jadikan Imam-Imam,mereka menunjuki (manusia dan jin) dengan perintah(ajaran) Kami, kerana mereka telah bersabar dan yakin kepada ayat-ayat Kami."(Qs As-Sajdah 24).

Dan Kami jadikan mereka Imam-Imam yang menunjuki( manusia dan jin) dengan perintah Kami, dan Kami wahyukan (ilhamkan) kepada mereka untuk melakukan kebaikan-kebaikan,mendirikan solat dan mengeluarkan zakat.Dan kepada Kami mereka mengabdi". (Qs Al-Anbiya 73)

' Allah ta'ala berfirman,"Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh dan Ibrahim,dan Kami telah jadikan pada keturunan keduanya Kenabian dan Al-Kitab,maka di antara mereka ada yang menerima petunjuk dan banyak di antara mereka yang fasik. (Qs Al-hadid 26)

Semua manusia tidak diragukan lagi adalah keterunan Nabi-Nabi,keturunan orang-orang suci dan keturunan manusia pilihan Tuhan, baik dari dzuriyyah Nabi Nuh,Nabi Ibrahim maupun dari nabi-Nabi yang lain,paling tidak kita semua adalah keturunan Nabi Adam as, sebagaimana yang Rasullullah saww pernah berkata bahwa semua manusia dari Adam dan Adam dari tanah.Namun berdasarkan ayat di atas bahwa ternyata keturunan para Nabi ada yang baik dan ada juga yang zalim, ada yang menerima kebenaran dan ada yang yang menentangnya,bahkan pada ayat tersebut jelas mengatakan dan banyak di antara mereka yang fasik.