Saturday, October 31, 2009

Siapakah AhlulBait Menurut Al-Quran Dan Hadith

Al-Qur’an al-Karim merupakan sumber pemikiran, syariah dan nilai. Setiap yang dibawa oleh al-Qur’an adalah wahyu yang diturunkan dan kalam Allah yang Maha Suci, yang menggubal cara hidup dan menetapkan undang-undangnya. Setiap muslim mengetahui bahawa apa juga yang dibawa oleh al-Qur’an adalah syariah Allah dan risalah yang diwajibkan beramal dengannya dan berjalan menurut petunjuknya. Al-Qur’an menceritakan tentang Ahl al-Bayt dengan menggunakan uslub berikut:

1. Dengan terus terang menyebut nama mereka dengan menggunakan istilah yang digunakan al-Qur’an, adakala al-Qur'an menyebut mereka dengar nama Ahl a1-Bayt, sebagaimana dalam ayat “at-Tathir”[1] dan kadang-kadang disebut dengan “al-Qurba” sepertimana dalam ayat “al-Mawaddah”.[2] Dengan sebab itu turunnya beberapa ayat al-Qur’an yang dijelaskan oleh Sunnah Nabi dan diuraikan untuk umat pada ketika itu, serta diriwayatkan oleh ahli-ahli tafsir, perawi-perawi hadis dan ahli-ahli sejarah dalam kitab-kitab dan ensiklopedia mereka.

2. Dengan merekodkan peristiwa dan kejadian yang berlaku khusus mengenai Ahl al-Bayt, dengan turunnya beberapa ayat yang menceritakan kelebihan dan maqam Ahl al-Bayt, dengan memuji-muji mereka dan perhatian umat terhadap mereka sama ada secara berkelompok seperti dalam ayat “al-Mubahalah”,[3] dan ayat “at-Ta’am” dalam surah “ad-Dahr” dan lain-lain atau secara berasingan seperti dalam ayat al-Wilayah iaitu:

إِنَّما وَلِيُّكُمُ اللَّهُ وَ رَسُولُهُ وَ الَّذينَ آمَنُوا الَّذينَ يُقيمُونَ الصَّلاةَ وَ يُؤْتُونَ الزَّكاةَ وَ هُمْ راكِعُون‏

Maksudnya: “Sesungguhnya wali kamu adalah Allah dan rasul-Nya dan orang-orang yang beriman iaitu mereka yang mendirikan al-solah dan menunaikan zakat, sedang mereka dalam keadaan rukuk.”

Kami akan kemukakan sebahagian daripada ayat-ayat yang banyak menjelaskan keutamaan dan kedudukan Ahl al-Bayt as dengan secara terperinci dan terang.

PERTAMA: AYAT AT-TATHIR
إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَ يُطَهِّرَكمُ‏ْ تَطْهِيرًا

Kebanyakan kitab al-tafsir dan hadis menerangkan bahawa yang dimaksudkan dengan Ahl at-Bayt as ialah keluarga Nabi Muhammad saw, mereka ialah Ali, Fatimah, al-Hasan dan al-Husayn. Tersebut dalam kitab al-Dur- al-Manthur karangan al-Suyuti, hadis dikeluarkan oleh al-Tabr ni daripada Umm Salamah bahawa Rasululluah saw bersabda kepada Fatimah, maksudnya; “Datanglah kepadaku suamimu dan kedua-dua anaknya, kemudian Fatimah datang bersama-sama mereka, kemudian RasulIullah saw menutupi mereka dengan kain penutup daripada negeri Fadak, lalu meletakkkan tangannya saw ke atas mereka dengan bersabda, maksudnya: Ya Allah sesungguhnya mereka ini adalah Ali Muhammad.

Dalam setengah riwayat menggunakan lafaz (Al Muhammad) – maka jadikanlah salawat dan keberkatan kamu ke atas keluarga Muhammad sebagaimana telah kami jadikannya ke atas keluarga Ibrahim sesungguhnya kamu Maha Terpuji lagi Maha Pemurah. Berkata Umm Salamah: Aku bukakan kain penutup supaya aku dapat masuk ke dalam bersama-sama mereka tetapi Rasullullah merentap kain penutup itu daripada tanganku dan bersabda sesungguhnya kamu berada dalam kebaikan.”[4]

Diriwayatkan daripada Umm Salamah, isteri Nabi, bahawa ketika Rasullullah saw berada di rumahnya sedang tidur dengan (memakai) kain selimut dan Khaibar tiba-tiba Fatimah datang membawa satu mangkuk berisi Khazirah.[5] Rasulullah saw berkata kepada Fatimah: Panggil suamimu dan kedua-dua anakmu Hasan dan Husayn, maka Fatimab pun memanggil mereka itu tatkala mereka tengah makan tiba-tiba turun ayat 33 Surah 33 kepada Rasulullah saw Kemudian Rasullullah memegang tepi kainnya dan menutupi mereka itu dengan kain itu, seterusnya Nabi saw mengeluarkan tangannya daripada kain selimut dan menadahkan tangannya ke langit dengan berdoa:

اللهم هؤلاء اهل بیتی و خاصتی فاذهب عنهم الرجس و طهرهم تطهیرا

“Ya Allah mereka itu adalah Ahl Baytku dan keturunanku maka hapuskanlah kekotoran daripada mereka dan sucikanlah mereka itu dengan sesuci-sucinya.” Nabi saw mengulangi (doa ini) 3 kali. Berkata Umm Salamah: Aku masukkan kepalaku dalam penutup itu dan aku berkata: Wahai Rasullullah adakah aku (boleh) bersama kamu? Jawab Nabi saw:[6] “انک علی خیر” Sesungguhnya kamu berada dalam kebaikan (diulangi sebanyak) dua kali.”

Begitulah seterusnya Rasullullah menerangkan kepada umatnya mengenai makna ayat suci al-Qur’an dan bersungguh-sungguh untuk memahamkannya supaya umatnya dapat petunjuk daripadanya dan berjalan mengikut petunjuk al-Qur'an dengan sabdanya yang bermaksud: “Diturunkan ayat ini kepada lima orang, kepadaku, Ali, Fatimah, Hasan dan Husayn:

“Sesungguhnya Allah hendak menghilangkan kalian dari kekotoran wahai Ahlul Bayt dan membersihkan kalian dengan sebersih-bersihnya.”[7] Sebagaimana yang diriwayatkan daripada ‘Aisyah dalam menai sirkan ayat itu dan mengukuhkan mengenai orang-orang yang dimaksudkan dalam ayat ini dengan katanya:

Nabi telah keluar pada suatu pagi dengan memakai mard marhal daripada bulu hitam kemudian datang Hasan bin Ali lalu dimasukkan ke dalarnnya, lepas itu datang pula Husayn dan dimasukkan ke dalamnya, kemudian datang Fatimah dan dimasukkan dia ke dalamnya dan akhir sekali Ali datang dan dimasukkan ke dalamnya, lalu membaca ayat (33 Surah 33).

“Sesungguhnya Allah hendak menghilangkan kalian dari kekotoran wahai Ahlul Bayt dan membersihkan kalian dengan sebersih-bersihnya.”[8]

Terdapat dalam riwayat yang lain. pula bahawa Rasullullah saw pernah lalu (di depan) pintu rumah F timah ketika baginda hendak pergi solah subuh dan bersabda maksudnya: “Salat, salat wahai Ali al-Bayt sesungguhnya Allah menghendaki untuk menghapuskan dosa daripada kamu Ahl al-Bayt dan membersihkan kamu dengan penuh kebersihan.” Begitulah al-Qur’an menceritakan tentang Ahl al-Bayt dan menetapkan peribadi mereka yang suci daripada kekotoran, maksiat dan dosa, dan mengikut hawa nafsu Oleh itu akhlak dan peribadi mereka menjadi contoh teladan. Al-Qur’an tidak memperkenalkan mereka dengan takrif itu melainkan untuk mengukuhkan kedudukan dan maqam mereka dan menumpukan perhatian umat supaya mencontohi mereka dan merujukkan kepada mereka dalam memahami. syariah dan hukum-hakamnya, juga untuk menentukan timbangan dan neraca umat apabila timbul perbezaan pendapat dan percanggahan pemikiran dan dalam hal. ini memang jelas penekanan al-Qur’an dalam beberapa ayat dengan Ahl al-Bayt sebagai contoh teladan bagi orang-orang Islam sesudah Rasullulah saw

Apa juga yang biasa dilakukan Rasullullah seperti berhenti di depan pintu rumah Ali dan Fatimah dan memanggil-manggil mereka di waktu fajar serta mengajak mereka sembahyang dan memberikan gelaran Ahl al-Bayt, semuanya itu tidak lain kecuali untuk mengenalkan keperibadian Ahl al-Bayt dan dengan mentafsirkan ayat at-Tathir untuk menberitahu umat maqam Ahl al-Bayt, menumpukan perhatian umat kepada mereka, kewajipan mengasihi dan mentaati serta memberi kepemimpinan kepada mereka.

Al-Tabari telah meriwayatkan daripada Ibn al-Hamra’ dengan katanya “Aku melihat Rasullullah mendatangi pintu Ali dan Fatimah selama enam bulan lalu menyebutkan,

"الصلاة اهل البیت، إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَ يُطَهِّرَكمُ‏ْ تَطْهِيرًا

“Sesungguhnya Allah hendak menghilangkan kalian dari kekotoran wahai Ahlul Bayt dan membersihkan kalian dengan sebersih-bersihnya.”[9]

Al-Fakhr al-Razi menyebutkan dalam Tafsir al-Kabir bahawa Rasulullah saw selepas turunya ayat:

"وَ أْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَوةِ وَ اصْطَبرِْ عَلَيهَْا"

“Dan suruhlah ahli kamu sembahyang dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya.” Rasulullah saw pergi ke rumah Ali dan Fatimah pada setiap pagi dan berkata, “as-solah” – baginda berbuat demikian berbulan-bulan lamanya.

Dalam hadith riwayat Hamad bin Salamah daripada Ali bin Zaid daripada Anas bahawa Nabi saw berjalan melalui rumah Fatimah selama 6 bulan setiap kali baginda keluar hendak solat dan bersabda:

"الصلاة اهل البیت، إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَ يُطَهِّرَكمُ‏ْ تَطْهِيرًا

Hal yang demikian adalah satu penjelasan dan bukti bagaimana pengamatan Rasulullah dengan keluarganya Ahl Bayt dan memperkuatkan lagi kepada orang-orang Islam bahawa mereka akan dibersihkannya dengan sebersih-bersihnya. Selepas Allah menujukan firmanNya yang Bermaksud: “Dan perintahkah kepada keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya.”

Jelas dengan ayat: “إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنكُمُ الرِّجْسَ” dan menggunakan perkataan muzakkar dan tidak perempuan (عَنكُمُ) dan (وَ يُطَهِّرَكمُ) adalah menunjukkan bahawa mereka yang dimaksudkan ialah lima oang dan telah disebutkan dalam kitab-kitab tafsir bahawa jika yang dimaksudkan itu isteri-isteri nabi nescaya menggunakan (وَ يُطَهِّرَكن) dan (عَنكُن) dan menujukan ucapannya kepada wanita.

Sesungguhnya ayat-ayat di atas menggariskan satu jalan yang mengandungi makna yang luas dan dalam dan menumpukan perhatian kita kepada matlamat-matlamat yang asas dalam kehidupan umat Islam supaya fahaman kita tidak bercanggah dan mensia-siakan maksud sebenar dalam kitab Allah, yang bertujuan untuk pembinaan umat di atas asas kesucian dan jauh daripada kekotoran dan kehinaan, dan menjadikan Ahl Bayt sebagai pusat dan mercu bagi pembinaan ini. Tiada siapa di antara orang-orang Islam yang persaksikan oleh al-Qur’an dengan sifat-sifat ini dan tiada di antara kita yang ditujukan ucapan oleh Rasulullah dengan sifat-sifat yang mutlaq dan dijauhkan daripada dosa-dosa dan maksiat.

KEDUA: AYAT AL-MAWADDAH
قُل لَّا أَسَْلُكمُ‏ْ عَلَيْهِ أَجْرًا إِلَّا الْمَوَدَّةَ فىِ الْقُرْبى‏

“Katakanlah: “Aku tidak meminta kepadamu suatu upahpun atas seruank

Sesungguhnya Rasulullah saw telah menjelaskan bahawa orang-orang yang dimaksudkan dengan ayat di atas ialah orang-orang yang wajib dikasihi dan ditaati serta diikuti perjalanan hidup mereka.

Ahli-ahli tafsir hadith dan ahli-ahli sirah telah meriwayatkan bahawa yang dimaksudkan dengan qarabat nabi di dalam ayat ini ialah Ali, Fatimah, Hasan dan Husayn.

Al-Zamahkshari dalam Tafsir al-Kashshaf menyatakan: “Telah diriwayatkan bahawa sekumpulan orang-orang musyirikin telah berhimpun dalam satu perhimpunan dan berkata-kata sesama mereka: Tahukah kamu bahawa Muhammad ada meminta upah buat sesuatu yang dilakukannya. Kemudian turun ayat ini:[10] “Katakanlah: “Aku tidak meminta kepadamu suatu upahpun atas seruanku kecuali kasih sayang dalam kerabat(ku).”(as-Syura: 23) Seterusnya al-Zamakhshari menyatakan; Telah diriwayatkan bahawa selepas turun ayat di atas ada seseorang berkata; “Wahai Rasulullah saw siapakah qarabat kamu yang diwajibkan ke atas kami untuk mengasihi mereka, Rasulullah saw menjawab: “Ali, Fatimah, dan kedua-dua anak mereka.”[11]

Al-Allamah al-Bahrain meriwayatkan daripada Musnad Ahmad bin Hanbal dengan sanadnya seperti yang disebutkan di atas daripada Ibn Jubair daripada Ibn Abbas (ra) berkata: Apabila turun ayat: “Katakanlah: “Aku tidak meminta kepadamu suatu upahpun atas seruanku kecuali kasih sayang dalam kerabat(ku).” (as-Syura: 23)

Mereka bertanya: “Wahai Rasulullah saw siapakah kerabat kamu yang diwajibkan ke atas kami untuk mengasihi mereka.” Rasulullah menjawab; Ali, Fatimah dan kedua-dua anak mereka.”

Al-Fakhr al-Razi dalam Tafsir al-Kabir setelah menyebutkan kata-kata al-Zamakhshari mengenai Al Muhammad saw mengatakan mereka orang yang dihubungkan urusan mereka kepadanya (nabi). Maka setiap orang yang pertalian mereka lebih rapat dan dekat dengan (Muhammad) ialah keluarga nabi dan tidak syak lagi bahawa Fatimah, Ali, Hasan dan Husayn adalah orang yang paling rapat hubungannya dengan Rasulullah saw dan keadaan ini telah diketahui dengan dalil aqli dan naqli yang mutawatir. Oleh itu sabitlah bahawa mereka ialah Al Muhammad.

Begitu juga telah timbul perselisihan mengenal (الآل) “al-Al” ada yang mengatakan mereka itu ialah kaum kerabat dan ada yang mengatakan mereka ialah umatnya. Jika kita anggapkan al-Al itu sebagai kerabat maka mereka itu ialah al-Al dan jika kita anggapkan al-Al itu adalah Ummah yan telah menerima seruan Nabi Muhammad saw maka mereka juga sebagai al-Al, oleh itu kalau mengikut semua andaian itu mereka tetap al-Al – maka perbezaan itu berdasarkan kepada perbezaan dari segi dalil naqli dan aqli seperti telah kami jelaskan.

Pengarang Tafsir al-Kashshaf telah meriwayatkan bahawa ketika diturunkan ayat al-Mawaddah ini, Rasulullah di tanya; “Wahai Rasulullah: siapakah kerabat kamu yang kami diwajibkan untuk memberi kasih sayang kepada mereka. Baginda saw: “Ali, Fatimah dan kedua-dua anak mereka.” Oleh itu jelaslah bahawa mereka berempat adalah kerabat Nabi saw dan jika demikian mereka berempat itulah yang dikhususkan dengan beberapa kelebihan dan kebesaran, dibuktikan dengan dalil-dalil di bawah ini:

Dalil pertama: firman Allah: “إِلَّا الْمَوَدَّةَ فىِ الْقُرْبى‏” Dan cara pengambilan dalil dengan ayat ini (telah dihuraikan) seperti yang terdahulu.

Dalil kedua: Tidak syak lagi bahawa Nabi saw mengasihi Fatimah as dengan sabdanya yang bermaksud: “Fatimah adalah sebahagian dariku, apa-apa yang menyakiti Fatimah adalah menyakitiku.” Sebagaimana telah sabit dengan hadith mutawatir daripada Nabi Muhammad s. ‘a.w bahawa baginda s. ‘a.w mengasihi Ali, Fatimah, Hasan dan Husayn. Jika demikian maka wajiblah ke atas umatnya (mengasihi mereka) seperti Nabi saw (mengasihi mereka) kerana firman Allah swt: “Katakanlah (Muhammad) jika kalian mencintai Allah maka ikutlah aku nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.” (Ali Imran: 31)

Firman Allah Ta’ala: “Dan ikutilah dia (Muhammad) mudah-mudahan kamu mendapat petunjuk.” (Al-I’Iraf: 158)

Firman Allah Ta’ala: “Maka hendaklah berwaspada orang-orang yang menyalahi perintahnya (Rasul) akan ditimpa fitnah atau azab yang pedih.” (an-Nur:67)

Firman Allah Ta’ala: “Sesungguhnya telah ada bagi kamu pada (diri) Rasulullah itu ikutan yang baik.” (al-Ahzab: 21)

Dalil ketiga: Bahawa doa kepada keluarga (Nabi) adalah satu kedudukan yang tinggi, sebab itu dijadikan doa ini sebagai penutup tasyahhud dalam solat iaitu dengan lafaz: “اللهم صل علی محمد و آل محمد و ارحم محمدا و آل محمد”

Keagungan ini tidak ada pada hak selain daripada Ahl Bayt, dan semua itu termasuk dalam ertikata bahawa kasih sayang kepada Al Muhammad adalah wajib.

Imam al-Syafi’i (ra) bermadah dalam kata-katanya: “Wahai pengunjung Muhassab dari Mina berhentilah seketika, Bergemalah takbir oleh penghuni Masjid al-Khaif terletak dipinggirnya, Merupakan daya tarikan ketika mana para hujjat melimpah di Mina laksana limpahnya sungai Furat, Jika sekiranya menolak kecintaan kepada keluarga nabi, Persaksikanlah dua perkara yang sangat berharga (al-Qur’an dan keluarga) bahawa aku adalah rafidi (Syi’i).”[12]

Al-Tabari memetik daripada Ibn Abbas, dia berkata ketika turun ayat (al-Syura: 23). Mereka bertanya: “Wahai Rasulullah: siapakah kerabat kamu yang diwajibkan ke atas kami untuk mengasihi mereka: Rasulullah menjawab: “Ali, Fatimah, dan kedua-dua anak mereka.” Dikeluarkan oleh Ahmad dalam al-Manaqib.[13]

Diriwayatkan oleh Ibn Munazir, Ibn Abi Hatim, Ibn Mardawih dan al-Tabari dalam al-Mu’jam al-Kabir daripada Ibn Abbas berkata: ketika turun ayat ini (ayat al-mawaddah), Mereka bertanya: “Wahai Rasulullah siapakah kerabat kamu yang kami diwajibkan mengasihi mereka itu.” Jawab Rasulullah s. ‘aw (mereka ialah): Ali, Fatimah dan kedua-dua anak lelaki mereka.[14]

Terdapat satu riwayat yang sah daripada Hasan bin Ali as bahawa beliau berkhutbah di hadapan orang ramai dengan katanya, yang bermaksud: “Aku daripada Ahl Bayt yang Allah memfardhukan kepada setiap muslim untuk mengasihi mereka”, kemudian dia membaca: “قُل لَّا أَسَْلُكمُ‏ْ عَلَيْهِ أَجْرًا إِلَّا الْمَوَدَّةَ فىِ الْقُرْبى‏”

Dalam ayat at-Tathir, al-Qur’an menegaskan kesucian dan kebersihan Ahl Bayt, merekalah orang yang paling mengetahui tentang keutamaaan dan peranan mereka dalam kehidupan.

Dengan sebab itu, mereka berhak menerima kasih sayang dan ikhlas yang dituntut oleh al-Qur’an dalam ayat tadi. Saranan al-Qur’an mengenai kasih sayang bukan setakat hubungan perasaan dan cinta di hati sahaja, kerana tidak ada nilai kasih sayang dan kemesraan yang termetri di dalam jiwa kalau tidak ada keteguhan dan keikhlasan.

Kasih sayang yang sebenar kepada keluarga Nabi saw ialah dengan mencontohi mereka, berjalan mengikut manhaj mereka, patuh dengan madrasah mereka dan apa juga yang dating dari mereka serta meletakkan mereka sebagai contoh teladan dan ikutan umat.

Al-Qur’an ketika turun ayat itu menerusi lisan Nabi Muhammad saw menyuruh baginda saw memberitahu umatnya dan sekelian manusia bahawa Nabi Muhammad saw tidak mahu upah atau bayaran kerana menyampaikan risalah dan berdakwah di jalan Allah melainkan dengan mengasihi kerabatnya saw dan ikhlas kepada mereka dan berjalan mengikut perjalanan mereka. Sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan kasih sayang kepada keluarga Nabi saw ialah semata-mata untuk memelihara asas perjalanan umat mengikut batas-batas perjalanan mereka dari segi aqidah dan syariah supaya manusia dapat memusatkan perhatian kepada Nabi saw setelah al-Qur’an meminta umat manusia berbuat demikian.

Kalaulah tidak kerana adanya jaminan sifat istiqamah, pada Ahl Bayt dan keupayaan untuk memimpin umat kepada jalan yang betul nescaya al-Qur’an tidak diturunkan dengan membawa jaminan itu dan nescaya Rasulullah tidak menyuruh umatnya untuk memberikan kasih kepada Ahl Bayt.

Sebenarnya nas al-Qur’an memberitahu kita tentang perlunya ada pertalian yang erat dengan keluarga nabi dan mencontohi mereka kerana adanya jaminan kesucian dan istiqamah dalam keperibadian mereka. Apa yang dimaksudkan oleh al-Qur’an dalam perkara ini ialah kita akan dapat ketenangan jiwa jika kita erat mengasihi Ahl Bayt dan iltizam dengan cara perjalanan mereka dengan mengambil Islam dari jalan mereka, kerana merekalah jalan yang aman, yang dijamin ketahanan dan kelurusan mereka.

Jaminan-jaminan yang kita kemukakan adalah daripada pendapat ahli-ahli tafsir, perawi-perawi, dan pengarang-pengarang hadith yang sampai kepada kita daripada tafsiran Rasulullah kepada ayat yang diberkati. Dengan meletakkan kasih sayang Ahl Bayt dalam hati dan menjadikan kasih sayang kepada mereka itu benar-benar hidup dalam hati sanubari setiap muslim, tergambar dalam kelakuan dan tingkahlaku mereka dan dilahirkan dalam perasaan hatinya, juga dapat menjelaskan pendirian mereka, siapakah musuh-musuh mereka, kawan-kawan mereka dan manhaj mereka, dan apa juga yang telah dating daripada mereka seperti hadith, feqah, tafsir, pemikiran, pandangan dan penjelasan mengenai aqidah dan syariah, dan metodologi untuk bertindak dalam kepimpinan dan pentadbiran.

Anugerah kebesaran dan kemuliaan ini mempunyai tujuan dan matlamat yang tersendiri, yang perlu disedari dan diketahui secara mendalam oleh orang-orang Islam.

KETIGA: AYAT AL-MUBAHALAH
فَمَنْ حَاجَّكَ فِيهِ مِن بَعْدِ مَا جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ فَقُلْ تَعَالَوْاْ نَدْعُ أَبْنَاءَنَا وَ أَبْنَاءَكمُ‏ْ وَ نِسَاءَنَا وَ نِسَاءَكُمْ وَ أَنفُسَنَا وَ أَنفُسَكُمْ ثُمَّ نَبْتهَِلْ فَنَجْعَل لَّعْنَتَ اللَّهِ عَلىَ الْكَذِبِين‏

“Barangsiapa yang membantahmu tentang kisah Isa sesudah dating ilmu (yang menyakinkan kamu) maka katakanlah (kepadanya) marilah kita memanggil anak-anak kami dan anak-anak kamu, isteri-isteri kami dan isteri-isteri kamu, diri kami dan diri kamu, kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang dusta.” (Ali Imran: 61)

Satu peristiwa sejarah yang direkodkan oleh ahli-ahli sejarah dan tafsir yang menjelaskan kepada umat tentang kemuliaan Ahl Bayt (Ali, Fatimah, Hasan, dan Husayn) dan kedudukan mereka serta menunjukkan keagungan dan kedudukan yang ulung di sisi Allah SWT.

Peristiwa yang direkodkan oleh ahli-ahli sejarah dan tafsir itu ialah peristiwa mubahalah iaitu satu utusan[15] orang-orang Nasara dari Najran datang untuk berhujah dengan Rasulullah; maka Allah menyuruh Rasulullah saw menerusi ayat ini memanggil Ali, Fatimah, Hasan dan Husayn dan Nabi saw keluar bersama-sama mereka menuju ke satu lembah, manakala orang-orang Nasara juga memanggil anak-anak mereka, isteri-isteri mereka dan keluarga mereka bersama-sama mereka itu kemudian berdoa kepada Allah supaya menurunkan azab ke atas pendusta-pendusta.

Al-Zamakhshari berkata dalam al-Kashshaf, sesungguhnya setelah mereka diajak bermubahalah mereka berkata: “Nantilah sehingga kami kembali dan memikirkannya tetapu setelah mereka ingkar janji, mereka berkata kepada Aqib (tukang siksa) wahai Abdul Masih; apa pendapat kamu? Dia menjawab; Demi Allah sesungguhnya telah kami ketahui wahai Nasara bahawa Muhammad ini yang diutuskan dan datang kepada kamu untuk menyelesaikan urusan kamu. Demi Allah tidak pernah suatu bangsa bermubahalah dengan seorang nabi, melainkan semuanya habis binasa, dan sekiranya kamu lakukan nescaya kamu akan hancur dan sekiranya kamu ingin agama kamu kekal seperti yang ada sekarang maka tinggalkan lelaki ini dan baliklah ke negeri kamu. Kemudian datanglah Rasulullah saw mendukung Husayn dan tangannya memegang Hasan, Fatimah berjalan di belakang Rasulullah dan Ali di belakang Fatimah dan bersabda saw: “اذا انا دعوت فآمنوا” Jika aku berdoa maka ucapkanlah amin”, Lalu Paderi Najran pun berkata: Wahai orang-orang Nasara sesungguhnya aku melihat beberapa wajah, andainya Allah menghendaki meruntuhkan gunung-gunung nescaya Allah boleh meruntuhkannya oleh itu janganlah engkau bermubahalah nanti kamu akan binasa dan tidak tertinggal seorangpun Nasrani sehingga hari kiamat. Mereka pun menjawab: Wahai Abu al-Qasim, pada pendapat kami bahawa kami tidak mahu bermubahalah dengan kamu dan kamu mengakui agama kamu dan kami tetap dengan agama kami. Nabi berkata: “Jika kamu enggan bermubahalah maka serahlah diri kamu, maka bagi kamu apa yang menjadi kewajipan bagi orang-orang Islam, dan ke atas kamu apa yang diwajibkan ke atas mereka.” Mereka enggan juga, kemudian (nabi) bersabda: “Kalau begitu aku akan tentang kamu.” Mereka berkata: “Kami tidak memerangi Arab samasekali, tetapi kami hendak berdamai dengan kamu supaya kamu tidak memerangi kami dan menakutkan kami dan tidak mengusir kami dari agama kami dengan membayar kepada kamu tiap-tiap tahun sebanyak $2,000/- baju besi, seribu (dibayar) pada bulan Safar dan seribu pada bulan Rejab dan tiga puluh baju besi biasa,” maka nabi pun berdamai dengan mereka di atas perkara yang demikian, dan bersabda: “Demi Allah yang menguasai jiwaku, sesungguhnya kebinasaan telah nyata ke atas penduduk Najran dan andainya, mereka bersumpah nescaya mereka bertukar menjadi beruk dan babi, dan mereka akan dibakar di lembah api dan Allah membinasakan Najran dan penduduknya sehinggalah kepada burung-burung yang dihinggap di atas pokok-pokok kayu belum pun habis semusim, semua orang Nasara itu binasa!

Seterusnya al-Zamakhshari menyambung ceritanya mengenai tafsiran ayat al-Mubahalah dan kedudukan Ahl Bayt setelah dia mengakui keagungan mereka menerusi hadith daripada Aisyah katanya: didahulukan sebutan Ahl Bayt “أَبْنَاءَنَا وَ أَبْنَاءَكمُ” ke atas dirinya (أَنفُسَنَا) untuk menunjukkan kasih sayang mereka dan hampirnya kedudukan mereka kepada Nabi saw serta menjelaskan bahawa mereka (Ahl Bayt) mendahului (للانفس)dan di dalamnya juga menunjukkan bahawa tiada dalil yang lebih kuat tentang kelebihan orang yang diselubungi.[16] Dan dalam ayat itu dalil yang terang tentang kebenaran kenabian Muhammad saw kerana tidak ada seorangpun sama ada yang setuju atau tidak bahawa mereka menunaikan permintaan mereka.[17]

Sesungguhnya maqam (Ahl Bayt) adalah menunjukkan perbezaan yang ketara antara golongan beriman daripada golongan syirik dan mereka yang menzahirkan keimanan adalah pembela agama dan pemimpin umat dan sesuci jiwa yang telah dihapuskan kekotoran daripada mereka dengan sebersih-bersihnya, maka doa mereka tidak ditolak dan tidak satu kalimah yang didustakan. Dari sini kita dapat memahami bahawa apa juga yang sampai kepada kami daripada Ahl Bayt sama ada dari segi pemikiran, syariat, hadith, tafsir, hidayat dan arahan adalah berjalan mengikut landasan, dan sikap ini, iaitu (Ahl Bayt) adalah yang benar dari segi keutuhan, perjalanan hidup dan peraturannya.

Al-Qur’an menentang musuh-musuh Islam dan menjadikan musuh-musuh mereka sebagai golongan yang dusta, yang terdedah kepada fitnah dan azab: “Kami jadikan laknat Allah ke atas orang-orang yang dusta.” Kalaulah tidak ada jaminan sifat istiqamah dan benar apa jua yang datang dari mereka (Ahlul Bayt) nescaya Allah tidak mengurniakan kemuliaan ini, dan nescaya al-Qur’an tidak berkata apa-apa.”

Al-Imam al-Fakhr al-Razi menyusun dalam tafsirnya (al-Kabir) satu riwayat yang sama seperti yang diriwayatkan oleh Zamakhshari, tafsiran keduanya adalah betul-betul menepati dengan perbincangan ini lalu memberikan ulasannya setelah mengemukakan pendapat al-Zamakhshari, katanya: “Dan ketahuilah bahawa riwayat ini sepertimana yang disepakati kesahihannya oleh ahli tafsir dan al-hadith.”[18]

Al-Allamah al-Tabatabai dalam menyebutkan huraian tentang apa yang dimaksudkan dengan ayat ini bahawa orang-orang yang Allah (kehendaki) bermubahalah dengan musuh-musuh mereka ialah Rasulullah saw, Ali, Fatimah, Hasan dan Husayn as telah menjelaskan seperti berikut: ahli-ahli Hadith bersetuju untuk melaporkan ayat di atas dan menerimanya dan diperkukuhkan oleh pengumpul-pengumpul hadith seperti Muslim dalam Sahihnya, al-Tirmizi dalam Sahihnya dengan disokong oleh ahli-ahli sejarah, kemudian ahli-ahli tafsir bersetuju untuk mengumpul dan mengeluarkan dalam tafsiran mereka dengan tidak ada bangkangan dan prasangka, antaranya ialah sebahagian besar ahli hadith dan sejarah seperti al-Tabari, Ibn al-Fida, Ibn Kathir, al-Suyuti dan lain-lain.

Begitulah ahli tafsir telah sepakat dalam menentukan keperibadian Ahl Bayt ada kewajipan mengasihi mereka, mengukuhkan maqam dan kedudukan mereka di kalangan umat ini.

Dalam ayat yang mulia itu Allah dan Rasul-Nya bermubahalah terhadap musuh-musuh Allah dengan Ahl Bayt sehingga dapat diketahui maqam mereka yang agung dan kedudukan mereka yang suci, dan kalaulah tidak kerana mereka mempunyai kehormatan yang teristimewa yang diberikan Allah dan kesucian yang tersendiri nescaya Allah SWT tidaklah menyuruh RasulNya keluar dengan bintang-bintang yang suci itu untuk mencabar musuh-musuh Allah dengan menurunkan azab Allah dan jaminan diterima permohonannya.

Dalam ayat ini juga terdapat kecantikan bahasa yang perlu ditelitikan iaitu disandarkan keturunan Nabi saw (Hasan, Husayn, Fatimah dan Ali) kepada Rasulullah dengan (perkataan) ‘أَبْنَاءَنَا, وَ نِسَاءَنَا, وَ أَنفُسَنَا’ Kalaulah tidak kerana adanya penyatuan peristiwa dan keluarga Rasulullah bersama-sama dengan keluarganya nescaya tidak akan terfikir untuk dimengertikan perkataan ‘nisa-ana’ kepada isteri-isteri Nabi saw dan ‘abna-ana’ kepada Fatimah dan anak-anaknya yang lain dan perkataan ‘anfusa-na’ kepada dirinya (Nabi) sendiri, tetapi apabila Rasulullah keluar bersama-sama mereka berempat dan tidak dengan yang lain daripada mereka itu maka jelaslah kepada kita bahawa pilihan wanita umat dan ikutan mereka ialah Fatimah dan pilihan anak-anak muslimin ialah Hasan dan Husayn, dan al-Qur’an mengarahkan mereka itu kepada Rasulullah adalah menepati perkataan yang disebutkan dalam al-Qur’an dan al-Qur’an menganggap Ali seperti diri Rasulullah saw.

KEEMPAT: AYAT SHALAWAT
إِنَّ اللَّهَ وَ مَلَائكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلىَ النَّبىِ‏ِّ يَأَيهَُّا الَّذِينَ ءَامَنُواْ صَلُّواْ عَلَيْهِ وَ سَلِّمُواْ تَسْلِيمًا

“Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya bersalawat ke atas Nabi saw Wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkan salam dengan sebenarnya.”(al-Ahzab: 56)

Dalam ayat-ayat yang terdahulu al-Qur’an menyebutkan mengenai kesucian Ahl Bayt as, kasih sayang kepada mereka, dan bahawa mereka adalah Ahl Bayt Nabi saw dan keluarganya. Ahli-ahli tafsir menentukan secara terperinci nama-nama mereka (Al-Al) yang dimaksudkan ialah Ali, Fatimah, Hasan dan Husayn.

Manakala dalam ayat ini menyebutkan suatu perintah yang wajib untuk bersalawat ke atas Nabi saw dan keluarganya yang mulia dengan menentukan kepada mereka dan bukan kepada yang lain daripada mereka, mengagungkan maqam dan kehormatan mereka supaya umat dapat mengetahui kedudukan kerasulan dalam kehidupan dan risalah mereka.

Al-Fakhr al-Razi telah merekodkan dalam Tafsir al-Kabir sebuah hadith dari Rasulullah saw dalam menghuraikan ayat ini, katanya: Nabi ditanya “Bagaimana kami nak bersalawat ke atas kamu wahai Rasulullah saw.” Nabi saw menjawab: katakanlah:

اللهم صل علی محمد و علی آل محمد کما صلیت علی ابراهیم و علی آل ابراهیم و بارک علی محمد و علی آل محمد کما بارکت علی ابراهیم و علی آل ابراهیم انک حمید مجید

Sebelum dikemukakan nas ini, dibentangkan huraian ayat-ayat ini, kemudian al-Fakhr al-Razi berkata: (Hadith) ini menjadi dalil bagi Mazhab Syafi’i kerana (fi’il) amar adalah sebagai perintah wajib,[19] maka wajiblah bersalawat ke atas Nabi saw dan tidak diwajibkan pada selain daripada tasyahhud maka wajiblah bersalawat pada masa tasyahhud.[20]

Kemudian al-Fakhr al-Razi meneruskan, jika Allah dan malaikat-Nya telah bersalawat ke atas Nabi saw maka apakah perlunya salawat kita ke atasnya. Kami berkata bahawa salawat ke atas Nabi saw bukan kerana perlunya (Nabi) kepada salawat. Kalau tidak kerana hajat maka tidaklah perlu bersalawat dari malaikat bersama-sama dengan salawat dari Allah ke atas Nabi saw Tetapi memberi salawat kepadanya ini semata-mata untuk melahirkan penghormatan dari kita kerana belas kasihannya kita dan kita akan diberi ganjaran kerana bersalawat ke atasnya. Oleh itu bagind bersabda: “Barangsiapa yang bersalawat ke atasku sekali maka Allah akan bersalawat ke atasnya sepuluh kali.”

Dalam kitab al-Durr al-Manthur oleh al-Suyuti (Hadith) dikeluarkan oleh Abdul Razak, Ibn Abi Syaibah, Ahmad, Abd bin Hamid, Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, an-Nasai, Ibn Majah dan Ibn Mardawaih daripada Ka’ab bin Ajrah, berkata: Seorang lelaki bertanya; “Wahai Rasulullah, ada pun cara mengucapkan salam kepadamu kamu sudah tahu, maka bagaimana bersalawat ke atasmu.” Rasulullah menjawab ucaplah:

اللهم صل علی محمد و علی آل محمد کما صلیت علی ابراهیم و علی آل ابراهیم انک حمید مجید

Terdapat lapan belas hadith selain daripada riwayat-riwayat yang menyertakan (Keluarga Nabi saw bersama dengan Nabi saw dalam mengucapkan salawat seperti yang diriwayatkan oleh pengarang (kitab) al-Sunan dan al-Jawami’ daripda beberapa sahabat-sahabat antaranya; Ibn Abbas, Talhah, Abu Sa’id al-Khudri, Abu Hurairah, Abu Mas’ud al-Ansari, Buraidah, Ibn Mas’ud, Ka’ab bin Umrah dan ‘Ali as dalamnya dikeluarkan oleh Ahmad dan al-Tirmizi daripada Hasan bin ‘Ali bahawa Rasulullah s. ‘a.w bersabda: “Orang yang bakhil ialah orang yang apabil disebutkan salawat di sisinya maka dia tidak akan bersalawat ke atasku.”[21]

Begitulah ulama feqah berpendapat tentang wajibnya bersalawat ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad saw dalam tahiyyat sembahyang[22] dan wajibnya menyebutkan Al Muhammad dalam solat.

Sesungguhnya orang yang meneliti dalam ayat ini akan mengetahui dengan sejelas-jelasnya daripada syariat ini dan kewajipannya iaitu mengagungkan keluarga Muhammad saw yang telah dihapuskan Allah dosa-dosa mereka dan menyucikan mereka dengan sebersih-bersihnya, agar umat dapat mencontohi mereka, mengikuti cara mereka dan berlindung daripada fitnah dan perselisihan kepada mereka.

Mereka tidak harus bersalawat melainkan bersalawat kepada mereka adalah menjadi harapan umat, yang telah ditunjukkan dan yang dijamin untuk diteladani. Kalaulah tidak kerana adanya ketetapan dan jaminan istiqamah mereka, dan terpelihara apa juga yang lahir daripada mereka, nescaya Allah tidak menyuruh umat muslimin untuk bergantung harapan kepadanya sepanjang masa dan bersalawat ke atas mereka pada tiap kali solat. Sesungguhnya berulang-ulangnya perkara itu iaitu berulangnya salawat ke atas Muhammad dan Al Muhammad saw dan kewajipan bersalawat dalam solat adalah untuk mengukuhkan dan menumpukan perhatian muslimin pada tiap-tiap solat terhadap kepentingan Ahlul Bayt, kedudukan mereka, contoh-contoh teladan mereka dan perjalanan mengikut cara mereka serta berpegang kepada cara hidup mereka.

KELIMA: SURAH AD-DAHR/AL-INSAAN (daripada ayat 5-22)
إِنَّ الْأَبْرَارَ يَشْرَبُونَ مِن كَأْسٍ كاَنَ مِزَاجُهَا كَافُورًا عَيْنًا يَشْرَبُ بهَِا عِبَادُ اللَّهِ يُفَجِّرُونهََا تَفْجِيرًا يُوفُونَ بِالنَّذْرِ وَ يخََافُونَ يَوْمًا كاَنَ شَرُّهُ مُسْتَطِيرًا وَ يُطْعِمُونَ الطَّعَامَ عَلىَ‏ حُبِّهِ مِسْكِينًا وَ يَتِيمًا وَ أَسِيرًا إِنمََّا نُطْعِمُكمُ‏ْ لِوَجْهِ اللَّهِ لَا نُرِيدُ مِنكمُ‏ْ جَزَاءً وَ لَا شُكُورًا إِنَّا نخََافُ مِن رَّبِّنَا يَوْمًا عَبُوسًا قَمْطَرِيرًا فَوَقَئهُمُ اللَّهُ شَرَّ ذَالِكَ الْيَوْمِ وَ لَقَّئهُمْ نَضْرَةً وَ سُرُورًا...

“Sesungguhnya orang-orang yang berbuat kebajikan minum dari gelas (berisi minuman) yang campurannya ialah air kapur, iaitu mata air (dalam syurga) yang daripadanya hamba-hamba Allah minum, yang mereka dapat mengalirkannya dengan sebaik-baiknya. Mereka menunaikan nazar dan takut suatu hari yang azabnya merata di mana-mana, dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang tawanan. Sesungguhnya kami memberikan makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keridhaan Allah, kami tidak menghendaki balasan dari kamu dan kami tidak pula (ucapan) terima kasih. Sesungguhnya kami takut akan azab suatu hari yang (di hari itu orang-orang bermuka masam, penuh kesulitan) yang datang dari tuhan kami, maka tuhan memelihara mereka dari kesusahan hari itu, dan memberi kepada mereka kejernihan (wajah) dan kegembiraan hati” hingga ayat 22.

Dalam ayat-ayat di atas al-Qur’an menceritakan Ahlul Bayt dengan meletakkan mereka itu di kemuncak pengaruh dan ketaqwaan dan menonjolkan mereka sebagai contoh dan teladan kepada umat manusia supaya generasi akan datang mencontohi mereka dan berjalan mengikut cara mereka sehingga menyebabkan turunnya ayat al-Qur’an itu.

Peristiwa bersejarah sehingga menyebabkan turunnya ayat adalah menunjukkan tingginya kedudukan Ahlul Bayt as dan ketinggian mereka dalam perlaksanaan dan penglibatan syarak secara total juga keikhlasan yang sempurna kepada Allah Ta’ala dan mereka adalah golongan yang al-abrar yang dijanjikan dengan syurga dan barangsiapa yang mengikuti contoh mereka dan berjalan mengikut perjalanan mereka akan dihimpunkan bersama-sama mereka. Al-Zamakhshari telah mengemukakan pandangannya dalam mentafsirkan ayat ini dengan katanya: daripada Ibn Abbas rd bahawa “Ketika al-Hasan dan al-Husayn sakit, Rasulullah menziarahi mereka bersama-sama dengan ramai.” Mereka berkata: “Wahai bapa al-Hasan (Ali bin Abi Talib) kalaulah kamu bernazar ke atas anak-anak kamu, lalu Ali, Fatimah dan seorang hamba bernama Fiddah, bernazar jika keduanya (al-Hasan dan al-Husayn sembuh (dari penyakit) mereka akan berpuasa tiga hari. Tiba-tiba kedua-duanya pun sembuh, tetapi mereka tidak mempunyai apa-apa pun, lalu Ali meminjam daripada Syam’aun seorang Yahudi Khaibar sebanyak 3 cupak daripada gandum (sya’ir). Fatimah menguli satu cupak dan dibuat 5 roti sebanyak bilangan mereka (Ali, Fatimah, Hasan dan Husayn dan jariah). Kesemua roti itu diletakkan di hadapan mereka untuk berbuka puasa, tiba-tiba muncul di hadapan mereka seorang meminta-minta dengan katanya: “As-salamu-‘alaikum Ahlul Bayt: berilah aku makan nescaya Allah akan memberi kamu makan daripada hidangan syurga.” Maka mereka mengutamakan (orang yang meminta) dan mereka tidur dan tidak makan kecuali air dan besoknya mereka berpuasa lagi, maka besok apabila sampai waktu petang dan sedang tangan mereka memegang makanan tiba-tiba muncul seorang yatim berdiri di hadapan mereka, mereka pun memberikan makanan kepadanya, dan pada hari yang ketiga datang seorang tawanan meminta-minta makanan, mereka pun berikan kepadanya seperti hari-hari sebelumnya. Maka pada keesokan harinya, ‘Ali dengan memegang tangan al-Hasan dan al-Husayn menemui Rasulullah saw dan apabila baginda saw melihat mereka dalam keadaan menggeletar kelaparan seperti ayam yang sangat lapar, baginda bersabda: apakah gerangan yang menyedihkan aku bila aku melihat kamu ini, lalu baginda pun bangun dan pergi bersama-sama mereka dan melihat Fatimah di mihrabnya duduk membongkok sehingga bertemu bahagian atasnya dengan perutnya dan mencurah keluar air matanya, maka keadaaan ini menyedihkan (Rasulullah), kemudian Malaikat Jibrail turun dan berkata: Wahai Muhammad ambillah dia (Fatimah), Allah memberikan tahniah pada Ahlul Bayt kamu lalu Jibrail pun membacakan Surah (al-Insaan).[23]

Al-Tabrasi meriwayatkan dalam tafsirnya Majma’ al-Bayan riwayat yang serupa. Al-Tabrasi juga meriwayatkan: Ali bin Ibrahim menyebutkan bahawa bapanya bercerita kepadanya daripada Abdullah bin Maimon daripda Ibn Abdullah berkata: bahawa Fatimah mempunyai gandum lalu dimasak menjadi bubur kemudian diletakkan makanan itu di hadapan mereka (Ahlul Bayt) tiba-tiba datang seorang miskin dan berkata: Rahimakumullah – mudah-mudahan Allah merahmati kamu semua. Ali bangun dan memberikan 1/3 daripada makanan itu kepada si miskin itu.Tak lama selepas itu datang lagi seorang miskin dna berkata: Mudah-mudahan Allah memberi belas kasihan kepada kamu semua. ‘Ali bangun dan memberikan kepada si miskin itu 1/3 daripada makanan itu, kemudian datang pula seorang tawanan perang dan berkata: Mudah-mudahan Allah merahmati kamu, maka ‘Ali memberikan kepadanya 1/3 makanan yang tinggal dari apa yang dijamah oleh mereka. Lalu Allah menurunkan ayat itu kepada mereka –Ahlul Bayt – dan hal seperti itu berlaku pada setiap orang mukmin yang melakukan perkara itu kerana Allah Azawajalla, dan dengan ini menunjukkan bahawa Surah (al-Insan) adalah diturunkan di Madinah. Abu Hamzah al-Thimali pula berkaa dalam tafsirnya; al-Hasan bin al-Hasan Abu Abdullah bin al-Hasan bercerita kepadaku bahawa surah ini kesemuanya di turunkan pada ‘Ali dan Fatimah.[24]

Al-Wahidi menyebutkan dalam kitabnya Asbab al-Nuzul mengenai sebab turunnya firmah Allah: “وَ يُطْعِمُونَ الطَّعَامَ عَلىَ‏ حُبِّهِ مِسْكِينًا” seperi berikut: ‘Atha berkata daripada Ibn Abbas: bahawa ‘Ali bin Abi Talib menerima gandum sebagai upah dia berkerja menyiram pokok tamar, yang kemudian diuli dan dimasak untuk makanan keluarganya yang diberi nama al-khazirah. Setelah sipa dimasak datang seorang anak yatim dan meminta makanan lalu diberikan makanan itu kepadanya. Kemudian gandum yang tinggal 1/3 pun dibuat makanan juga, kemudian setelah siap di masak datang pula seorang tawanan perang dan daripada musyrikin lalu Ali dan keluarganya memberikan makanan itu kepadanya. Mereka sekeluarga pun kelaparan pada hari itu, lalu turunlah ayat ini kepada mereka.

Begitulah kita dapati ahli-ahli tafsir mengukuhkan bahawa ayat ini diturunkan pada ‘Ali dan Ahlul Baytnya (Fatimah, al-Hasan dan al-Husayn walaupun dengan riwayat yang berbeza dari segi jalan ceritanya.[25] Ayat ini juga sebagai saksi bagi Ahlul Bayt bahawa mereka adalah orang-orang yang baik yang dijanjikan dengan syurga.

KEENAM: BEBERAPA AYAT DENGAN AL-IMAM ‘ALI
Beberapa ayat dari al-Qur’an diturunkan mengenai saudara Rasulullah dan ketua Ahlul Bayt iaitu al-Imam Ali bin Abi Talib (as) yang diasuh di rumah Rasulullah saw sejak dari kanak-kanak lagi.[26] Dia dibesarkan dalam jagaannya dan dia berakhlak mengikut akhlak Nabi saw Dia beriman dengan (Muhammad) ketika berumur 10 tahun. Dia membenarkan Rasulullah dan mengikutinya . Ali adalah pembawa bendera perangnya dan tenteranya yang gagah berani dalam ke semua medan peperangan. Peperangan Badar, Uhud, Hunain, Khaibar, Zat al-Salasil dan lain-lain medan pertempuran yang mencatatkan kemenangan kepada Islam dan yang disaksikan oleh Rasulullah saw dengan menyusun perkataannya bagaikan bintang-bintang kebesaran yang menghiasi lembaran-lembaran sejarah dan meletakkan di kalangan manusia contoh yang tinggi dalam pengorbanan dan jihad.

Setelah meneliti sebab-sebab turunnya ayat: “وَ يُطْعِمُونَ الطَّعَامَ” kita dapati bahawa ayat yang diturunkan mengenai Amirul Mukminin dan Imam al-Muslimin, ‘Ali bin Abi Talib dalam al-Qur’an selain daripada apa yang telah kami sebutkan mengenai Ahlul Bayt adalah menerangkan:

i) Keberanian Ali, dan pengorbanan pada jalan Allah.

ii) Ketabahannya dalam menerima kesengsaraan dan penghinaan.

iii) Kewarakan, ketaqwaan, amalan dan usahanya serta kepimpinannya terhadap orang-orang yang beriman. Sebagai contoh kita kemukakan di sini beberapa ayat antaranya:

1- Ayat al-Wilayah

إِنَّمَا وَلِيُّكُمُ اللَّهُ وَ رَسُولُهُ وَ الَّذِينَ ءَامَنُواْ الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلَوةَ وَ يُؤْتُونَ الزَّكَوةَ وَ هُمْ رَاكِعُونَ وَ مَن يَتَوَلَّ اللَّهَ وَ رَسُولَهُ وَ الَّذِينَ ءَامَنُواْ فَإِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمُ الْغَلِبُون‏

“Sesungguhnya wali kamu hanyalah Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan solat dan menunaikan zakat dan mereka tunduk (kepada Allah) dan barangsiapa yang menjadikan Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman sebagai penolongnya maka sesungguhnya pengikut (agama) Allah itulah yang pasti menang.”

Al-Zamakhshari menyebutkan dalam Tafsir al-Kashshaf seperti berikut: bahawa sesungguhnya ayat (di atas) diturunkan pada Ali kr (karramallahu wajhah) ketika ada seorang meminta kepada (Ali) yang sedang rukuk dalam solatnya, lalu Ali campakkan cincinnya yang terus meluncur dari anak jarinya, jadi untuk mencabut cincinnya, ‘Ali tidak melakukan banyak pergerakan sehingga boleh membatalkan solatnya. Jika kamu bertanya macam mana boleh bahawa (ayat) itu mengenai Ali sedangkan lafaznya adalah lafaz jamak (وَ هُمْ رَاكِعُونَ) Aku jawab: didatangkan dengan lafaz jamak walaupun sebabnya seorang sahaja ialah untuk mengalakkan orang supaya meniru perbuatannya (Ali) dan mendapat ganjaran pahala sepertinya, dan untuk memberi ingatan bahawa tabiat mukmin wajib menuju ke matlamat ini iaitu memelihara kebaikan dan ihsan seperti mengambil perhatian terhadap orang-orang faqir, sehingga memaksa mereka untuk (melakukan) sesuatu yang tidak boleh dilambatkan walaupun dalam keadaan mereka sedang solat, tidak boleh dita’khirkan hingga selesai sembahyang.[27]

Al-Wahidi menyebutkan dari al-Kalbi mengenai sebab-sebab turunnya ayat ini:

إِنَّمَا وَلِيُّكُمُ اللَّهُ وَ رَسُولُهُ وَ الَّذِينَ ءَامَنُواْ الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلَوةَ وَ يُؤْتُونَ الزَّكَوةَ وَ هُمْ رَاكِعُونَ

Ia berkata: bahawa akhir ayat ini adalah mengenai Ali bin Abi Talib ra kerana dialah yang memberikan cincinnya kepada orang yang memintanya ketika ‘Ali sedang rukuk dalam solatnya.[28]

Beberapa kitab tafsir dan hadith juga telah menyebutkan tentang turunnya ayat ini kepada Imam Ali, kami tinggalkan huraian yang panjang lebar mengenai perkara ini dan kepada para pembaca yang ingin mengetahui lebih lanjut sila rujuk kepadanya.[29]

Selain daripada itu banyak ayat-ayat al-Qur’an yang menceritakan tentang maqam Ahlul Bayt, karamah dan keagungan peribadi mereka khususnya mengenai bapa keturunan yang suci Imam ‘Ali as, tetapi dalam ruangan yang terhad ini tidak dapat disebutkan kesemuanya. Para pembaca boleh mendapati dalam kitab-kitab tafsir, manaqib, hadith dan sejarah rasul dalam bab-bab mengenai sebab-sebab turunnya (ayat al-Qur’an). Di antaranya ayat-ayat itu ialah: “إِنَّمَا أَنتَ مُنذِرٌ وَ لِكلُ‏ِّ قَوْمٍ هَاد”

“Sesungguhnya kamu pemberi peringatan dan bagi tiap-tiap kaum ada yang memberi petunjuk.” (Ar-Ra’d [13]: 7)

Ada hadith (menyatakan) bahawa Rasulullah saw meletakkan tangannya di atas dadanya dan bersabda, maksudnya: “Aku adalah pemberi peringatan dan bagi tiap-tiap kaum ada orang yang memberi petunjuk kemudian baginda menudingkan tangannya keapda Imam Ali as dan bersabda, maksudnya: “Kamu yang memberi petunjuk Wahai Ali melalui kamu orang-orang yang sesudahku akan menerima hidayah.”[30]

2. Ayat 18 As-Sajdah [32]

أَ فَمَن كاَنَ مُؤْمِنًا كَمَن كاَنَ فَاسِقًا لَّا يَسْتَوُن‏

“Apakah orang yang beriman seperti orang yang fasiq, mereka tidak sama.”

Sesungguhnya yang mukmin (dalam ayat di atas) ialah Ali as manakala yang fasiq ialah al-Wahidi bin Uqbah.[31]

3- Ayat 17 Hud [11]

أَ فَمَن كاَنَ عَلىَ‏ بَيِّنَةٍ مِّن رَّبِّهِ وَ يَتْلُوهُ شَاهِدٌ مِّنْه‏

“Apakah (orang kafir) sama dengan orang-orang ada mempunyai bukti yang nyata (Muhammad) dari Tuhannya diikuti oleh seorang saksi dari Allah.”

Sesungguhnya Rasulullah saw atas keterangan daripada Allah dan yang menjadi saksi ialah Imam Ali as.[32]

4- Ayat 4 At-Tahrim [66]

فَإِنَّ اللَّهَ هُوَ مَوْلَئهُ وَ جِبرِْيلُ وَ صَالِحُ الْمُؤْمِنِينَ

“Maka sesungguhnya Allah ialah penolongnya, serta Jibrail dan orang-orang mukmin yang salih.”

Sesungguhnya yang salih daripada orang-orang mukmin ialah Ali bin Abi Talib.[33]

5- Ayat 12 Al-Haaqqah [69]

وَ تَعِيهََا أُذُنٌ وَاعِيَة

“Dan didengar oleh telinga yang mahu mendengar.”

Sesungguhnya Rasulullah saw membaca ayat di atas, dia pun berpaling kepada Ali as dan bersabda: “Aku meminta kepada Allah supaya menjadikan pendengaran itu pada telinga Ali.

Kemudian Ali berkata: “Tiada sesuatu apapun yang aku dengar dari Rasulullah yang aku lupakannya.”[34]

Al-Wahidi merekodkan dalam Asbab an-Nuzul satu rangkaian perawi hadith daripada Buraidah: bahawa Rasulullah saw berkata kepada Ali: “Sesungguhnya Allah menyuruh aku supaya menghampirimu dan tidak menjauhkan kamu, dan meminta supaya aku mengajar kamu dan menyedarkan, dan berhak bagi Allah menyedarkan kamu” lalu turunlah ayat.

6- Ayat 96 Maryam [19]

إِنَّ الَّذِينَ ءَامَنُواْ وَ عَمِلُواْ الصَّلِحَاتِ سَيَجْعَلُ لهَُمُ الرَّحْمَانُ وُدًّا

“Mereka yang beriman dan beramal soleh, Allah akan menanamkan dalam hati mereka rasa kasih sayang.”

Sesungguhnya Rasulullah bersabda kepada Ali, maksudnya: “Wahai Ali katakan: “اللهم اجعل لی عندک عهدا و اجعل لی من صدور المؤمنین مودة”

“Ya Allah! Jadikanlah bagi suatu perjanjian di sisiMu dan jadikanlah diriku dikasihi di hati orang-orang yang beriman, lalu Allah menurunkan ayat di atas kepada Ali as[35]

7- Ayat 7 Al-Bayyinah [98]

إِنَّ الَّذِينَ ءَامَنُواْ وَ عَمِلُواْ الصَّالِحَاتِ أُوْلَئكَ هُمْ خَيرُْ الْبرَِيَّة

“Sesungguhnya Rasulullah berkata kepada Ali: “Wahai Ali mereka itu ialah: kamu dan pengikut-pengikut kamu.”[36]

8- Ayat 19 At-Taubah [9]

أَ جَعَلْتُمْ سِقَايَةَ الحَْاجّ‏ِ وَ عِمَارَةَ الْمَسْجِدِ الحَْرَامِ كَمَنْ ءَامَنَ بِاللَّهِ وَ الْيَوْمِ الاَْخِرِ ‏

“Adakah kamu jadikan jabatan memberi air kepada jamaah haji dan memperbaiki Masjid al-Haram sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat.”

Sesungguhnya (mereka yang bekerja memberi air dan memperbaiki Masjid al-Haram) ialah al-Abbas dan Talhah, dan orang yang beriman ialah Ali as[37]

Banyak lagi ayat-ayat berkaitan dengan (Al al-Bayt) tetapi kami tinggalkan kerana untuk meringkaskannya.


--------------------------------------------------------------------------------

[1] QS. Al-Ahzab [33]: 33.

[2] al-Syura, 23.

[3] Al- ‘Imran, 61ipada al-Tabatabai, Tafsir al-Mizan, Jld. 16, hlm. 316 dalam mentafsir ayat berkenaan dan diriwayatkan oleh al-Tirmizi, Jld. 6, Manaqib Ahl Bayt, hlm. 308 dengan sanadnya daripada Ibn Salamah iaitu anak tiri Nabi berkata kepada Nabi di rumaj Umm Salamah lalu Nabi memanggil Fatimah, Hasan Husayn dan Ali di belakangnya dan menyelubungi mereka itu dengan kain, kemudian baginda bersabda maksudnya:

“Ya Allah mereka itu adalah Ahlul Baytku, buangkanlah kekotoran daripada mereka dan sucikanlah mereka itu dengan sesuci-sucinya. Umm Salamah berkata: dan aku bersama-sama mereka ya Nabi Allah, Nabi saw menjawab: Kamu tinggal di tempat kamu dan kamu di atas kebaikan.”

[4] Dipetik daripada al-Taba’tabai, Tafsir al-Mizan, Jld. 16, hlm. 316 dalam mentafsir ayat berkenaan dan diriwayatkan oleh al-Tirmizi, Jld. 6, Manaqib Ahl Bayt, hlm. 308 dengan sanadnya daripada Ibn Salamah iaitu anak tiri Nabi berkata kepada Nabi di rumaj Umm Salamah lalu Nabi memanggil Fatimah, Hasan Husayn dan Ali di belakangnya dan menyelubungi mereka itu dengan kain, kemudian baginda bersabda maksudnya: “Ya Allah mereka itu adalah Ahlul Baytku, buangkanlah kekotoran daripada mereka dan sucikanlah mereka itu dengan sesuci-sucinya. Umm Salamah berkata: dan aku bersama-sama mereka ya Nabi Allah, Nabi saw menjawab: Kamu tinggal di tempat kamu dan kamu di atas kebaikan.”

[5] Sejenis makanan.

[6] Hadith ini diriwayatkan daripada Abdullah bin Ahmad bin Hanbal dengan tiga cara daripada Umm Salamah, begitu juga dalam Tafsir al-Tha’labi, dikeluarkan oleh Ibn Mardawiyah, al-Khatib daripada Ibn Sa’id al-Khudri dengan makna yang sama walaupun dengan sedikit perbezaan dari segi lafaz. Dalam Ghayam al-Maram, diriwayatkan daripada Abdullah bin Ahmad bin Hanbal daripada bapanya dengan sanadnya daripada Umm Salamah, dinukilkan daripada al-Allamah al- Tabataba’il, al-Mizan Fi al-Tafsir al-Qur’an – ayat Tathir. Sila rujuk kepada sumber-sumber yang berkaitan dengan tafsir ayat at-Tathir dan takrif Ahl al Bayt dilampirkan bilangan (1) di akhir kitab ini.

[7] Riwayat ini dikeluarkan oleh Ibn Jarir, Ibn Abi Hatim dan al-Tabrani daripada Ibn Sa’id al-Khudri juga diriwayatkan dalam kitab Ghayat al-Maram daripada al-Tha’labi dalam tafsirnya, di dalamnya diriwayatkan oleh al-Tirmizi dan dianggap sebagai hadith sahih. Ibn Jarir dan Ibn Munzir dan al-Hakim dianggap sahih. Ibn Mardawiyah, al-Baihaqi dalam kitab-kitab sunan mereka daripada riwayat Umm Salamah yang dipetik daripada al-Tabataba’I, al-Mizan Fi Tafsir al-Qur’an.

[8] Daripada hadith yang disepakati oleh kedua Sahih Bukhari dan Sahih Muslim daripada sanad ‘Aisyah – Ghayat al-Maram dan disebutkan oleh al-Zamakhshari dalam tafsirnya al-Kashshaf dalam mentafsirkan ayat al-Mubahalah.

[9] Jami’ al-Usul, jld. 9. hlm. 156, dipetik daripada Sahih al-Tirmizi yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik berkata: “Bahawa ketika Rasulullah saw sedang berjalan melalui Fatimah, setiap kali baginda keluar hendak sembahyang tiba-tiba turun ayat ini, hampir enam bulan dan bersabda:

"الصلاة اهل البیت، إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَ يُطَهِّرَكمُ‏ْ تَطْهِيرًا

Diriwayatkan juga oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak, Jld. 3, hlm. 158.

[10] Al-Fakhr al-Razi, al-Tafsir al-Kabir, Surah al-Syura, ayat 23.

[11] Ghayat al-Maram, mentafsirkan ayat tersebut.

[12] Al-Fakhr al-Razi, Tafsir al-Kabir, Surah al-Syura, ayat 23.

[13] Al-Tabari, Zakha’ir al-‘Uqba Fi Manaqib Zawi al-Qurba, h. 25.

[14] Ihya al-Mayyit Bi Fada’il Ahl al-Bayt Li al-Suyuti (Mu’assasah al-Wafa’, Beirut, 1404) h. 8. al-Suyuti meriwayatkan dalam al-Durr al-Manthur, Jld. 6, h. 7 dariapda Sa’id bin Jubair daripada Ibn Abbas. Al-Tabari dalam al-Mu’jam al-Kabir, Musnad al-Imam al-Hasan, Jld. I. H. 125, Dipetik dengan nas ini dariapda al-Tabari al-Haithami dalam al-Majma’ al-Zawa’id, Jld. 9, h. 168. Al-Tabari menyebutkan hadith ini dalam al-Zakha’ir,h .25 dan berkata Imam Ahmad mengeluarkan dalam al-Manaqib seperti yang dinukilkan oleh Ibn al-Sibagh al-Maliki daripada al-Banwi, hadith marfu’ daripada Ibn Abbas, h. 29. Al-Tabari dalam al-Jami’ li-Ahkam al-Qur’an dengan riwayat daripada Sa’id bin Jubair daripada Ibn ‘Abbas, Jld. 16, h. 21-22.

[15] Utusan itu mengandungi tukang siksa, namanya Abdul Masih. Dia adalah sebagai ketua, yang dipatuhi pendapat dan ketua mesyuarat mereka. Al-Sayyid tuan bernama al-Aiham, tuan punya arak, dan penerima tetamu, manakala Abu Hatim bin ‘Alqamah adalah ketua agama dan imam mereka dan ketua pengajian – al-Fusul al-Muhimmah ibn al-Sibagh al-Maliki.

[16] Iaitu mereka yang bersama-sama dengan nabi dalam selubungnya diturunkan ayat kepada mereka (ayat at-Tathir) iaitu Ali, Fatimah, Hasan dan Husayn.

[17] al-Zamakhshari, al-Kashshaf, Surah Al-Imran, ayat 61, begitu juga dalam Tafsir al-Tha’labi daripada Mujahid dan al-Kalbi.

[18] al-Fakhr al-Razi, al-Tafsir al-Kabir, ayat al-Mubahalah.

[19] Menunjukkan kepada (fi’il al-amr) (sallu ‘alaih) dalam ayat berkenaan, ulama al-usul telah membahaskan tentang fi’l al-amr adalah memberi makna wajib, dalam pandangan mereka setiap yang ada perintah dalam al-Kitab dan al-hadith membawa makna wajib melainkan disertakan dengan perintah yang tidak membawa wajib tetapi membawa erti mustahab.

[20] al-Fakhr al-Razi, Tafsir al-Kabir, al-Ahzab, ayat 56.

[21] al-Tabatabai, al-Mizan fi Tafsir al-Qur’an.

[22] al-Hilli salah seorang ulama besar fiqh Ahl al-Bayt pada kurun ketujuh Hijrah, ketika menyebut kewajipan solat yang (ketujuh) ialah tasyahhud yang diwajibkan sekali pada sembahyang yang mempunyai dua rakaat dan dua kali pada sembahyang yang mempunyai tiga dan empat rakaat jika tertinggal kedua-duanya atau salah satunya dengan sengaja nescaya batallah sembahyangnya dan yang wajib pada tiap-taip satu daripada keduanya lima perkara, duduk salam masa bertasyahud; dua kali syahadah dan salawat ke atas Nabi saw dan kepada kaum keluarganya Syara’I al-Islam, Jld. I, Bab al-Solah.

[23] Al-Zamakshari, al-Kashshaf, tafsir Surah al-Insan;al-Fakhr al-Razi, Tafsir al-Kabir sama seperti riwayat dalam al-Kashshaf, begitu juga al-Wahidi menyebutnya.

[24] Al-Tabrasi, Majma al-Bayan, tafsir Surah al-Insan.

[25] Rujuk kepada Lampiran (3) untuk melihat kepada sumber-sumber yang lebih banyak tentang huraian ayat dan sebab turunnya ayat ini kepada Ahl al-Bayt.

[26] Mekah menghadapi kemarau yang dahsyat sebelum kerasulan Nabi saw. Pada masa itu Abu Talib seorang yang faqir lalu Nabi saw mengambil Ali supaya dapat membantu bapa saudaranya (Abu Talib) dalam mendidik dan memberi nafkah kepada (‘Ali bin Abi Talib).

[27] Al-Zamakshari, al-Kashshaf, Surah al-Mai’dah, ayat 55.

[28] Al-Wahidi, Asbab al-Nuzul, Surah al-Maidah, ayat 55.

[29] Sila lihat lampiran (4) mengenai sumber-sumber rujukannya.

[30] Mustadrak al-Sahihaini, Jld.2, h.129; Kanz al-Ummal, d.6.h.157. al-Tabrani menyebutkannya dalam tafsirnya, al-Razi dalam Tafsir al-Kabir, al-Suyuti dalam al-Durr al-Manthur dalam mentafsirkannya ayat di atas.

[31] Ibn Jarir menyebutkan dalam tafsirnya; al-Suyuti dalam al-Durr al-Manthur, al-Zamakhshari dalam al-Iashshaf di atas mentafsirkan ayat di atas; al-Wahidi, Asbab al-Nuzul, h.263; Tarikh al-Baghdad dan Riyadah al-Nadrah.

[32] Al-Suyuti, al-Durr al-Manthur; al-Fakhr al-Razi Tafsir al-Kabir dalam mentafsirkan ayat di atas; al-Muttaqi al-Hindi dalam Kanz al-Ummal, Jld. 1, h.251.

[33] Al-Suyuti dalam al-Durr al-Manthur di belakang tafsir ayat; Kanz al-Ummal, Jld.1, h.22V; al-‘Asqalani, Fath al-Bari, Jld.3, h,27; al-Haithami dalam Majmu’, Jld.9, h.194.

[34] Diriwayatkan oleh Ibn Jarir dalam mentafsirkan ayat tersebut; al-Zamakhshari dalam Tafsir al-Kashshaf dalam mentafsirkan ayat tersebut; al-Haithami dalam Majmu’, Jld.9, h. 231; al-Suyuti dalam al-Durr al-Manthur; Kanz al-Ummal, Jld. 6.h.408; dan al-Wahidi dalam Asbab al-Nuzul.

[35] Al-Zamakshari, al-Kashshaf; al-Suyuti, al-Durr al-Manthur dalam mentafsirkan ayat di atas; al-Haithami dalam Majmu’, jld.9, h.125; al-Riyadh al-Nadrah; Jld.2, h. 102; Ibn Hajar, al-Sawa’iq al-Muhriqah, h. 102.

[36] Ibn Jarir dalam tafsirnya; al-Suyuti, al-Durr al-Manthur dengan jalan yang berlainan dan menambah bahawa sahabat-sahabat Nabi saw apabila mereka berhadapan dengan Ali berkata: “Telah datang khair al-Bariyyah.” Ibn Hajar, al-Sawa’iq al-Muhriqah, h.96; al-Shablanji, Nur al-Absar, h. 70 dan 101.

[37] Al-Wahidi, Asbab al-Nuzul, h, 183; al-Tabari dalam tafsirnya; al-Fakhr al-Razi dalam tafsirnya dan al-Suyuti dalam al-Durr al-Manthur.

Monday, October 19, 2009

Bila Kau Ingin Selamat

Ufuk Timur Bersinar Dengan (Cahaya)Mu
Kata-kata Tak Berarti Dihadapan Kata-katamu
Engkau Ada Ketika Adam Belum Ada
Kerana (Cahaya)Mu memang mendahuluinya
Bila Bukan Keranamu,Semesta Tak Dicpitakan
(Dan)Barat Serta Timur Tak Akan Nyata
Bila Kau Ingin Selamat Dari Neraka Di Hari Kebangkitan
Dan Semua (Kewajipan Agama)Serta Amalmu Diterima
Maka Taatilah Ali Dan Para Imam Setelahnya
Bintang-Bintang Petunjuk Hingga Kau Selamat Dari Bencana
Merekalah Itrah Yang Telah Allah Serahkan Perkaran-Nya Pada Mereka
Kerana Dia Telah Memberikan Anugerah Pada Mereka
Imam-Imam Kebenaran Yang Allah Wajibkan Cinta Kepada Mereka
Dengan Ketaatan (Kepada)Mereka, Ummat Diuji
Aku Nasihati Engkau
Agar Jangan Meragukan Mereka Hingga Engkau Menyimpang Pada Selainnya
(Padahal)Siapa Yang Lebih Patut Berbanding Mereka ???
Cinta Ali Adalah Harta Kekayaan Bagi Para Pecintanya
Dia Akan Menemuinya ASaat Kematian Dan Di (Alam)Kubur
Dihari Kebangkitanpun Tak Ada Yang Selamat
Dari Neraka Kecuali Yang Mencintai Abu Al-Hasan

Friday, October 16, 2009

Siapakah yang lebih tahu ???

Muhammad al-Tijani pernah menyindir seorang ulama sunni dengan berkata bahwa Abu Bakar sesungguhnya lebih berilmu daripada Nabi Muhammad saw.Abu Bakar mengetahui bahwa Nabi harus menunjuk seseorang sebagai penerusnya untuk menjaga agar sistem dan masyarakat tetap teratur.Abu Bakar menunjuk Umar sebagai penerusnya.Akan tetapi Nabi Muhammad saw tidak menyedari tugas penting ini bahwa masyarakat Islam memerlukan seorang pemimpin berkualiti setelah ia tiada,atau Nabi Muhammad saw tidak menganggap penting siapa yang akan menjalankan roda kepemimpinan setelahnya.

Masalahnya adalah kepemimpinan.Apakah permasalahan itu tidak begitu penting bagi Nabi Muhammad saw atau apakah ia tidak bersungguh menghadapinya? Tentu saja Nabi Muhammad saw menanggapinya dengan bersungguh-sungguh dan ia pasti telah menunjuk pengganti (khalifah) yang paling berkualiti sebagai pemimpin negara Islam dan penjaga syariah(hukum Allah).

Pertanyaan lain yang muncul adalah: Siapakah yang lebih arif dalam menunjukkan khalifah,Allah SWT dan Rasul-Nya atau kaum muslimim?Apakah Islam didasarkan pada demokrasi(pemerintah dipilih oleh masyarakat) ataukah teokrasi(kerajaan Allah dimuka bumi ini?) Sejarah Islam membuktikan bahwa pemerintahan setelah Nabi Muhammad saw tiada didasarkan pada prinsip demokrasi ataupun teokrasi.Hanya beberapa orang sahaja berkumpul di Saqifah Bani Saidah dan mengangkat Abu Bakar sebagai khalifah sedangkan Ali tengah sibuk mengurus jenazah Nabi Muhammad di Madinah.

Dapatkah kita memilih seorang Rasul melalui musyawarah?Hal yang sama pun berlaku dalam menunjuk pengganti Rasul,kerana Allah Maha Tahu siapa yang lebih berkualiti untuk kedudukan ini.Akan nampak aneh jika seorang wakil seorang pemimpin ditunjuk oleh orang lain dan bukan oleh dirinya.Wakil Allah(Rasul) hanya ditunjuk oleh Allah,(Rasul) dan hal ini bukan urusan manusia.Banyak contoh dalan Al-Quran ketika Allah menyatakan bahawa Dia lah yang berhak menunjuk seorang penerus dimuka bumi.Allah yang Mahatinggi berfirman:"
Hai Daud Kami telah menjadikanmu penguasa(penerus)dimuka bumi ini"(QS Shad[38];26)dan "Kami telah menjadikanmu(Ibrahim)penguasa(pemimpin)bagi manusia"(QS al-Baqarah[2];124)

Khalifah/Imam bagi ummat manusia ditunjuk oleh Allah SWT.Lihat pula surah Al-Baqarah[2] ayat 30 mengenai Adam as.Bahkan ketika ingin pergi ke Miqaat ,Nabi Musa as tidak meminta kaumnya membentuk sebuah syura untuk menunjuk seorang wakil baginya.Al-Quran mengatakan bahwa Musa berkata"Ya Allah tunjuklah bagiku seorang wakil(ya itu)Harun saudaraku"(Allah) bersabda;"Kami perkenankan permohonanmu hai Musa"(QS Taha[20]29-36).

Allah yang Maha Tinggi berfirman;"
Sesungguhnya Kami telah memberi kitab kepada Musa dan menunjuk Harun sebagai wakilnya."(QS al-A'raf[7]142).Perhatikan bahwa "Ukh lifni" dan "khalifa"(khalifah) berasal dari akar kata yang sama.

Dalam kaitannya dengan hal ini,mari kita perhatikan hadis shohih al-Bukhari yang menarik berikut ini.Rasul Allah berkata pada Ali."Kedudukanmu disisi ku bagaikan Harun disisi Musa,hanya saja ketiadaan Nabi setelahku."

Nabi muhammad saw bermaksud mengatakan bahwa sebagaimana Nabi Musa as menunjuk Nabi Harun as untuk menjaga kaumnya saat ia pergi Maqaat(bertemu Allah),Nabi Muhammad saw menunjuk Ali as untuk menjaga Islam setelah ia wafat.

Ayat al-Quran mengenai Nabi Harun diatas menunjukkan bahwa Nabi tidak menunjuk wakil atau penerus dirinya,tetapi Allah lah yang menunjuknya.Nabi Musa memohon kepada Allah agar Harun menjadi wakilnya dan Allah memperkenankan permohonan Nabi Musa.

Wednesday, October 7, 2009

Alangkah aneh dan lamanya hari itu

Dengan kehendak dan hikmah-Nya,Allah SWT telah menghaibkan Imam Mahdi as beberapa ketika setelah kelahirannya.Demi menyelamatkan hujjah-Nya dari ancaman bunuh oleh khalifah yang memerintah pada ketika itu.

Rasullullah saw bersabda,"Allah Yang Maha Kuasa telah mengutuskan ku dan dua belas Imam selepasku.Mereka ini Hujjah Allah dan Imam ke 12 ialah al-Qaim(yang akan bangkit).Dengan kebangkitannya dunia yang telah dipenuhi dengan penindasan dan kezaliman akan diganti dengan keadilan dan persamaan."

Terdapat sekitar seratus tiga puluh sembilan riwayat yang mengatakan pemimpin selepas Rasullullah saw adalah 12,dan sembilan daripadanya keturunan Imam Hussein a.s.

Imam Ali a.s pernah berkata pada Talhah:
"Wahai Talhah ! Tidakkah kamu salah seorang saksi ketika Rasullullah saw meminta pen dan kertas untuk menulis wasiat agar kita tidak akan sesat selepas ini? Dan sahabat mu yang kasar membantah dengan mengatakan baginda sedang meracau?Rasullullah murka sehingga tidak jadi menulisnya?"
Talhah menjawab,"Ya aku menyaksikan di hari itu."
Imam Ali a.s terus memberitahunya,"Apabila kamu semua telah beredar dari situ,Rasullullah saw telah memberitahu ku dan menulis wasiatnya.Baginda sangat ingin mengingatkan perkhabaran ini kepada orang ramai kerana malaikat Jibrail as memberitahu baginda bahwa Allah SWT,mengetahui akan berlaku perbalahan yang mengakibatkan ummah berpecah.Rasullullah saw mengarahkan ku mengambil kertas dan menyuruhku mencatat apa yang akan dikatakan oleh baginda.Aku juga disuruh memanggil tiga orang sebagai saksi;Salman al-Farisi,Abu Dzar al-Ghifari dan Miqdad.Baginda lalu menamakan pemimpin-pemimpin yang mesti dipatuhi sehingga ke hari kiamat,Rasullullah saw menamakan aku yang pertama,kemudian anakku Hassan dan kemudian Hussein,selepas itu diikuti sembilan orang dari keturunan Hussein ."


Kemudian Imam Ali a.s berpaling pada Abu Dzar dan Miqdad yang ada ketika itu dan bertanya'Adakah perkara ini berlaku?Mereka mengaku menyaksikannya,'Ya,Rasullullah mengatakan semua itu."

Talhah berkata,"Aku bersumpah dengan nama Allah bahwa Rasulullah pernah berkata pada Abu Dzar,"Di bawah kolong langit ini,tidak ada lidah yang lebih jujur daripada Abu Dzar,"Kemudian Talhah berkata pada Imam Ali a.s,"Aku sendiri menyaksikan bahwa Abu Dzar dan Miqdad tidak akan menyaksikan selain dari kebenaran dan pada pandanganku engkau lebih benar dari mereka berdua."

Friday, September 25, 2009

Akibat Tak Berwilayah

Allah membahagikan surah Muhammad menjadi dua bahagian pertama berkaitan dengan Ali dan yang keduanya adalah berhubungan dengan musuh-musuhnya.Dalam pembukaan surah ,Allah berfirman "Orang-orang kafir yang jauh dari jalan Allah,yaitu kecintaan kepada Ali,(Imam al-Baqir as berkata,"Maksudnya adalah mereka jauh dari wilayah Ali,kerana Ali adalah sabil(jalan)."(Syarh al-Akbar,jil 1,hal,243;Manaqib Al Abi Thalib,jil 2,hal 269;Tafsir Qummi,jil 1,hal 388.maka Allah akan menghilangkan amal-amal mereka".Qs Muhammad,1.

Allah menggugurkan amalan mereka,kerana mereka melaksanakan amalan-amalan yang tidak sesuai dengan perintah Allah.Kemudian Allah berfirman "Hal itu kerana mereka membenci apa yang telah diturunkan Allah,tentang Ali;maka Allah menggugurkan amal-amal mereka".Qs Muhammad;9.Sebab amalan yang tidak disertai wilayah kepada Ali tidak akan membawa manfaat.
Allah menutup hati orang-orang yang membenci Ali;"Mereka adalah orang-orang yang hati mereka ditutup oleh Allah dan hanya mengikuti hawa nafsu mereka".Qs Muhammad,16.

Allah memberikan hidayah lebih banyak kepada para pecinta Ali;"Orang-orang yang mendapat hidayah,
dengan memperwalikan Ali,maka Allah menambah hidayah bagi mereka dan menganugerahkan ketakwaan kepada mereka".Qs Muhammad,17.

Allah lalu melaknat orang-orang yang mengusik dan mengganggu keturunan Ali;"Apakah bila kalian berkuasa,kalian akan membuat kerusakan diatas muka bumi".Ayat ini dikhususkan untuk Muawiyah.Diriwayatkan dari Imam al-Baqir bahwa ayat ini turun berkenaan dengan Bani Umayah.Juga diriwayatkan ayat ini berhubungan dengan tiga khalifah pertama(al-Shirath al-Mustaqim,jil 3,hal,40).

Kemudian Dia berfirman"Dan memutuskan hubungan kerabat". Ini dikhususkan bagi Yazid yang telah membunuh Imam Husain dan memutus hubungan keturunan Rasullullah saw.Dia juga tidak takut kepada Allah saat membantai keluarga Rasul saw.Kerana itu,Allah melaknatnya lantaran perbuatannya itu;"Mereka adalah orang-orang yang dilaknat Allah.Dia akan membuat telinga mereka tuli dan membutakan penglihatan mereka".Qs Muhammad;22,23

Allah kemudian menyebut keadaan orang-orang yang berpaling dari Ali;"Orang-orang yang murtad setelah beroleh petunjuk".Qs Muhammad;25.

Yakni menentang Ali sepeninggal Rasul saw.Padahal,Allah dan Rasul telah memerintahkan untuk mengikuti Ali dan melarang mereka memusuhinya.Lalu Allah berfirman"Hal itu dikeranakan mereka mengikuti apa yang membuat Allah murka, yaitu memusuhi para wali-Nya dan mentaati musuh-musuh-Nya.Dan membenci ridha Allah,kerana ridha Allah diperolehi dengan cara mencintai keluarga Muhammad saw.Kerana itu Allah menggugurkan amal perbuatan mereka,"Qs Muhammad;28.kerana telah berpaling dari kebenaran setelah mengetahuinya.

Allah juga mengingatkan orang-orang beriman,"Wahai orang-orang beriman,taatilah Allah dan Rasul-Nya,berkaitan dengan perintah Allah dan Rasul-Nya untuk mencintai Ali,dan jangan kalian gugurkan amal perbuatan kalian,"Qs Muhammad;33.dengan cara meninggalkan wilayah kepada Ali.Sebab orang yang melakukannya tidak akan memperoleh manfaat dari amalnya,meskipun banyak melakukan solat dan berpuasa.

Allah lalu menyebutkan bahwa orang-orang yang kafir kepada wilayah Ali tidak akan memperoleh ampunan dan shafaat,"Sesungguhnya orang-orang yang kafir dan jauh dari jalan Allah,yaitu kecintaan kepada Ali,dan mati dalam keadaan kafirterhadap wilayah Ali,maka tiada ampunan bagi mereka;kecuali bagi para pencintanya."Qs Muhammad;34.

Saturday, September 5, 2009

Anak-Anak Quraisy

Umar;Hai Ibnu Abbas,tahukah engkau apa yang mendorong kaum Quraisy menolak kepemimpinan Ahlulbait sepeninggalan Muhammad ?

Ibnu Abbas;Aku tidak ingin berterus-terang dalam menjawab,lalu aku katakan kepada Umar,'kalau aku tidak mengetahuinya,tentu Amirul Mukminin mengetahuinya,"

Umar;Kerana mereka tidak suka kenabian dan kekhalifahan berkumpul pada kalian (bani Hasyim),sebab kalian akan menjadi bongkak dan mengutamakan kaum kalian.Oleh sebab itu kaum Quraisy memilih untuk mereka seorang pemimpin dan langkah itu benar dan sesuai.

Ibnu Abbas;Apakah Amirul Mukminin bersedia untuk tidak marah kepadaku dan mendengarkan kata-kataku?

Umar;Katakan sekehendakmu!

Ibnu Abbas;Adapun ucapan Amirul Mukminin bahwa Quraisy membenci (berkumpulnya kenabian dan kekhalifahan pada bani Hasyim),maka sesungguhnya Allah Ta'ala telah berfirman;"
Yang demikian itu adalah kerana sesungguhnya mereka benci kepada apa yang diturunkan Allah,lalu Allah menghapus (pahala)amal-amal mereka"qs 47;9.<strong>Adapun ucapan anda bahwa kami akan bongkak,jika kami bakal bongkak dikeranakan khalifah,maka sesungguhnya kami akan bongkak dikeranakan kekerabatan kami dengan Nabi saw,akan tetapi kami adalah kaum yang akhlak kami terbelah dari akhlak Rasullullah yang Allah berfirman tentangnya;"Dan sesungguhnya kamu benar-benar berakhlak (berbudi pekerti) yang agung"qs 68;4,.dan Allah berfirman kepadanya,"Dan rendahkanlah dirimu terhadap orang-orang yang mengikutimu,yaitu orang-orang yang beriman."qs 26;215.Adapun ucapan anda bahwa kaum Quraisy memilih(untuk mereka seorang pemimpin),maka Allah berfirman,"Dan Tuhanmu menciptakan apa yang Dia kehendaki dan memilihnya.Sekali-kali tidak ada pilihan bagi mereka"qs28;68.Dan anda wahai Amirul Mukminin,mengetahui sesungguhnya Allah telah memilih dari hamba-Nya untuk jawatan itu,dan andai kaum Quraisy berpendapat seperti yang ditetapkan Allah,nescaya mereka tepat dan benar.

Umar; Tunggu, hai Ibnu Abbas.Memang hati kalian bani Hasyim enggan,kecuali pada kebencian yang tiada padan dan kedengkian yang tiada berubah terhadap urusan kaum Quraisy.

Ibnu Abbas;Tenang,wahai Amirul Mukminin,Jangan anda menuduh hati bani Hasyim dengan kedengkian, sebab hati mereka dari hati Rasulullah yang di sucikan dari noda,mereka adalah Ahlulbait yang Allah berfirman kepada mereka
,"Sesungguhnya Allah berkehendak untuk menghilangkan dari kalian rijs(dosa),wahai Ahlulbait,dan menyucikan kalian sesuci-sucinya,"qs 33;33Adapun ucapan anda bahwa mereka sakit hati.itu benar,bagaimana mungkin seseorang yang barangnya dirampas dan melihat miliknya di tangan orang lain tidak akan sakit hati?

Umar: Adapun engkau,hai Ibnu Abbas,telah sampai kepadaku ucapanmu yang aku tidak suka memberitahukannya padamu,sebab akan menjatuhkan kedudukanmu di sisiku.

Ibnu Abbas;Apa itu wahai Amirul Mukminin? Beri tahukan padaku.Kalau itu kebatilan,maka orang seperti aku layak menjauhkan kebatilan dari dirinya;dan jika itu kebenaran,maka kedudukanku di sisi anda tidak akan jatuh.

Umar:Telah sampai kepadaku bahwa engkau senantiasa mengatakan;"Perkara ini dirampas dari kami kerana kedengkian dan kezaliman."

Ibnu Abbas;Adapun ucapan anda"kerana rasa hasut" maka sesungguhnya iblis telah menghasud kepada Adam sehingga mengeluarkannya dari syurga,dan kami adalah anak keturunan Adam yang di hasuti.Adapun ucapan anda "dengan kezaliman"maka sesungguhnya Amirul Mukminin mengetahui pemilik hak ini,siapa dia.Wahai Amirul Mukminin bukankah bangsa Arab berhujan atas bukan berbangsa Arab dengan kedudukan Rasulullah,dan suku Quraisy,berhujah atas seluruh bangsa Arab dengan kedudukan Rasulullah saw?Maka kami lebih berhak atas Rasulullah daripada seluruh Quraisy.

Umar;Berdirilah sekarang,dan pulanglah kerumahmu!

Maka dengan itu Ibnu Abbas berdiri dan ketika ia mulai berjalan,Umar memanggilnya,"Hai orang yang sedang berpaling,aku tetap seperti dulu,memelihara hakmu."
Lalu Ibnu Abbas menoleh dan berkata,"Sesungguhnya aku mempunyai hak atas anda,wahai Amirul Mukminin,dan atas seluruh kaum muslim dengan kedudukan Rasulullah saw.Maka barangsiapa memeliharanya,berarti dia memelihara hak dirinya sendiri,dan barang siapa mensia-siakannya,maka dia mensia-siakan dirinya sendiri.

Kemudian ia berlalu,maka Umar berkata kepada mereka yang duduk bersamanya,"Aduhai Ibnu Abbas ,tiada aku melihat ia berdebat dengan seseorang kecuali ia mengalahkannya.


Ibnu Abi al Hadid al Mu'tazili dalam Syarah Nahjul Balaghah dan Ibnu al Atsir dalam Al Kamil mengkisahkan dialog ini.

Wednesday, September 2, 2009

Ibnu Abbas menceritakan

Dialog antara Khalifah Umar dan Ibnu Abbas.

Umar: Hai Ibnu Abbas, Demi Allah rakan mu itu (Ali) adalah orang yang paling layak untuk jawatan ini (khalifah) sepeninggal Rasullullah saw,hanya saja kami takutkan dua hal darinya.
Ibnu Abbas:Wahai Amirul Mukminin,apakah dua hal tersebut ?
Umar:Kami bimbangkan usianya yang muda dan kecintaannya kepada bani Abdul Muthalib.(Ibnu Abi al Hadid,syarah Nahjul Balaghah 1/134).
Dalam dialog lain, diriwayatkan dari Ibnu Abbas ra,ia berkata "Ketika aku berjalan bersama Umar melewati sebuah kampung di kota Madinah tangannya menggenggam tanganku,lalu ia berkata,' Hai Ibnu Abbas aku tidak mengira temanmu itu melainkan ia dizalimi.'Maka aku berkata dalam hati,'Demi Allah,bukan aku yang memulainya,"Maka aku berkata,'Wahai Amirul Mukminin,kalau begitu kembalikan sesuatu yang dirampas darinya,'
Maka spontan ia melepaskan tangannya dari tanganku,kemudian ia berjalan menjauh dariku sambil mengucapkan kata-kata yang tidak terfahami oleh ku.Lalu ia berhenti dan aku pun mengikutinya,kemudian ia berkata padaku,'Hai Ibnu Abbas,aku tidak mengira bahwa mereka mencegah rakanmu dari jawatan itu melainkan kerana mereka menganggap muda usianya,'
Maka dalam hati aku berkata bahwa ini lebih buruk dari yang pertama,maka aku berkata,'Demi Allah,ia tidak dianggap kecil dan muda usianya oleh Allah ketika ia diperintahkan mengambil alih penyampaian Surah Bara'ah dari Abu Bakar,'(Ibid,2/6/18)
Dan jauh sebelum masa kekuasaan Umar,di hari-hari pertama pembai'atan Abu Bakar,ketika Ali as. dipaksa dihadirkan di hadapan Abu Bakar untuk diminta bai'atnya,hal yang sama telah dinyatakan oleh Abu Ubaidah kepada Imam Ali as,"Wahai Abul Hasan (Ali),sesungguhnya engkau masih muda usia dan mereka itu adalah orang-orang tua Quraisy.Engkau tidak memiliki pengalaman seperti pengalaman mereka,dan aku tidak melihat Abu Bakar melainkan lebih kuat memikul urusan ini daripada engkau.Maka serahkan urusan ini kepadanya dan relakan untuknya,Sesungguhnya jika engkau berumur panjang,engkaulah yang layak untuk urusan ini kerana keutamaan,kekerabatan,masa lalu dan jihadmu.
Diketika yang lain sewaktu Umar berada di sisi Ibnu Abbas,tiba-tiba Umar menarik nafas yang dalam sekali,maka aku berkata,'Wahai Amirul Mukminin tiada yang menyebabkan nafas yang dalam begini melainkan perkara yang sangat penting,'
Umar:Benar,Demi Allah,hai Ibnu Abbas,aku berfikir,aku tidak tahu kepada siapa aku harus menyerahkan kepemimpinan ini sepeninggalku.Mungkin engkau melihat bahwa rakanmu (Ali) layak untuknya?
Ibnu Abbas:Apa yang mencegahnya dari itu,mengingat jasanya dalam jihad,yang pertama memeluk Islam dan kekerabatannya dengan Nabi saw serta ilmunya?
Umar:Engkau benar,akan tetapi ia seorang yang suka berjenaka(du'abah).

Tuesday, July 28, 2009

JALAN TENGAH

Sebahagian orang (pengikut berfahaman Jabariyah) berpendapat bahawa Allah Swt adalah pelaku perbuatan - perbuatan makhluk. Dengan kata lain,Allah telah memaksa manusia untuk melakukan perbuatan -perbuatan maksiat, kemudian menyiksa mereka.Dan Allah telah pun memaksa manusia untuk berbuat taat, lalu memberikan pahala kepada mereka. Pendapat ini berdasarkan pada( pandangan) bahwa sebenarnya semua perbuatan manusia adalah perbuatan Allah.Adapun sekaitan bahwa perbuatan tersebut dinisbatkan kepada mereka secara mutlak, itu lantaran mereka adalah pelakunya. Sumber dari ini adalah pengingkaran mereka terhadap hukum penguasa alam dalam semua hal,dan bahwa Allah merupakan Sebab yang hakiki dan tak memiliki sekutu.

Mereka mengingkari penguasa alam dalam semua hal.Mereka menyangka bahwa hal tersebut merupakan tuntutan Allah,Sang Pencipta yang tidak bersekutu.Mereka yang mengikuti pandangan telah menisbatkan kezaliman kepada Allah Swt.

Adapun aliran yang dinamakan dengan al-Mufawwidhah, yang berpandangan bahwa Allah Swt telah menyerahkan semua perbuatan kepada para makhluk, tanpa campur tangan qudrah,qadha,mahupun takdir-Nya dalam semua perbuatan mereka. Ini kerana (menurut mereka)penisbatan semua perbuatan tersebut kepada Allah bererti menisbatkan kekurangan bagi-Nya.Padahal yang benar adalah bahwa semua maujud bergantung kepada sebab- sebab khusus, yang semua berakhir pada satu sebab utama, yakni Allah Swt.Orang yang mengikuti pandangan seperti itu mengeluarkan Allah dari kekuasaan-Nya dan menyekutukan Allah dengan selain-Nya dalam penciptaan.

Adapun keyakinan kita, mengikuti apa yang telah diajarkan para imam kita tentang amru baina al-amrain dan jalan tengah di antara dua pendapat, tidak akan dapat dimengerti oleh para pendebat di kalangan teologi,di antara mereka terdapat satu kaum yang melakukan sewenangnya( Jabariyah)dan sebahagian lain melampui batas(Mufawwidhah). Ilmu dan filsafat belum dapat mengungkap pandangan para imam tersebut, kecuali beberapa abad kemudian. Tidaklah aneh bagi orang yang tidak mengetahui hikmah dan sabda- sabda para imam untuk menyangka bahwa pendapat ini termasuk penemuan sebahagian filosof kontemporeri Barat,sementara para imam kita telah mendahuluinya sepuluh abad sebelumnya.

Imam Ja'far al-Shadiq, untuk menjelaskan makna jalan tengah, mengungkapkan dengan perkataannya yang terkenal, "Tidak jabr dan tidak tafwidh melainkan amru baina al-amrain.

Betapa dalam kandungan erti ucapan beliau ini, yang kesimpulannya adalah bahwa semua perbuatan kita, dilihat dari satu sisi,benar- benar perbuatan kita dan kitalah sebab- sebab alamiahnya, perbuatan itu berada di bawah kekuasaan dan ikhtiar kita. Di sisi lain , semua kemampuan perbuatan itu merupakan pemberian Allah Swt dan berada di dalam kekuasaan-Nya. Sebab, Dialah Pemberi keberadaan dan tidak pernah melakukan pemaksaan dalam semua perbuatan kita, sehingga Dia harus menzalimi dengan menyiksa kita atas perbuatan maksiat yang kita lakukan (secara paksa).Sebab,kita memiliki kemampuna dan ikhtiar dalam perbuatan yang kita lakukan.(Sebaliknya),Dia tidak akan memasrahkan penciptaan semua perbuatan kepada kita,sehingga harus mengeluarkan semua perbuatan itu dari kekuasaan-Nya.Bahkan,bagi-Nya-lah ciptaan dan hukum , dan Dia Maha mampu melakukan segala sesuatu dan meliputi hamba- hamba-Nya.


Bagaimanapun juga, keyakinan kita adalah bahwa qadha dan qadar merupakan merupakan misteri diantara misteri-misteri ilahi.Maka, barangsiapa yang mampu memahaminya dengan baik tanpa ifrad (berlebihan) dan tafrid (berkurangan),itulah yang diharapkan.Dan barangsiapa tidak mampu memahaminya dengan baik,maka ia tidak harus berusaha mengerti dan mendalaminya, agar keyakinannya tidak menjadi sesat dan rosak. Sebab, qadha da qadar termasuk persoalan yang sangat rumit, bahkan termasuk salah satu perbahasan filsafat yang paling sulit, yang tidak mudah dimengerti oleh semua orang, melainkan oleh al-Auhadi( orang yang telah sampai dalam jenjang pengesaan Allah).

Kerana itu, banyak sekali para teologi yang tergelincir.Taklif atas perbahasan masalah ini berada di atas kemampuan manusia biasa. Dan cukuplah bagi manusia untuk menyakininya secara global, dengan mengikuti perkataan imam maksum (Ahlul Bait)bahwa masalah qadha dan qadar merupakan amru baina amrain yang didalamnya tidak ada jabr dan tafwidh. Dan persoalan ini bukanlah termasuk bahagian dari dasar- dasar keyakinan sehingga harus diyakini dalam bentuk terperinci.

Saturday, July 25, 2009

Bismillahirrah'maanirra'him

Imam Ali as berkata," Basmalah adalah bahagian dari ayat-ayat al-Fatihah,yang semua berjumlah tujuh ayat."(Kemudian beliau berkata)." Aku mendengar Rasulululah saww bersabda," Sesungguhnya Allah berfirman pada -Ku: Wahai Muhammad ,Kami telah berikan padamu tujuh ayat dari al-Fatihah dan juga al-Quran. Allah mengkhususkan al-Fatihah untukku dan menyamakannya dengan al-Quran.Sesungguhnya al-Fatihah lebih agung dari apa yang tersimpan di 'Arsy 'Allah mengkhususkan Muhammad saww dengan Basmalah dan memuliakan beliau dengannya. Tak seorang pun yang menyamai beliau kecuali Sulaiman as.Bukankah kalian tahu bahwa Allah telah menceritakan Balqis yang berkata,"<em>Telah sampai kepadaku sepucuk surat yang dikirim Sulaiman dan dimulai dengan Bismillahirrahmanirrahim". !Ketahuilah barangsiapa yang membaca Basmalah dengan kecintaan pada Muhammad dan keluarganya ,taat pada mereka dan beriman pada zahir dan batin mereka,maka Allah akan memberinya satu kebaikkan bagi setiap hurufnya.Setiap kebaikkan lebih baik dari dunia dan seisinya.Dan barangsiapa yang mendengar orang yang membaca Basmalah,maka dia mendapat sepertiga dari pahalanya orang yang membacanya.Kerana itu,amalkanlah membaca basmalah yang penih berkah ini.Ia merupakan sebuah harta yang tiada habisnya,dan orang tidak akan menyesal membacanya

Tuesday, July 21, 2009

Inilah Hikmah

Allah menjadikan Ali sebagai Hikmah dan kebaikkan yang melimpah;"Barangsiapa yang diberi hikmah oleh Allah,maka dia telah mendapat kebaikkan yang berlimpah,"Al-Baqarah 269.
Ibnu Abbas berkata,"Hikmah adalah mengenal Allah,Rasul dan Imam serta taat padanya,yang akan membawa seseorang menuju surga dan semua amalnya diterima serta kesalahannya diampuni.Hikmah adalah mengenal sesuatu sebagaimana adanya,dan inilah yang disebut sebagai pengenalan akan kebenaran.Tujuan penciptaan makhluk adalah menyembah Allah,tidak menyekutukan-Nya,beriman kepada Muhammad dan para Nabi sebelumnya,serta menaati Ali yang merupakan Hujjah Allah bagi sekelian umat manusia dan berpaling dari musuh-musuh yang menentangnya.
Allah memuji Ali dengan infak yang dilakukannya;"
Orang-orang yang menginfakkan harta mereka siang-malam secara sembunyi-sembunyi dan terang-terangan,"Al-Baqarah 274.
Diriwayatkan oleh Mujahid dari Ibnu Abbas,"Amirul Mukminin Ali (suatu ketika) mempunyai empat dirham.Beliau menginfakkan satu dirham di malam hari,satu dirham di siang hari,satu dirham secara sembunyi-sembunyi dan satu lagi secara terang-terangan.(Tafsir Ibnu Katsir-Basyarah al-Mushthafa).
Allah lalu menyebutnya sebagai khalifah dengan firman-Nya,"
Aku jadikan khalifah di muka bumi,"Al-Baqarah 30.
Ibnu Abbas berkata,"Para khalifah itu ada tiga,yaitu Adam,Daud,dan Amirul Mukminin yang merupakan anak Adam dari sisi lahiriah dan bapak Adam dari sisi batiniah.

Monday, July 20, 2009

Aisyah Binti Abu Bakar

Ummul Mukminin Aisyah binti Abu Bakar adalah salah seorang isteri Nabi yang menikah dengan Nabi pada tahun kedua hijrah.Perlu diingat bahwa semua isteri Nabi diberi gelar Ummul Mikminin ,sehingga kita menyebut mereka dengan Ummul Mukminin Aisyah,Ummul Mukminin Hafsah,Ummul Mukminin Khadijah,dan begitulah seterusnya.Gelar Ummul Mukminin sendiri dimaksudkan bahwa seorang bekas isteri Nabi tetapi menjadi milik umat Islam selamanya.Yang kerananya haram untuk dinikahi.Perrrrrhatikan firman Allah SWT yang mengatakan,"Janganlah kamu menyakiti Rasul dengan mengahwini isteri-isterinya setelah ia wafat"Al-Ahzab;153.
Sudah menjadi rahsia umum bahwa Aisyah memainkan peranan penting dalam upaya menaikkan dan menurunkan seseorang menjadi Khalifah.Ialah satu-satunya isteri Nabi yang ikut terlibat secara langsung dalam peperangan melawan Ali as yang menyebabkan terbunuhnya ribuan umat Islam yang tidak berdosa hanya kerana tidak suka Ali as menjadi Khalifah,dalam peperangaJamn al (unta), disebut peperangan unta ialah kerana ia duduk diatas unta.
Sebagaimana pernah diberitakan bahwa Aisyah banyak mendengar sabda-sabda Nabi yang memuji dan mengakui hak Kekhalifahan Ali as,tetapi kenapa ia jesteru sangat membenci ajan hadits-hadits itu,bukan hanya itu Aisyah juga sangat terkenal suka melakukan ijtihad tentang masalah-masalah agama walaupun ia harus melanggar Al-Quran dan sunnah Nabi.Bhukari dalam shahihnya pada bab shalat Qassar meriwayatkan,bahwa Aisyah pernah berkata,"Shalat Shafar seperti halnya Shalat Hadir,yaitu empat rakaat.
Perrrrrrrrrhatikan!!! Bagaimana ijtihad Aisyah merubah sunnah Nabi dan sebaliknya malah menyuruh sunnah Usman yang menjadikan Shalat Qassar Safar empat rakaat seperti halnya Shalat biasa untuk meraih simpati Muawiyah-Khalifah yang berkuasa saat itu. Sungguh tepat ungkapan yang mengatakan 'Agama rakyat mengikuti Agama penguasa' ,maka kerana Aisyah sebahagian dari rakyat,terpaksa ia harus mengikuti Khalifahnya demi untuk meraih simpati darinya walaupun sebelum itu ia sangat bermusuhan dengan Muawiyah,kerana dialah yang telah membunuh adik kandungnya Muhammad bin Abu Bakar.
Ahli sejarah menceritakan tatkala Muawiyah datang ke Madinah, ia tidak lupa untuk mengunjungi Aishah Setelah di persilakan masuk, Aisyah lantas bertanya kepadanya; Ya Muawiyah, apakah Anda yakin bahawa saya tidak akan membunuhmu? Ya, kerana saya masuk ke rumah yang aman, jawab Muawiyah, atau barangkali engkau takut pada Allah kerana membunuh Hajr bin Ady, dan sahabat- sahabatnya? " tanya Aisyah lebih lanjut. Muawiyah menjawb" Sebenarnya yang membunuh mereka adalah orang -orang yang menyaksikan peristiwa itu". Dalam riwayat lain disebutkan bahawa Muawiyah dan para gubernur lainnya sering mengirimkan sejumlah hadiah dan wang kepada Aisyah serta membayar seluruh hutang- hutangnya.
Dan jika mengamati kedekatan hubungan antara mereka berdua kita akan tahu bahwa permusuhan yang ada diantara mereka berdua adalah sandiwara belaka untuk mengelabui umat Islam.Tidak hairan jika kemudian mereka berdua begitu bersemangat untuk mengingkirkan Ali dari takhta Kekhalifahan serta bersekongkol untuk melenyapkan seluruh Ahlul Bait,Ketika Ali as wafat.Aisyah sampai sujud shukur untuk menunjukkan kegembiraan atas kemenangannya.Kebencian Aisyah terhadap Ali as ia tunjukkan dengan menunjukkan kebenciannya pada anak-anak Ali as termasuk ketika ia melarang pemakaman Hassan bin Ali as untuk dimakamkan disisi datuknya Muhammad Saww.Tidak diragukan lagi bahwa Aisyah termasuk salah seorang pendukung utama Bani Umayah yang membiarkan hinaan dan cacian terus dilakukan pada Ahlul Bait tanpa berusaha untuk melarangnya walau sedikitpun.
Imam Ahmad dalam Musnad menceritakan tentang seorang lelaki yang mencaci Ali as dan Ammar dihadapan Aisyah,lalu Aisyah berkata" Saya tidak akan mengatakan apapun tentang Ali.Adapun Ammar saya pernah mendengar,"Nabi bersabda;"Satu perkara dipilih kalau Ammar setuju memilihnya". Akhirnya kita pun tak perlu hairan bin ajaib kalau Aisyah kemudian berupaya untuk menghapus sunnah Nabi saww,sebaliknya menghidupkan Bidah Usman untuk mendapat simpati dan sokongan dari Muawiyah dan para Gubernur Bani Umayah yang lain.Imam Malik dalam kitabnya Al-Muwattha menceritakan Aisyah mengutuskan beberapa orang lelaki untuk disusukan kepada saudaranya Ummu Kaltsum dan anak saudaranya.Setelah menyusui mereka,Aisyah membolehkannya untuk bertemu dengan wanita-wanita itu tanpa hijab.Kerana beranggapan mereka telah menjadi muhrimnya.

Wednesday, June 17, 2009

IMAM ALI BIN ABI THALIB

IJTIHAD KHALIFAH ALI AS


Para ulama Ahlus Sunnah dan Syi'ah tidak mencatat hukum-hukum dan perbuatan-perbuatan Khalifah Ali AS yang bertentangan dengan al-Qur'an dan Sunnah Nabi SAWA. Ini adalah bertepatan dengan sabda Nabi SAWA:"Ali bersama al-Qur'an dan al-Qur'an bersama Ali."Dan di dalam hadith yang lain,"Aku tinggalkan kepada kalian Thaqalain; Kitab Allah danAhlul Baitku. Kalian tidak akan sesat selama-lamanya jika kalian berpegang kepada kedua-duanya. Dan kedua-duanya tidak akan berpisah sampai bersama-sama mengunjungiku di Haudh."{Muslim, Sahih, VII, hlm. 122]
Dan ianya menunjukkan bahawa khalifah Ali adalah maksum. Jika tidak, nescaya hukum-hukum dan perbuatan-perbuatan beliau yang menyalahi nas dicatat oleh Ahlul Sunnah dan Syi'ah. Nampaknya khalifah Ali AS merasa kesal terhadap bid'ah-bid'ah yang telah dilakukan mereka. Sementara kaum Muslimin pula telah biasa dengan bid'ah-bid'ah tersebut selama 25 tahun. Khalifah Ali AS sendiri menggambarkan keadaan yang berlaku di masa itu seperti berikut:
"Khalifah-khalifah sebelumku telah melakukan perbuatan-perbuatan yang menyalahi Rasulullah SAWA dengan sengaja.Mereka melanggar janji mereka dengan beliau dengan mengubah Sunnah-sunnah beliau. Sekarang jika aku memaksa mereka supaya meninggalkannya dan mengembalikan keadaan sebagaimana di zaman Rasulullah SAWA, nescaya tenteraku akan bertaburan lari dariku, meninggalkanku bersendirian atau hanya sedikit sahaja di kalangan Syi'ahku yang mengetahui kelebihanku, dan imamahku melalui Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah SAWA akan tinggal bersamaku. Apa pendapat kalian, sekiranya aku menempatkan Maqam Ibrahim pada tempat yang telah ditempatkan oleh Rasulullah SAWA, mengembalikan Fadak kepada pewaris-pewaris Fatimah AS, mengembalikan timbangan dan ukuran seperti yang lazim di zaman Rasulullah SAWA, mengembalikan tanah kepada orang yang telah diberikan oleh Rasulullah SAWA, mengembalikan rumah Ja'far kepada pewaris-pewarisnya dan memisahkannya dari masjid (kerana mereka telah merampasnya dan memasukkannya ke dalam masjid); mengembalikan hukum-hukum yang kejam yang dipaksa oleh khalifah-khalifah yang terdahulu ke atas wanita-wanita yang secara tidak sah telah dipisahkan dari suami mereka, mengembalikan jizyah kepada Bani Taghlab, mengembalikantanah Khaibar yang telah dibahagikan-bahagikan, memansuhkan dewan-dewan pemberian dengan meneruskan pemberiankepada semua orang sebagaimana dilakukan pada masa Rasulullah SAWA tanpa menjadikannya tertumpu di kalanganorang-orang kaya, memulihkan pajak bumi, menyamakan kaum Muslimin di dalam masalah nikah kahwin, melaksanakan khums sebagaimana difardhukan Allah SWT,.
Memulihkan Masjid Nabi seperti bentuknya yang asal pada zaman Nabi SAWA, menutup pintu-pintu yang dibuka (selepas kewafatan Rasul) dan membuka pintu-pintu yang ditutup (selepas kewafatan Rasul), mengharamkan penyapuan di atas al-Khuffain, mengenakan hukum had ke atas peminum nabidh, memerintahkan halal mut'ah wanita dan mut'ah haji sebagaimana pada zaman Nabi SAWA, memerintahkan takbir lima kali dalam solat jenazah, mewajibkan kaum Muslimin membaca Bismillahi r-Rahmani r-Rahim dengan suara yang nyaring pada masa solat, mengeluarkan orang yang dimasukkan bersama Rasulullah SAWA di dalam masjidnya, di mana Rasulullah SAWA telah mengeluarkannya, memasukkan orang yang dikeluarkan selepas Rasulullah SAWA (beliau sendiri) di mana Rasulullah SAWAtelah memasukkannya, memaksa kaum Muslimin dengan hukum al-Qur'an dan talak menuruti Sunnah, mengambil zakatmenurut jenis-jenisnya yang sembilan, mengembalikan wudhuk basuh dan solat kepada waktunya, syariatnya dan tempatnya, mengembalikan ahli Najran ke tempat-tempat mereka, mengembalikan layanan terhadap tawanan perang Farsi dan bangsa-bangsa lain kepada kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya.
Sekiranya aku melaksanakan semua ini, nescaya mereka mengembara meninggalkanku. Demi Allah ketika aku perintahkan orang-orang supaya tidak melakukan solat jama'ah di masjid pada bulan Ramadhan kecuali solat-solat fardhu dan memberitahukan kepada mereka bahawa solat sunat berjama'ah (Tarawih) adalah bid'ah, sekelompok tenteraku yang pernah berperang di pihakku mulai berteriak:"Wahai kaum Muslimin! Ali ingin mengubah sunnah Umar dan bermaksud menghentikan kita dari melakukan solat-solat sunat Tarawih pada bulan Ramadhan." Mereka berteriak begitu rupa sampai aku khuatir mereka akan memberontak. Sayang! Betapa menderitanya aku berada "ditangan" orang-orang yang menentangku sekuattenaga dan mentaati pemimpin-pemimpin mereka yang "keliru" yang hanya menyeru mereka ke neraka."[al-Kulaini, al-Raudhah mina l-Kafi, VII, hadith 21, hlm. 60-63]
Khalifah Ali AS begitu berdukacita di atas sikap negatif kaum Muslimin terhadap seruannya untuk kembali kepada Sunnah Rasulullah SAWA. Malah mereka pula memarahi beliau. Khalifah Ali AS berkata lagi,"Aneh! Hati ummat ini telah diresapi cinta kepada pelaku-pelaku bid'ah dan menerima segala bid'ah mereka."Kemudian beliau berkata lagi,"Aneh! Mereka melihat Sunnah Nabi mereka bertukar-tukar dan berubah-ubah sedikit demi sedikit, bab demi bab. Kemudian mereka meredhainya tanpa mengingkarinya. Malah mereka memarahi (orang lain) bagi mempertahankannya, mencaci pengkritik-pengkritiknya dan penentang-penentangnya. Kemudian datang kaum selepas kita, lalu mengikuti pula bid'ah-bid'ah tersebut. Lantas mereka mengambil bid'ah-bid'ah tersebut sebagai Sunnah dan ugama bagi bertaqarrub kepada Allah SWT."[Sulaim, Kitab Sulaim, hlm. 134-135]
Persoalan yang timbul ialah apakah ucapan khalifah Ali AS itu benar berlaku kepada kita di abad ini? Lantas itu kita masih mencintai bid'ah-bid'ah tersebut. Dan sampai bilakah kita harus dicaci, dihina dan dilarang, kerana ingin kembali kepadahukum Allah SWT dan Sunnah Rasul-Nya?
Ali AS berjuang untuk mengembalikan kaum Muslimin kepada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya yang sebenar. Lantaran itu beliau ditentang di setiap masa, malah Ali AS sendiri pada hakikatnya telah disisihkan dan dipencilkan oleh kuasa politik pada masa itu. Selama 25 tahun beliau tidak menghunuskan pedangnya. Beliau bekerja hanya sebagai seorang petani biasa bagi menyara kehidupan keluarganya. Tanah Fadak peninggalan Rasulullah untuk isterinya Fatimah AS pula telah dirampas. Dan apa lagi yang tinggal untuknya selain dari tulang empat kerat bagi menyara keluarganya.
Bandingkanlah kemiskinan Ali AS dengan kekayaan yang ditinggalkan oleh khalifah Uthman, al-Zubair, Talhah, Abdul r-Rahman dan Sa'ad, kelima-lima bekas Ahli Syura atau Ahlu l-Hilli wa l-'Aqdi yang dilantik oleh khalifah Umar bagi memegang jawatan khalifah, kalian akan mengetahui kezuhudan Ali AS malah kedudukan mereka begitu jauh berbeza di semua segi jika dibandingkan dengan kedudukan Ali AS.
Khalifah Uthman ketika dia dibunuh meninggalkan seratus lima puluh ribu Dinar, seribu ekor unta, nilainya dua ratus ribu Dinar.[Ibn Sa'd, Tabaqat, III, hlm. 53], seribu hamba selain daripada rumah-rumah, emas, perak dan intan.[al-Dhahabi, Dual al-Islam, I, hlm. 12]
Al-Zubair meninggalkan lima puluh ribu Dinar, sebelas buah rumah mewah di Madinah, dua buah di Basrah, sebuah di Kufah, sebuah di Mesir, seribu ekor kuda, seribu hamba lelaki dan seribu hamba perempuan.[al-Bukhari, Sahih, V, hlm. 21; Ibn Sa'd, Tabaqat, III, hlm. 77; al-Mas'udi, Muruj al-Dhahab, I, hlm. 434]
Talhah meninggalkan dua puluh ribu Dinar, mempunyai hasil pertanian ditaksirkan sebanyak seribu Dinar setiap hari.[Ibn Sa'ad, Tabaqat, III, hlm. 158; al-Baladhuri, Ansab al-Asyraf, V, hlm. 7; al-Dhahabi, Dual al-Islam, I, hlm. 18]
Abdul r-Rahman bin 'Auf meninggalkan dua ratus lima puluh ribu Dinar, seribu ekor unta, tiga ribu ekor kambing, seratus ekor kuda yang dipelihara di Baqi', ketulan emas yang banyak dipotong dengan kapak sehingga sakit tangan pemotong-pemotongnya dan meninggalkan empat orang isteri setiap orang mendapat lapan puluh ribu Dinar.[Ibn Sa'd, Tabaqat, III, hlm. 96; al-Mas'udi, Muruj al-Dhahab, I, hlm. 434; al-Ya'qubi, Tarikh, II, hlm. 146]
Sa'd bin Abi Waqqas meninggalkan dua ratus lima puluh ribu Dirham dan sebuah istana yang besar dan indah.[al-Mas'udi, Muruj al-Dhahab]
Justeru itu mereka sepertilah manusia biasa berlumba-lumba merebut kekayaan dunia dengan apa cara sekalipun. Perlakuan tersebut telah disabdakan oleh Rasulullah SAWA,"Aku akan mendahului kalian dan sesungguhnya aku menjadi saksi kepada kalian, demi Allah aku sedang melihat kepada haudhku sekarang aku dikurniakan kunci kekayaan bumi dan sesungguhnya aku tidak khuatir bahawa kalian akan mensyirikkan Allah, tetapi aku khuatir kalian akan bersaing berlumba-lumba untukdunia."[al-Bukhari, Sahih, V, hlm. 101]
Sebagaimana juga terdapat sahabat yang tidak meredhai keputusan yang dibuat oleh Rasulullah SAWA. Malah mereka menuduh beliau melakukannya kerana kepentingan diri sendiri dan bukan kerana Allah SWT. Al-Bukhari di dalam Sahihnya,Jilid IV, hlm. 47 bab al-Sabr 'Ala al-Adha meriwayatkan bahawa al-A'masy telah memberitahukan kami bahawa dia berkata:"Aku mendengar Syaqiq berkata:"Abdullah berkata:Suatu hari Rasulullah SAWA telah membahagikan-bahagikan sesuatu kepada para sahabatnya sebagaimana biasa dilakukannya. Tiba-tiba seorang Ansar mengkritiknya seraya berkata:"Sesungguhnya pembahagian ini bukanlah kerana Allah SWT. Akupun berkata kepadanya bahawa aku akan memberitahukan Nabi SAWA mengenai kata-katanya. Akupun mendatangi beliau ketika itu beliau berada bersama para sahabatnya. Lalu aku memberitahukan beliau apa yang berlaku. Tiba-tiba mukanya berubah dan menjadi marah sehingga aku menyesal memberitahukannya. Kemudian beliau bersabda:"Musa disakiti lebih dari itu tetapi beliau bersabar."
Perhatikanlah bagaimana sikap sahabat terhadap Rasulullah SAWA! Tidakkah apa yang diucapkan oleh Rasulullah SAWA itu adalah wahyu? Tidakkah keputusan Rasulullah SAWA itu harus dipatuhi?Tetapi mereka tidak mematuhinya kerana mereka tidak mempercayai kemaksuman Nabi SAWA. Al-Bukhari di dalam Sahihnya, Jilid IV, Kitab al-Adab bab Man lam yuwajih al-Nas bi l-'Itab berkata:"Aisyah berkata:NabiSAWA pernah melakukan sesuatu kemudian membenarkan para sahabat untuk melakukannya. Tetapi sebahagian sahabat tidak melakukannya. Kemudian berita ini sampai kepada Nabi SAWA, maka beliau memberi khutbah memuji Allah kemudian bersabda:"Kenapa mereka menjauhi dari melakukannya perkara yang aku melakukannnya. Demi Allah, sesungguhnya aku lebih mengetahui dari mereka tentang Allah dan lebih takut kepadaNya dari mereka."
Riwayat-riwayat di atas menunjukkan bahawa kedudukan para sahabat adalah lebih tinggi dari kedudukan Rasulullah SAWA Kerana mereka mempercayai bahawa Nabi SAWA boleh berbuat salah sedangkan mereka sentiasa benar.
Al-Bukhari juga di dalam Sahihnya Jilid IV, hlm. 49 bab al-Tabassum wa al-Dhahak (senyum dan ketawa) meriwayatkan bahawa Anas bin Malik telah memberitahukan kami bahawa dia berkata:"Aku berjalan bersama Rasulullah SAWA diwaktu itu beliau memakai burdah (pakaian) Najrani yang tebal. Tiba-tiba datang seorang Badwi lalu menarik pakaian Rasulullah SAWA dengan kuat." Anas berkata:"Aku melihat kulit leher Nabi SAWA menjadi lebam akibat tarikan kuat yang dilakukan oleh Badwi tersebut. Kemudian dia (Badwi) berkata:Wahai Muhammad! Berikan kepadaku sebahagian dari harta Allah yang berada di sisi anda. Maka Nabi SAWA berpaling kepadanya dan ketawa lalu menyuruh sahabatnya supaya memberikan kepadanya."
Lantaran itu tidak hairanlah jika Rasulullah SAWA sendiri menerangkan bahawa majoriti sahabat akan berpaling ke belakang selepas kewafatannya. Rasulullah SAWA bersabda:"Ketika aku sedang berdiri, tiba-tiba datang sekumpulan orang yang aku kenali. Lalu seorang daripada kami keluar dan berkata:Marilah. Aku pun bertanya:Kemana? Maka dia menjawab: Ke neraka. Demi Allah! Apa kesalahan mereka. Dia menjawab: Mereka (sahabat) telah murtad selepas anda (meninggal) dan berpaling ke belakang. Dan aku melihat bahawa tidak terlepas daripada mereka melainkan sebilangan unta yang terpisah daripenggembalanya."[al-Bukhari, Sahih, IV, hlm. 94-96; Muslim, Sahih, VII, hlm. 66 (Hadith al-Haudh).
Dan beliau bersabda lagi:"Aku mendahulu kalian di Haudh. Siapa yang melalui di hadapanku akan meminumnya dan siapa yang telah meminumnya tidak akan dahaga selama-lamanya. Kelak sebilangan orang yang aku kenali dan mereka pula mengenaliku akan dikemukakan di hadapanku. Kemudian mereka (sahabat) dipisahkan daripadaku. Di kala itu akan akan berkata: Mereka itu adalah para sahabatku (ashabi) Maka beliau menjawab:Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang telah mereka lakukan (ahdathu) selepas anda. Maka aku akan berkata lagi: Nyahlah mereka yang telah mengubah (Sunnahku)selepas ketiadaanku."[al-Bukhari, Sahih, IV, hlm. 94-99]
Kesemua hadith-hadith tersebut adalah menepati ayat al-Inqilab firmanNya di dalam Surah Ali Imran (3): 144:"Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang Rasul apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barang siapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." Dan bilangan yang sedikit sahaja yang "terlepas" adalah menepati firman-Nya di dalam Surah Saba' (34): 13:"Dan sedikit sekali dari hamba-hambaku yang berterima kasih."
Ini adalah suatu hakikat dan iannya bukanlah suatu cacian atau cercaan. Oleh itu patut dibezakan antara "mencerca, mencaci dan menerangkan" hakikat sesuatu perkara. Jika tidak anda akan mengatakan bahawa al-Bukhari, Muslim, al-Tabari, Ibn Kathir, Ibn Hajr, Ibn Qutaibah adalah ejen-ejen Yahudi, orientalis dan sebagainya kerana mencatat perbuatan-perbuatan sahabat yang menyalahi nas. Khalifah Ali AS berkata:"Jika seseorang itu memberitahu hal atau keadaan seseorang yang menyalahi nas al-Qur'an dan Sunnah Nabi SAWA adalah lebih wajar dan ia tidak boleh dikatakan pencaci."[Syarif al-Radhi, Nahj al-Balaghah, hlm. 323] Firman Allah yang dalam Surah al-Nur (24): 7:"Dan sumpah kelima; bahawa laknat Allah atasnya jika dia termasuk orang yang berdusta," dan firmanNya lagi dalam Surah al-Baqarah (2): 159:".....mereka itu dilaknati Allah
dan dilaknati (pula) orang yang dapat melaknati."
Kedua-dua ayat tersebut jelas menunjukkan orang yang melakukan dosa besar atau menyembunyikan kebenaran yang berkaitan dengan hukum agama dan lain-lain adalah dilaknati oleh Allah dan RasulNya sama ada sahabat atau tidak. Menurut ayat tersebut orang Islam wajib melaknati orang-orang yang telah dilaknati oleh Allah dan Rasul-Nya. Khalifah Umar tidak mempercayai Abu Hurairah dan memukulnya hingga berdarah kerana mengambil harta Muslimin di Bahrain.[Ibn Abd Rabbih, al-'Aqd al-Farid, I, hlm. 26] Dia memeluk Islam pada 7 Hijrah dan dia bersama Nabi SAWA selama dua tahun lebih tetapi dia telah meriwayatkan hadith sebanyak 5,374 hadith sementara Ahl Suffah yang mempunyai masa lapang dan memeluk Islam lebih awal seramai 18 orang hanya meriwayatkan 116 hadith. Abu Bakar meriwayatkan 142 hadith, Uthman 146 hadith, Umar 537 hadith dan Ali AS 586.[Lihat Syarafuddin al-Musawi, Abu Hurairah, hlm. 20]
Abu Hurairah meriwayatkan sebuah hadith yang menyatakan Nabi Musa AS telah menampar Malaikat Izrail dan mencederakan sebelah matanya? [al-Bukhari, Sahih, II, hlm. 163; Muslim, Sahih, I, hlm. 309] Tidakkah ia bertentangan dengan al-Qur'an tentang sifat malaikat dan sifat Nabi?
Hadith yang bermaksud,"Sebaik-baik kurun adalah kurunku dan kurun selepasku" adalah bertentangan dengan al-Qur'an dan akal. Firman Allah dalam Surah Fussilat (41): 46:"Barang siapa yang mengerjakan amal yang salih, maka pahalanya untuk dirinya sendiri dan barang siapa yang berbuat jahat, maka (dosanya) atasnya sendiri dan sekali-kali tidaklah Tuhanmu menzalimihamba-hambaNya."
Kedua-dua ayat tersebut tidak menetapkan pahala yang lebih kepada orang yang hidup pada kurun pertama, kedua danseterusnya, malah mereka diberi ganjaran atau seksaan mengikut perbuatan mereka.
Ianya juga bercanggah dengan akal yang sejahtera kerana terdapat peristiwa-peristiwa yang sepatutnya tidak dilakukan oleh orang yang hidup pada abad pertama. Antaranya cubaan untuk membakar rumah Fatimah binti Muhammad SAWA kerana memaksanya memberi bai'ah kepada Abu Bakar, lahirnya golongan murtad dan mengaku menjadi Nabi, Perang Jamal yang mengorbankan lebih 16,000 orang, Perang Siffin yang mengorbankan lebih 70,000 orang, kebanyakannya sahabat dan tabi'in, Perang Nahrawan menentang Ali AS, penipuan Muawiyah terhadap Imam Hasan AS, cacian Muawiyah di atas mimbar terhadap Ali di masjid-masjid, perlantikan Yazid, seorang peminum arak, pembunuhan Imam Husayn AS, anak-anak dan keluarganya serta sahabatnya seramai 72 orang, pembunuhan beramai-ramai di Madinah yang diketuai oleh Muslim bin Uqbah, panglima Yazid, 80 orang saabat Nabi yang telah menyertai Perang Badar dibunuh dalam Perang al-Hurrah.[Ibn Qutaibah, al-Imamah wal-Siyasah, I, hlm. 216]
Bani Umaiyyah mencaci Ali AS di atas mimbar masjid selama 70 tahun, bermula dari Muawiyah, berterusan sehingga pemerintahan Umar bin Abdul Aziz. Cacian dihentikan selama dua tahun lebih, kemudian diteruskan semula.[al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa', hlm. 243] Di manakah kebaikan 100 tahun pertama, selain dari kurun lahirnya Nabi SAWA dan keluarganya? Kenapa tidak dikatakan sahaja sebaik-baik makhluk ialah Nabi Muhammad SAWA, kemudian keluarganya.
Adapun riwayat Abu Hurairah yang bermaksud,"Janganlah kamu semua mencaci sahabat-sahabatku" adalah bertentangan dengan hadith,"Allah melaknati orang yang mengundurkan diri daripada menyertai tentera 'Usamah'.[Ibn Asakir, Tarikh Dimasyq,I, hlm. 424; al-Syarastani, al-Milal wa al-Nihal, I, hlm. 21] Nabi SAWA menentang sahabatnya yang mencaci 'Usamah (ketika itu berumur 18 tahun) dan mengundurkan diri mereka dari tenteranya kerana tidak mungkin bagi Nabi yang melarang supaya sahabatnya tidak dicaci, beliau sendiri mencacinya pula dan orang yang dikhitabkan di dalam hadith tersebut adalah orang yang berada di majlis Nabi SAWA, yang terdiri sama ada orang kafir, munafik atau orang Islam. Ini bermakna Nabi melarang orang kafir mencaci sahabat, sekalipun beliau sendiri dicaci oleh mereka.
Kalaulah ia ditujukan kepada orang Islam, maka ianya mempunyai dua pengertian. Pertama, orang Islam yang ada masa hayat Nabi SAWA ialah sahabatnya. Dengan itu khitab Nabi SAWA bermaksud,"Janganlah kamu wahai sahabatku mencaci sahabatku...." Ini bermakna sahabat yang dikhitabkan itu adalah sahabat yang jahat. Dalam erti kata yang lain,"Wahai sahabatku yang jahat, janganlah kamu mencaci sahabatku yang baik," justeru itu ada sahabat yang baik dan ada yang jahat. Jikalaulah orang Islam itu hanya dimaksudkan kepada orang lain daripada sahabat, bermakna orang Islam tidak boleh mencaci orang Islam (sahabat) yang telah dicaci oleh Allah dan RasulNya. Ini bertentangan dengan Surah al-Nur(24):7, yang tidak membezakan antara sahabat dan bukan sahabat.
Pujian atau keredhaan Allah kepada seseorang itu atau sahabat tertentu adalah berkait rapat dengan perbuatan mereka itu sendiri dan sekiranya perbuatan mereka itu pada masa yang lain menyalahi nas, maka pujian atau keredhaanNya tidak akan dikaitkan dengan mereka berasaskan nas, kerana pujian atau keredhaan dalam ayat-ayat tersebut adalah daripada sifat fi'liyah yang terhenti atas perbuatan makhluk dan ia bukan dari sifat dhatiyah yang memberi pengertian kekal tanpa berdasarkan perbuatan mereka sama ada bercanggah dengan nas ataupun tidak.
Jadi kalau ia memberi pengertian keredhaan yang kekal atau selama-lamanya maka semua orang yang termasuk di dalam firman-Nya: yang bermaksud "Wahai orang yang beriman" tidak seorangpun di antara mereka akan jadi murtad, begitu juga kemurkaan-Nya kepada orang kafir di dalam firmanNya:" Wahai orang kafir" tidak seorangpun daripada mereka akan menjadi Muslim.
Khalifah Umar telah menyebat Qadamah bin Maz'un salah seorang sahabat yang awal memeluk Islam dan menyertai Perang Badar kerana minum arak.[Ibn Hajr, al-Isabah,III, hlm. 228] Jika Allah telah meredhainya kenapa pula Umar mengenakan hukuman had ke atasnya?
Di manakah sumber hukum yang mengatakan orang yang mencaci "sahabat" tidak boleh diampun? Ibn Hajr di dalam Sawaiq al-Muhriqah, hlm. 150 tidak mengkafirkan orang yang mencaci sahabat. Begitu juga Ibn Hazm di dalam al-Fisal, III, hlm. 257 tidak mengkafirkan orang yang mencaci sahabat, malah ia diampun jika dia seorang yang jahil. Dan sekiranya mencaci sahabat adalah kafir, maka sahabat mencaci sahabat adalah lebih kafir lagi dan mereka pula lebih wajar tidak diampun!
Oleh itu Allah SWT sendiri tidak mengakui bahawa semua sahabat itu adalah adil. Rasulullah SAWA sendiri tidak mengakui bahawa semua sahabatnya adil. Al-Bukhari dan Muslim sendiri tidak mengakui semua sahabat itu adil. Untuk menjelaskan ketidakadilan semua sahabat, di sini diperturunkan beberapa soalan dan jawapan seperti berikut:
a) Soalan: Apakah "sikap" Allah SWT terhadap sahabat yang menyalahi hukumNya? Jawapannya: Negatif, sahabat itu tidak adil, tidak ada istimewa, mesti dihukum dengan sewajarnya dan tidak boleh berijtihad menyalahi nas.
b) Soalan: Apakah sikap Rasulullah SAWA terhadap sahabat yang menyalahi hukum Allah dan Sunnah Rasul-Nya?
Jawapannya: Negatif, sahabat itu tidak adil, tidak ada hak istimewa, mesti dihukum dengan hukumNya dan tidak boleh
berijtihad menyalahi nas.
c) Soalan: Apakah sikap Syi'ah terhadap sahabat yang menyalahi hukum Allah dan RasulNya? Jawapannya: Negatif, sahabat itu tidak adil, tidak ada hak istimewa, mesti dihukum dengan hukumNya dan tidak boleh berijtihad menyalahi nas.
d) Soalan: Apakah sikap kita Ahlus Sunnah terhadap sahabat yang menyalahi hukum Allah dan Sunnah Rasul-Nya?
Jawapannya: Positif, sahabat itu adil, mempunyai hak istimewa, tidak dihukum dengan hukum Allah dan Rasul-Nya kerana Allah telah meredhai mereka dan Rasulullah SAWA pula telah memilih mereka sebagai sahabatnya. Oleh itu mereka boleh berijtihad menyalahi nas, mereka pula mendapat satu pahala sebagai ganjaran menyalahinya. e) Soalan: Apakah sikap kita Ahlus Sunnah terhadap hukum Abu Bakar dan Umar yang menyalahi hukum Allah SWT?
Jawapannya: Hukum Abu Bakar dan Umar harus diikuti. Kerana mereka berdua adalah adil dan boleh berijtihad melawan hukum Allah SWT. Malah mereka berdua diberikan pahala pula. Dan jika seseorang itu tidak mengikuti hukum mereka berdua yang menyalahi hukum Allah SWT maka dia adalah terkeluar daripada Ahlus Sunnah wal-Jama'ah. Dan mereka berkata:"Siapakah kita jika dibandingkan dengan mereka berdua?" Tetapi kita tidak pernah membandingkan mereka berdua (Abu Bakar dan Umar) dengan Allah SWT yang menjadikan mereka berdua. Lantaran itu kita Ahlus Sunnah lebih meredhai hukum mereka berdua daripada hukum Allah SWT. Sebaliknya kita menentang orang-orang yang mengkritik mereka berduakerana menyalahi hukum Allah. Dan mempertahankan mereka berdua pula dengan apa cara sekalipun. Sepatutnya kita lebih
meredhai hukum Allah SWT daripada hukum Abu Bakar dan Umar.
f) Soalan: Apakah sikap kita Ahlus Sunnah terhadap Sunnah khalifah Abu Bakar dan Umar yang menyalahi Sunnah Rasulullah SAWA? Jawapannya: Sunnah Abu Bakar dan Umar harus diikuti kerana mereka berdua adalah adil dan ini adalah prinsip Ahlus Sunnah wal-Jama'ah. Dan mereka berdua pula boleh berijtihad melawan Sunnah Rasulullah SAWA malah mereka berdua diberikan pahala pula. Dengan ini kita Ahlus Sunnah lebih meredhai Sunnah mereka berdua daripada Sunnah Rasulullah SAWA. Justeru itu kita Ahlu al-Sunnah bukanlah orang yang menjaga Sunnah Rasulullah SAWA di dalam erti kata yang sebenar. Malah kita menggunakan nama "Ahl al- Sunnah" bagi menjaga Sunnah Abu Bakar dan Umar dengan mengenepikan Sunnah Rasulullah SAWA apabila ianya bertentangan dengan Sunnah mereka berdua. Dan ini adalah suatu hakikat sama ada kita mengakuinya atau tidak.
Dari jawapan-jawapan tersebut kita dapati bahawa sikap Syi'ah tentang sahabat adalah sejajar dengan "sikap" Allah dan Rasul- Nya. Manakala sikap kita Ahlus Sunnah agak keterlaluan tidak sejajar dengan "sikap" Allah dan RasulNya serta akal yang rasional. Lantaran itu doktrin semua sahabat itu adil adalah bukan daripada ajaran al-Qur'an dan Sunnah Rasul- Nya. Malah ianya diadakan pada abad ketiga Hijrah bermotifkan politik bagi menjaga para sahabat yang memerintah yang menyalahi nas. Kemudian ianya dijadikan "aqidah" oleh Abu l-Hasan al-Asy'ari di dalam bukunya al-Ibanah, hlm. 12.
Semenjak itu ianya menular ke dalam pemikiran golongan Ahlus Sunnah wal-Jama'ah sehingga menjadi sebati di dalam pemikiran mereka tanpa disedari bahawa ianya bukanlah dari aqidah al-Qur'an. Justeru itu mereka menjadi lebih sensitif kepada sahabat terutamanya Abu Bakar dan Umar daripada Allah dan Rasul-Nya. Lalu mereka meredhai para sahabat yang menyalahi hukum Allah dan Sunnah Rasul-Nya. Dan mengutamakan hukum dan Sunnah mereka dari hukum Allah dan Sunnah Rasul-Nya. Dan apabila kritikan dilakukan kepada sahabat yang menyalahi nas, kita Ahlus Sunnah cepat menjadi emosi dan marah sama ada yang berpendidikan tinggi yang memiliki Ijazah Doktor Falsafah atau yang berpendidikan Sijil Pelajaran Malaysia atau Empat Thanawi. Sama ada yang berpangkat Mufti atau amil zakat semuanya mempertahankan para sahabat yang menyalahi nas, meredhai dan mematuhi mereka pula. Lantaran itu ianya menjadi belenggu kepada pemikiran menurut al-Qur'an. Malah ianya merupakan suatu "penjajahan mental" yang halus yang sukar di kikis dari pemikiran mereka.
Lantaran itu apabila dikritik para sahabat yang melakukan kezaliman, perzinaan, peminuman arak, pencurian, penipuan, pembunuhan, pemalsuan hadith, pengambilan dan pemberian rasuah, pencacian terhadap Nabi SAWA, penindasan terhadap anak cucu Nabi SAWA dan lain-lain, mereka merasai bahawa agama Islam tercemar dan asas Islam telah diruntuhkan kerana mereka menyangka bahawa para sahabat yang melakukan jenayah-jenayah tersebut sebagai orang-orang yang sentiasa adil, yang mesti dihormati kerana mereka adalah asas Islam.
Sebenarnya mempertahankan para sahabat yang melakukan jenayah-jenayah tersebut atau menyalahi nas bukanlah asas Islam, malah mereka mencemarkan hukum Allah dan Sunnah RasulNya. Dan hanya menjadi asas kepada mazhab Ahlus Sunnah wal-Jama'ah sahaja. Kerana Allah dan RasulNya menentang para sahabat tyang melakukan jenayah-jenayah tersebut dan mereka dikira sebagai tidak adil dan berhak diberi pembalasan sewajarnya. Bagi kita Ahlus Sunnah kita lebih meredhai dan mematuhi hukum-hukum Abu Bakar dan Umar yang menyalahi nas dari nas. Dan ini adalah aqidah kita Ahlus Sunnah wal-Jama'ah yang diasaskan oleh Abu l-Hasan al-Asy'ari pada abad ketiga Hijrah.
Bagi mengesahkan hak istimewa para sahabat yang memerintah dan menyalahi nas, kita popularkan pula "hadith", "Apabila seorang hakim atau pemerintah berijtihad dan betul, dia mendapat dua pahala dan jika tersalah (kerana menyalahi nas umpamanya) dia mendapat satu pahala." Hadih ini pada hakikatnya bertentangan dengan firman-firman-Nya di antaranya di dalam Surah al-Ahzab (33): 36:"Dan tidaklah patut bagi lelaki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukminah apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan sesuatu ketetapan akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barang siapa menderhakai Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya dia telah sesat, sesat yang nyata." Dan firmanNya dalam Surah al-Maidah (5): 49:".....dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka mengikut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu mereka."
Dan firman-Nya di dalam Sirah al-Maidah (5):50:"Apakah hukum jahiliyyah yang mereka kehendaki dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?" Oleh itu hadith tersebut adalah lemah kerana ianya bertentangan secara langsung dengan ayat-ayat tersebut apatah lagi jika mereka menggunankan ijtihad sebagai alasan bagi menyalahi nas.
Kemudian doktrin ini pula dijadikan hak istimewa penguasa-penguasa tertentu di dalam dunia Sunni. Oleh itu sebarang pembetulan atau penentangan terhadap hak istimewa penguasa-penguasa tersebut ke atas hukum Allah dan RasulNya di asa ini dan seterusnya tidak akan terlaksana sepenuhnya tanpa pembetulan atau penghapusan terhadap "hak istimewa penguasa-penguasa yang terdiri daripada para sahabat yang menyalahi nas" yang menjadi "aqidah" kita Ahlus Sunnah wal-Jama'ah.
Justeru itu sebarang perjuangan atau penentangan kita Ahlus Sunnah terhadap kezaliman bagi menegakkan sebuah negara Islam umpamanya, adalah terhad dan tidak pula berterusan. Ini disebabkan kita sendiri terlibat secara langsung di dalam kancah mempertahankan "hak istimewa" para sahabat yang menyalahi nas. Justeru itu ianya bertentangan dengan firman Tuhan di dalam Surah Hud (11): 13:"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim, maka kamu akan disentuh api neraka."
Apabila Ali AS menjadi khalifah, beliau tidak memberikan hak istimewa kepada sesiapapun. Malah beliau menyamakan kedudukan semua orang dari segi keadilan menurut al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah SAWA. Tindakan beliau itu tidak disenangi oleh sebahagian mereka dan akhirnya berlaku Perang Jamal yang ketuai oleh 'Aisyah, al-Zubair dan Talhah. Dan dialog telah berlaku di antara Khalifah Ali AS dan al-Zubair. Beliau berkata kepada al-Zubair:"Jika aku mengetahui anda ahli syurga, aku tidak akan memerangi anda." Tentang kesalahan al-Zubair dalam peperangan Jamal, lihat al-Syahrastani, al-Milal wa al-Nihal, I, hlm. 103, Kitab Sulaim, hlm. 211.
Lantaran itu hadith 10 orang sahabat yang dijamin masuk syurga itu adalah hadith-hadith politik yang cuba menyatukan penyokong puak-puak yang bersengketa. Dalam ertikata yang lain, sekalipun mereka yang 10 itu berperang dan caci-mencaci tetapi akhirnya mereka ke syurga juga. Ini berlaku apabila seorang lelaki mencaci Ali di Masjid Kufah, maka berdirilah Said bin Zaid (w.51H) seraya berkata:"Aku mendengar Nabi bersabda bahawa 10 orang masuk syurga; iaitu Ali, Talhah, al-Zubair, Said bin Abi Waqas, dan Abdu r-Rahman bin Auf."Kemudian orang bertanya:"Siapakah yang kesepuluh?" Ia menjawab:"Aku." Dalam lafaz yang lain nama Abu Ubaidah dimasukkan dan Nabi pula tidak dimasukkan. [al-Turmudhi, Jami', hlm. 13 dan 183] Hadith ini melalui Abdu r-Rahman bin Hamid yang didengarinya daripada ayahnya yang mendengar daripada Abdu r-Rahman bin 'Auf. Hadith ini dianggap palsu kerana ayah Abdu r-Rahman bin Hamid yang bernama al-Zuhri adalah seorang tabi'in, bukanlah sahabat, ia dilahirkan pada 31 Hijrah, sementara Abdu r-Rahman bin Auf meninggal pada tahubn 31 atau 32 Hijrah.
Kemudian diikuti pula Perang Siffin yang diketuai oleh Muawiyah dan akhirnya Perang Nahrawan. Sesungguhnya benar apa
yang disabdakan oleh Rasulullah SAWA kepada Ali AS:"Sesungguhnya anda akan memerangi al-Nakithin (di Perang Jamal), al-Qasitin (di Perang Siffin) dan al-Mariqin (di Nahrawan)"[al-Kanji al-Syafi'i, Kifayah al-Talib, hlm. 169]
Demikianlah perjuangan Khalifah Ali AS bagi menegakkan Sunnah Rasulullah SAWA sekalipun beliau ditentang oleh para sahabatnya sendiri. Tetapi sayang sekali hasrat beliau untuk mengembalikan kaum Muslimin kepada Sunnah RasulullahSAWA kurang mendapat sambutan, sehingga beliau menemui kesyahidannya tanpa kekayaan yang ditinggalkannya.



KESIMPULAN


Khalifah Abu Bakar,Umar dan Uthman berpendapat bahawa ijtihad boleh dilakukan walaupun wujudnya nas. Pendapat ini kemudian dipegang oleh Ahlus Sunnah wal-Jama'ah. Sementara Khalifah Ali AS berpendapat ijtihad tidak boleh dilakukan jika wujudnya nas. Pendapat ini kemudian dipegang oleh Syi'ah (Mazhab Ja'fari).
Daripada pendapat-pendapat Khulafa' Rasyidin lahirlah dua golongan hingga dewasa ini. Pertama dikenali dengan Ahlus Sunnah wal-Jama'ah yang mendokong ijtihad ketiga-tiga khalifah meskipun ianya bertentangan dengan nas. Mereka juga berpendapat bahawa pintu ijtihad telah ditutup.
Kedua dikenali dengan Syi'ah (Mazhab Ja'fari) yang mendokong Khalifah Ali AS berpegang kepada ijtihad tidak boleh melawan nas hingga dewasa ini. Meskipun begitu mereka berpendapat bahawa pintu ijtihad masih terbuka. Lantaran itu mereka mempunyai ramai para mujtahid di setiap masa dan terus berijtihad di dalam soal-soal yang tidak bertentangan dengan nas.
Oleh itu kesemua pendapat atau ijtihad Khulafa' Rasyidin harus dihormati dan digabungkan di dalam satu wadah perpaduan iaitu ijtihad mestilah diteruskan bagi menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh umat Islam di masa ini. Kerana zaman Khulafa' Rasyidin sudah berlalu. Dan ianya menjadi satu contoh dan pengajaran kepada kita semua.
Saya mempunyai harapan yang tinggi bahawa perasaan fanatik dan kejumudan fikiran akan dicairkan melalui pembacaan, kajian dan merujukkannya kepada Allah SWT dan Rasul-Nya SAWA. Semoga Allah memberkati kita semua bersama Khulafa' Rasyidin. Amin.