Wednesday, October 7, 2009

Alangkah aneh dan lamanya hari itu

Dengan kehendak dan hikmah-Nya,Allah SWT telah menghaibkan Imam Mahdi as beberapa ketika setelah kelahirannya.Demi menyelamatkan hujjah-Nya dari ancaman bunuh oleh khalifah yang memerintah pada ketika itu.

Rasullullah saw bersabda,"Allah Yang Maha Kuasa telah mengutuskan ku dan dua belas Imam selepasku.Mereka ini Hujjah Allah dan Imam ke 12 ialah al-Qaim(yang akan bangkit).Dengan kebangkitannya dunia yang telah dipenuhi dengan penindasan dan kezaliman akan diganti dengan keadilan dan persamaan."

Terdapat sekitar seratus tiga puluh sembilan riwayat yang mengatakan pemimpin selepas Rasullullah saw adalah 12,dan sembilan daripadanya keturunan Imam Hussein a.s.

Imam Ali a.s pernah berkata pada Talhah:
"Wahai Talhah ! Tidakkah kamu salah seorang saksi ketika Rasullullah saw meminta pen dan kertas untuk menulis wasiat agar kita tidak akan sesat selepas ini? Dan sahabat mu yang kasar membantah dengan mengatakan baginda sedang meracau?Rasullullah murka sehingga tidak jadi menulisnya?"
Talhah menjawab,"Ya aku menyaksikan di hari itu."
Imam Ali a.s terus memberitahunya,"Apabila kamu semua telah beredar dari situ,Rasullullah saw telah memberitahu ku dan menulis wasiatnya.Baginda sangat ingin mengingatkan perkhabaran ini kepada orang ramai kerana malaikat Jibrail as memberitahu baginda bahwa Allah SWT,mengetahui akan berlaku perbalahan yang mengakibatkan ummah berpecah.Rasullullah saw mengarahkan ku mengambil kertas dan menyuruhku mencatat apa yang akan dikatakan oleh baginda.Aku juga disuruh memanggil tiga orang sebagai saksi;Salman al-Farisi,Abu Dzar al-Ghifari dan Miqdad.Baginda lalu menamakan pemimpin-pemimpin yang mesti dipatuhi sehingga ke hari kiamat,Rasullullah saw menamakan aku yang pertama,kemudian anakku Hassan dan kemudian Hussein,selepas itu diikuti sembilan orang dari keturunan Hussein ."


Kemudian Imam Ali a.s berpaling pada Abu Dzar dan Miqdad yang ada ketika itu dan bertanya'Adakah perkara ini berlaku?Mereka mengaku menyaksikannya,'Ya,Rasullullah mengatakan semua itu."

Talhah berkata,"Aku bersumpah dengan nama Allah bahwa Rasulullah pernah berkata pada Abu Dzar,"Di bawah kolong langit ini,tidak ada lidah yang lebih jujur daripada Abu Dzar,"Kemudian Talhah berkata pada Imam Ali a.s,"Aku sendiri menyaksikan bahwa Abu Dzar dan Miqdad tidak akan menyaksikan selain dari kebenaran dan pada pandanganku engkau lebih benar dari mereka berdua."

No comments:

Post a Comment